Thursday, November 20, 2008

As-Sayyid Hassan Al-Banna tokoh perjuangan dari Al-Azhar

Universiti Al-Azhar telah banyak melahirkan tokoh yang memberi sumbangan besar kepada dunia dan Islam secara khususnya.
Antara individu-individu lulusan universiti Islam tertua dunia ini yang dikenali ramai dalam sumbangannya adalah Hassan Al-Banna yang terkenal sebagai reformis sosial dan politik Mesir serta pengasas kepada Ikhwanul Muslimin iaitu kumpulan terbesar dan paling berpengaruh dalam penggerak kebangkitan semula agama.
Dilahirkan pada 1906 di Mahmudiya, Mesir, beliau telah terlibat dengan pembaharuan seawal usia 13 tahun. Hassan juga menyertai demonstrasi dalam revolusi 1919 bagi menentang penjajahan British.

Berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 14 tahun, Hassan memulakan pengajian di Dar al-Ulum, Kaherah pada 1923 ketika berusia 16 tahun. Sepanjang empat tahun di ibu negara Mesir memberi pendedahan kepada beliau tentang situasi politik dan bagaimana corak sekular dan Barat telah menembusi masyarakat.

Pada waktu ini jugalah Hassan menyedari bahawa golongan muda semakin jauh daripada landasan agama dan percaya hati dan minda pemuda- pemudi Islam adalah penting dalam mempertahankan kemurnian Islam.

Hassan turut mengikuti kuliah di Al-Azhar yang memberi pendedahan mengenai pandangan-pandangan ulama yang terkini serta ilmu dakwah untuk menyebarkan Islam.
Menjadi guru bahasa Arab pada usia 21 tahun di sebuah sekolah di Ismailiyya dan pada masa tahun yang sama Hassan, adiknya Gamal al-Banna dan lima sahabatnya bersumpah sehidup semati untuk mempertahankan Islam sekali gus tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.
Pertubuhan itu seterusnya berkembang pesat dengan lebih setengah juta keahlian tidak termasuk cawangan-cawangan di negara-negara Arab lain malah turut menghantar ribuan tentera dalam perang terhadap Israel pada tahun 1948.


Hassan telah ditembak mati di sebuah pasar pada Februari 1949 pada usia 43 tahun.

Taqiuddin al-Nabhani
Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.
Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa.

Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.
Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.

Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.

Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.
Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.
Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.

Monday, November 17, 2008

Sedekah

RENUNGAN BERSAMA
Daripada Aisyah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w " Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut dan aku mengagak sekiranya ia boleh bercakap tentu dia akan bersedekah, adakah ibuku akan mendapat pahala jikalau aku bersedekah untuknya?" Lalu baginda menjawab " Ya"

-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Friday, November 14, 2008

Yang Tersirat dan tersurat


Surah al-Israk ayat 9:
Maksudnya: “ Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang benar (iaitu ajaran Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar. ”


Firman-Nya dalam surah At-Tahrim ayat 6:
Maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Majlis Pentaulihan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam( AKRAM) 2008

Seramai 552 orang di anugerahkan sijil pada Majlis tersebut dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pegawai yang telah tamat mengikuti tiga tahap Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling. Majlis ini di kendalikan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertempat di Dewan Seri Siantan Komplek Perbadanan Putrajaya Presint 3 bermula dari jam 8.00 hingga 5.00 petang.

Wednesday, November 12, 2008

Saie....

Saie adalah pergi ulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-Syarat Saie
Saei yang sah adalah memenuhi beberapa syarat iaitu: * Dilakukan selepas mengerjakan tawaf yang sah. Tawaf Qudum untuk Haji Ifrad atau Haji Qiran. Tawaf Haji * Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. * Cukup tujuh kali dengan yakin. Dikira dari Safa ke Marwah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa satu pusingan. * Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah, pada setiap pusingan saie. * Hendaklah melakukan saie di Batnul Wadi (tempat termaklum) * Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan saie.

Sunat-sunat Saie

* Keluar ke tempat saie melalui pintu Safa (Babul As-Safa) lMenaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah sehingga sampai ke batu-batu bukit yang asal.

* Menghadap kiblat dan melambai kedua-dua tangan sambil bertakbir semasa berada di Bukit Safa dan Bukit Marwah.

* Muwalat (Berturut -turut)

* Bagi kaum lelaki, lakukan ramal yakni berlari-lari anak apabila berada di kawasan antara dua lampu hijau

* Berjalan kaki.

* Dalam keadaan berwuduk

* Bercukur/Bergunting

Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala, bagi lelaki dan wanita. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri dari pantang larang ihram. Waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah.

Biasanya jemaah akan menunaikan ibadat bergunting setelah selesai melontar jamratul Kubra di Mina.

Sunat-sunat bercukur/bergunting

*Bagi kaum lelaki, adalah afdal bercukur kesemua rambut.

*Bagi kaum wanita, memadailah bergunting tiga helai seruas jari.

*Bagi mereka yang tidak mempunyai rambut, adalah sunat melalukan mata pisau di atas kepala. *Mulakan cukuran atau guntingan dari sebelah kanan ke sebelah kiri dengan mengadap kiblat, diiringi dengan bacaan doa semasa bercukur sambil memegang rambut di kepala.

Peringatan

*Masa waktu melontar Jamrah Al-Aqabah, Bercukur/Bergunting, Tawaf Haji dan Saie Haji (jika belum dilakukan sesudah Tawaf Qudum) ialah selepas berlalu separuh malam 10 Zulhijjah.

*Tertib dari kebanyakan rukun

Rukun-rukun haji hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun.

Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuquf kecuali didahului oleh niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saie kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum.

Contoh tertib mengikut kebanyakan rukun

* Niat ihram mendahului rukun-rukun yang lain

* Wuquf mendahului Tawaf Haji
* Saie Haji boleh dikerjakan sebelum Wuquf dan Tawaf Haji bagi yang menunaikan Haji Qiran atau Haji Ifrad

* Tawaf dan bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf dan setelah berlaku separuh malam 10 Zulhijjah. Jemaah boleh melakukan mana-mana dahulu.


Wallahhu aklamu bissowaf

Keistimewaan Nabi Ibrahim a.s

Terdapat tiga keistimewaan Nabi Ibrahim yang tidak dimiliki oleh nabi dan manusia lain, yang sekaligus dicerminkan dalam ibadah haji.

Pertama:-
Ibrahim menemui Tuhan melalui pencarian dan pengalaman rohani.

Kedua:-
Ujian untuk mengorbankan anakandanya Nabi Ismail a.s digantikan dengan seekor binatang kibas oleh Allah SWT. Ini bermaksud bukan kerana manusia itu terlalu mahal untuk pengorbanan itu. Justeru apabila panggilan Ilahi tiba, tiada satupun yang mahal.Ini semua kerana rahmat dan kasih Tuhan. Dahulukan Allah dari perkara2 yang lain..

Firman Allah dalam Surah Al-Shaffat 104-105 :
Ibrahim, cukuplah, kamu sudah membuktikan dirimu sebagai orang yang setia kepada Tuhan!

Ketiga:-
Nabi Ibrahim adalah satu-satunya nabi yang bermohon agar diperlihatkan bagaimana Tuhan menghidupkannya yang mati, dan permohonan tersebut dikabulkan oleh-Nya.

Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 260 :
Dan (ingatlah) ketika nabi Ibrahim merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati." Allah berfirman yang bermaksud "Adakah Engkau belum percaya (kepada Kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan(aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)".

Allah berfirman: "Jika demikian, ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincangkanlah semuanya). Setelah itu letakkanlah diatas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu, nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha bijaksana,''.

Tawaf......

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya.


Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Waktu afdal melakukannya pula adalah pada 10 Zulhijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting.



Syarat-syarat Tawaf
Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah:

*Bermula dan berakhir dari Rukun Hajarul Aswad
*Suci daripada hadas besar dan kecil.
*Menutup aurat.
*Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf
*Suci Badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.
*Tawaf mesti dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan.
*Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf.
*Tawaf mestilah cukup tujuh pusingan.

Sunat-sunat Tawaf
Di samping itu di sana terdapat beberapa perkara yang sunat dilakukan semasa tawaf. Di antaranya adalah:
*Berjalan kaki
*Berittiba bagi kaum lelaki dengan meletakkan bahagian tengah kain selendang di bahagian bawah ketiak kanan. Kedua bahagian penghujungnya pula di atas bahu sebelah kiri dengan bahagian bahu sebelah kanannya terbuka (bagi yang berpakaian ihram).
*Mengucup Hajar Aswad pada permulaan setiap pusingan tawaf. Jika sukar untuk mengucup jemaah boleh melambai dengan tangan kanan dan mengucup tangan tersebut sambil mengucapkan takbir.
*Melakukan ramal yakni berlari-lari anak pada pusingan pertama, kedua dan ketiga bagi tawaf yang diiringi dengan saie (lelaki sahaja).
*Istilam Rukun Yamani atau mengisyarat tapak tangan dari jauh disertai membaca takbir tanpa mengucup tangan.
*Muwalat iaitu mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali pusingan secara berturut-turut.
*Melakukan tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
*Sembahyang sunat tawaf dua rakaat di belakang Makam Ibrahim setelah selesai melakukan tawaf.
*Berzikir, membaca al-Quran atau membaca doa tawaf.



Jenis-jenis Tawaf
Di samping tawaf rukun haji terdapat beberapa jenis tawaf lagi yang ada kaitan dan perlu diketahui oleh para jemaah.
* Tawaf Qudum
Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang. Tawaf ini dilaksanakan oleh mereka yang hendak mengerjakan haji qiran dan ifrad.
* Tawaf Sunat
Tawaf sunat ialah tawaf yang dikerjakan pada bila-bila masa. Selain itu tawaf tahiyatul bait atau tawaf menghormati kaabah juga termasuk dalam tawaf sunat.
* Tawaf Rukun Haji
Tawaf yang mesti dilakukan oleh jemaah haji dalam sebarang keadaan, sekiranya tidak dilakukan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sempurnalah hajinya.
* Tawaf Nazar
Tawaf yang mesti ditunaikan oleh seseorang apabila ia berniat nazar pada sesuatu yang dihajatinya.
* Tawaf Wada’
Tawaf Wada’ ialah tawaf selamat tinggal. Ia wajib dikerjakan bagi mereka yang hendak keluar meninggal kota Mekah lebih dari dua marhalah.
* Tawaf Tahallul

Tawaf Tahallul ialah tawaf yang mesti dikerjakan oleh mereka yang telah berniat mengerjakan haji tetapi terluput atau tidak sempat berwuquf di padang Arafah. Tujuan tawaf ini ialah untuk melepaskan orang tersebut dari ihram hajinya.

* Peringatan
Tawaf boleh juga dilakukan dengan menaiki usungan atau kereta sorong asalkan bahu kiri sentiasa menghala kejurusan Kaabah.


Semua tawaf hendaklah dimulakan dengan niat kecuali tawaf rukun haji, tawaf rukun umrah dan tawaf qudum bagi jemaah yang menunaikan haji ifrad atau qudum.

Ibadat haji adalah di antara kemuncak pengabdian diri sesaorang kepada Allah.Ia berkaitan mengorbankan masa, tenaga, perasaan dan harta ke jalan Allah. Justeru, para jemaah hendaklah benar-benar memahami segala-gala yang berkaitan dengan ibadat tersebut agar dapat melaksanakannya dengan sempurna.

Memahami rukun-rukun haji adalah perkara asas dalam menunaikan haji. Semoga kita tidak tergolong dari segelintir jemaah yang menunaikan haji tanpa persiapan ilmu yang mencukupi.

Tuesday, November 11, 2008

Buat Yang Bergelar Muslimah

Ya Allah,
Andai Di Takdirkan Cintaku DimilikiOleh Seorang Insan Bergelar LelakiKu Harap Cintanya Pada-Mu MelebihiCintanya PadakuKu Harap Kasihnya Pada-Mu MelebihiKasihnya PadakuKerana, Itulah Jaminan UntukkuBahawa Dia Adalah Pengikut-MuYa Allah,Andai Di Takdirkan UntukkuDi Dunia Yang Fana IniUntuk Aku MemilikiCinta Seorang LelakiKu Harap Cintaku Pada-Mu MelebihiCintaku PadanyaKu Harap Kasihku Pada-Mu MelebihiKasihku PadanyaKerana, Itulah Jaminan Untuk DirinyaBahawa Aku Adalah Pengikutmu YangSetiaYa Allah,Tidak Ku Harap Rupa Dan HartaCuma Yang Ku Pinta Ilmu Di DadaDapat Membawa Aku Ke Jalan SyurgaYa Allah,Tidak Ku Harap Hebat BerketrampilanCuma Ku Pinta KetegasanDalam Mengajar Aku Erti KehidupanMendidik Anakku Mengenal TuhanYa Allah,Itulah Impian, Itulah HarapanSeolah-Olah Angan-Angan YangTidak BerkesudahanNamun Aku Yakin,Dengan Doa Yang BerterusanInsyaallah Akan Di MakbulkanNamun,Seandainya Bukan Di SiniKasihku Terlerai, Cintaku BersemiPada Insan Bernama LelakiKu Pasrah MenantiCinta Hakiki..Cinta Ukhrawi..Cinta Syurgawi......
-petikan Ustz Zuraini

Monday, November 10, 2008

Tuntut hutang atas harta pusaka bekas suami

SOALAN:
BEKAS suami saya meninggal dunia bulan lepas dan meninggalkan harta seperti tanah kebun, rumah sewa, duit simpanan dan lain-lain. Tetapi arwah telah berkahwin lain dan mempunyai dua anak perempuan. Manakala bersama saya, kami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Arwah ada berhutang dengan saya semasa dia hidup. Dia juga ada membuat pinjaman peribadi dan saya adalah penjaminnya. Saya tidak mahu dipertanggungjawabkan atas hutangnya, tambahan pula saya tidak berkemampuan untuk membayar pinjaman tersebut.
Bolehkah saya menuntut harta pusakanya untuk membayar hutang-hutangnya? Selain itu, arwah bekas suami saya masih berhutang duit mas kahwin. Masih bolehkah saya tuntut mas kahwin tersebut?
Marina Marjan,
Perak.


JAWAPAN:
Dari segi perundangan Islam, Malaysia secara amnya mengambil pendapat Mazhab Shafii. Menurut Mazhab Shafie harta peninggalan si mati ialah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya, sama ada berupa harta benda, hak kepunyaan. Begitu juga dengan apa yang dikerjakannya semasa hidup tetapi hasilnya diperoleh setelah ia mati.

Pembahagian harta pusaka melalui sistem faraid merupakan cara biasa yang dipakai oleh umat Islam di Malaysia. Tetapi, sebelum harta si mati difaraidkan, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Pertamanya, harta pusaka itu akan diguna untuk perbelanjaan urusan jenazah dan pengkebumian arwah.
Kemudian, harta pusaka digunakan untuk melangsaikan segala hutang yang masih belum dibayar oleh arwah. Contohnya, jika masih ada hutang di bank, hutang sesama manusia, perlulah dibayar.

Hutang arwah dengan puan dan pinjaman peribadinya wajib dilangsaikan. Puan haruslah menunjukkan dokumen-dokumen yang berkenaan supaya boleh dilampirkan dalam permohonan pembahagian harta nanti. Begitu juga mas kahwin yang masih belum dijelaskan.
Setelah itu, waris-waris arwah haruslah memastikan jika ada wasiat yang ditinggalkan. Wasiat ini perlulah dipenuhi terlebih dahulu sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut faraid.
Akhir sekali, harta pusaka yang masih tinggal akan dibahagikan mengikut faraid. Pembahagian harta pusaka secara faraid adalah pembahagian di mana waris-waris yang berhak akan mendapat bahagian yang tertentu.

Anak hasil daripada perkahwinan puan dan arwah merupakan waris yang sah. Bahagian mereka ialah pada kadar dua bahagian untuk anak lelaki dan satu bahagian anak perempuan.
Permohonan mengenai harta pusaka adalah di bawah dua bidang kuasa perundangan iaitu di mahkamah syariah bagi memperoleh Sijil Faraid dan kemudian mendapatkan perintah pembahagian dari mahkamah tinggi atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk kepada Biro Bantuan Guaman, Tingkat 4, Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh, Jalan Dato’ Ahmad Sahid (Greentown), 30450 Ipoh, Perak atau telefon 05-2544027/2552240 Faks: 05-2556007.
-petikan utusan 10 nov 2008

Semua Pekerjaan dikira Ibadat

DARIPADA Anas ra. katanya: Rasulullah SAW bersabda katanya: Tidak ada seorang Muslim bercucuk tanam (sebarang tananam lalu dimakan dari tanaman itu manusia, burung atau binatang melainkan ada baginya pahala sedekah) (Riwayat Syaikhan).


Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk bercucuk tanam dan melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah untuk umum termasuklah juga burung dan binatang. Mereka akan beroleh pahala sedekah atas usaha yang dilakukannya tanpa sia-sia dan percuma. Semua amal dan kerja yang berfaedah itu akan mendatangkan pahala sedekah dan dikira sebagai ibadat oleh Allah s.w.t.


Alangkah luasnya ruang lingkup amal ibadah dalam agama. Ianya bukan sekadar ibadat ritual malah segala gerak kerja yang mendatangkan manfaat itu dikira beroleh pahala ganjaran dan akan dinilai sesuai dengan hasilnya .

Friday, November 7, 2008

Wanita: insan yang perlu dididik dan dihargai....

Ingatkah dirimu akan ayat ini….
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”(Al Furqan:74)
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Ya ALLAH, hanya kepadamu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu YA ALLAH.

Janji bertemu di Syurga : Inni uhibuka fillah

Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja’ bin Amr An-Nakha’i, ia berkata,

"Adalah di Kufah, terdapat pemuda tampan, dia kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia berkunjung ke kampung Bani An-Nakha’. Dia melihat seorang wanita cantik dari kalangan mereka sehingga dia jatuh cinta dan memuja wanita tersebut. Dan ternyata, si wanita cantik itu pun berperasaan begitu juga padanya. Kerana sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu berjumpa ayah wanita tersebut bertujuan untuk melamarnya. Tetapi si ayah mengkhabarkan bahawa putrinya telah dojodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tidak padam bahkan semakin bersemarak. Si wanita akhirnya mengirim pesanan melalui seseorang kepada si pemuda tersebut..,

"Aku telah tahu betapa besar cinta mu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan mu. Bila kamu setuju, aku akan mengunjungi mu atau aku akan mempermudah jalan bagi mu untuk datang menemuiku di rumahku". Dijawab oleh pemuda tadi melalui orang suruhannya,
"Aku tidak setuju dengan dua cara itu, ’sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat pada Rabbku akan adzab yang akan menimpaku pada hari yang besar." (Yunus:15)
Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarnya.’
Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata….
"Walau demikian, rupanya dia masih takut kepada Allah? Demi Allah, tak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertaqwa kepada Allah dari orang lain. Semua hamba sama-sama berhak untuk itu."

Kemudian wanita itu meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu pada pemuda tersebut. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia kerananya. Dan pemuda itu seringkali menziarah kubur wanita tersebut. Dia menangis sambil berdoa kepada wanita yang dicintainya itu. Suatu waktu dia tertidur di atas kubur wanita itu. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik. Dalam mimpi dia sempat bertanya,

"Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kau dapat setelah meninggal?"
Dia menjawab,
"Sebaik-baik cinta wahai orang yang bertanya, adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat mengiring menuju kebaikan."
Pemuda itu bertanya,
"Jika demikian, kemanakah kau menuju?" Dia menjawab, "Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tak berakhir. Di Surga segalanya berkekalan untuk ku miliki dan tidak akan pernah rosak."

Pemuda itu berkata, "Aku harap kau selalu ingat padaku di sana sebab aku di sini juga tidak melupakanmu." wanita itu menjawab,
"Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku meminta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah SWT) agar kita nanti akan dikumpulkan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah."

Si pemuda bertanya, "Bilakah aku dapat melihatmu?" Jawab si wanita:
"Tak lama lagi kau akan dapat berjumpa dengan ku." Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh Allah menuju kehadirat-Nya, pemuda itu meninggal dunia dan dia menemui cinta sejati yang telah ditakdirkan oleh Allah untuknya iaitu cinta abadi wanita tersebut….

Enta Eh....?

What are you (how cruel are you) is it not enough
That you hurt me? Have pity. How cruel are you.
Why my love? Is it so easy for you to bring me to tears?
And why do I accept that you hurt me when my soul is part of you?
And why I am accepting this torment at your hands?
If this is love, my misery is from it
And if I am to blame
I cannot say never again
And if it is my lot to live in torment
I shall live in torment
Have you no pity?
Have you no shame that cheat me knowing the love I have for you
Is it not a shame, the passion and the years?
And longing that I am living for you
Was the love lost completely?
Or has it been a game?
Was the love and tenderness and my heart and faith in you all lost?

Kelebihan doa sebelum tidur

Sila Click atas gambar untuk dapat imej yang lebih jelas ok. AMALKANLAH...

Doa mengubati demam Panas

بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ،

نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ

مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ،وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya :
“Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .

Bacaan mengubati Sakit

بسم الله (Tiga kali ulang)

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّمَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ ( Tujuh kali ulang)


“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari kejelekan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti. Keterangan & Petua BeramalMenurut apa yang diamalkan dalam kaedah perubatan Nabi saw , pesakit boleh mengubat kesakitan yang dialaminya iaitu dengan cara ; Letakkan tangan pada tubuh yang terasa sakit, dan bacalah jampi di atas mengikut bilangan yang diajarkan oleh Nabi saw itu .

Menurut al-Tirmizi, Nabi saw bersabda , tidaklah seseorang yang menderita sakit yang belum datang ajalnya , lalu dia membacakan doa ini melainkan akan disembuhkan Allah .

Wednesday, November 5, 2008

SAYYIDUL ISTIGHFAR: Amalkanlah...........

Dalam sebuah hadith riwayat Al-Bukhari dari Syaddad bin Aus , Nabi mengajar sepotong doa . Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi , lalu dia mati pada petangnya , maka dia akan menjadi ahli syurga . Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang , lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia dari kalangan ahli syurga :

اللَّهمَّ أًنْتَ رَبِّي لا
إلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَ أَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ،
أعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي،
فاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hambaMu, dan aku berjanji mentaatiMu semampuku, aku berlindung dariMu dari kejahatan kelakuanku. Ku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepadaMu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau”

DOA AGAR TERHINDAR DARI BERBAGAI KEJAHATAN

اللَّـهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ
وَالفُرْقَانِ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ
الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ
الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، إِقْضِ
عَنَّا الدَّيْنِ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ
Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh, tuhan bumi, tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhansegala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ), aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya, ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu,
Engkaulah yang paling akhir, tiada sesuatupun sesudahMu.
Engkaulah yang Zahir, tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu, dan Engkaulah yang batin, tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu, tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami .

Tuesday, November 4, 2008

ibadat Haji...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah, jika mereka meminta daripada-Nya, Dia akan memakbulkannya. Dan jika mereka meminta ampunan-Nya, Dia akan mengampunkan mereka." (Hadis riwayat al-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Baginda SAW mengungkapkan keindahan syurga dalam perjalanan haji melalui sabda yang bermaksud: "Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: Nabi SAW ditanya: "Apakah amalan yang paling afdal? Baginda bersabda: Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi: Kemudian apa lagi? Sabda baginda SAW: Haji yang mabrur." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 3, 2008

Isteri yang solehah

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”

Allah berfirman, maksudnya: “Di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (ar-Rum: 21)

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata
Penawar hati
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri
Di jalanan kawan
Di waktu suami buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan suami diperteguhkan
Menjadikan suami tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Suami lupa dia akan ingatkan

Nasihat suami dijadikan pakaian
Silap suami dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa damai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Saya kursus hari ini hingga - 6/10/08

apa2 hal...hubungi hp kerana tiada di pejabat...TQ

Friday, October 31, 2008

Enta Eh....?

ما هي لكم (من ضروب كيف حالك) هو أنه لا يكفي

هل لي أن يصب؟ لقد شفقة. كيف حالك المعاملة القاسية.

لماذا حبي؟ هل من السهل عليك أن تجلب لي الدموع؟

وماذا يجب عليك أن تقبل يصب لي عندما روحي هو جزء منك؟

وماذا أنا قبول هذا العذاب في أيديكم؟

وإذا كان هذا هو الحب ، بلدي من البؤس هو أنه

وأنا إذا إلقاء اللوم

لا أستطيع أن أقول مرة أخرى أبدا

وإذا كان لي الكثير ليعيش في عذاب

الأول يعيش في عذاب

هل لا شفقة؟

هل من العار ان الغش لا اعرف الحب لي لك

أليس من العار ، عاطفة وسنوات؟

أن الشوق وأنا لائق للكم

هو الحب فقدت تماما؟

أم أنها كانت لعبة؟

هو الحب والحنان وقلبي ولكم النية في جميع فقدت؟

Wanita Solehah


W ~ Wanita idaman jejaka beriman

A ~ Akhlaq mulia sentiasa terpelihara

N ~ Nafsu dididik payah dilentur

I ~ Imannya mantap Ihsannya terpuji

T ~ Takutkan Allah taati suami

A ~ Anak-anak diberi pakaian Islami


S ~ Sejuk mata memandang wajahnya, sucinya hati terpancar di wajah

O ~ Onak dan duri ditempuh sabar, ia dianggap sebagai rahmat

L ~ Lancar bibirnya menyebut Allah, licin lidahnya dengan kitabullah

E ~ Engkarkan Allah sentiasa dijauhi

H ~ Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa

A ~ Akalnya pintar dijaga Al-Quran

H ~ Hasilnya dialah wanita solehah
Sabda Rasulullah s.a.w
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر. ( رواه مسلم
Maksudnya : “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun ”.( Riwayat Muslim )

SELAMAT TINGGAL BULAN SYAWAL....SEMOGA KITA AKAN BERTEMU PADA BULAN SYAWAL AKAN DATANG...INSYA ALLAH AMIN YA RAB BAL ALAMIN

Wednesday, October 29, 2008

Doa Murah Rezeki: Solat Dhuha

Kepada kawan semua kalau ada kesempatan masa sebelum pergi kerja atau di pejabat atau di mana2 saja...lakukanlah solat Dhuha....insya allah akan bertambah rezeki. Amalan ini telah di lakukan oleh nabi dan para aulia u solihin....Kalau kita tak sempat solat dhuha amalkan lah doa ini setiap kali selepas solat 5 waktu atau baca bila masa kita senang.....Selamat mengerjakan solat Dhuha....

اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله
وإن كان في الأرض فأخرجه
وإن كان بعيدا فقربه
وإن كان قريبا فيسره
وإن كان قليلا فكثره
وإن كان كثيرا فبارك لـــي فيه
Hari ini juga Allah bagi rezeki kepada saya kerana bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga saya....ini juga mungkin berkat dari solat Dhuha...