Tuesday, November 24, 2009

Raya : Aidil Adha

Aidil Adha

Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa' (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).

Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT: Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.

Ini sebagaimana sabdanya: "Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami".

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.

Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.

Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.

Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.

Hari Arafah

Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.

Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah".

Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata: "Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu".

Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:

"Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq".

Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang".

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Kebesaran bulan Zulhijjah

DALAM kekecohan beberapa isu dan bencana alam yang melanda negara kita mutakhir ini, sedar atau tidak, hari ini kita telah pun melangkah masuk ke dalam bulan Zulhijjah.

Untuk sama-sama menghayati kebesaran dan anugerah yang disediakan dalam bulan Zulhijjah, maka ruangan Relung Kasih menangguhkan persoalan Tauhid Tiga Serangkai yang sepatutnya disambung pada minggu ini.

Dengan 'inayah dan ri'ayah Allah pastinya, maka pada hari ini kita dikurniakan lagi untuk kesekian kalinya nikmat bulan Zulhijjah yang besar fadilat dan ertinya.

Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya.

Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.

Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.

Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)

Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2: Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.

Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.

Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, "Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid". (riwayat al Bukhari)

Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.

Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda: "Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari".

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar".

Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.

Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun".

Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya".

Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.

Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.

Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.

Fatimah kuat menghafal...

NAMA penuhnya Fatimah binti Qais. Dia mempunyai adik-beradik yang bernama Adh-Dhahhak, Hazmah dan Khairah. Fatimah telah berkahwin dengan Abu Hafsh Amru bin Hafsh bin Mughirah al Makhzumi.

Fatimah adalah seorang pelapor hadis. Dia mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia seorang yang cerdik pandai. Dia telah melaporkan sebanyak 34 hadis daripada Nabi Muhammad.

Fatimah menjadi rebutan lelaki yang meminatinya. Selepas dia berpisah dengan suaminya, dia dilamar oleh dua orang lelaki. Sebelum dia dilamar, Nabi Muhammad telah menyuruhnya tinggal di rumah Ummu Syarik.

"Wahai Nabi Muhammad ada dua orang lelaki ingin melamar saya," kata Fatimah kepada Nabi Muhammad.

"Siapakah lelaki itu?" tanya Nabi Muhammad.

"Mereka ialah Muawiyah bin Abu Sufyan dan Abu Jahm," jawab Fatimah.

Selepas mendengar penjelasan Fatimah, Nabi Muhammad memberikan cadangannya. Nabi Muhammad berkata, "Saya cadangkan awak berkahwin dengan Usamah bin Zaid".

Fatimah agak terkejut mendengar nama Usamah lalu dia berkata, "Maafkan saya tuan. Saya tidak suka kepada Usamah bin Zaid".

Nabi Muhammad terus menasihatinya supaya memilih Usamah sebagai calon suami. Akhirnya Fatimah bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihan Nabi Muhammad itu.

Perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Mereka hidup aman dan bahagia. Hasil perkahwinan itu, mereka dianugerahkan dengan tiga orang anak iaitu Zaid, Jabir dan Aisyah.

Fatimah meneruskan kehidupannya sebagai isteri kepada seorang pahlawan Islam. Dia juga pandai menjalinkan hubungan baik dengan keluarga Nabi Muhammad. Dia banyak mempelajari ilmu agama Islam dari Nabi Muhammad.

Malah dia menjadikan keluarga Nabi Muhammad sebagai satu contoh teladan baginya meneruskan kehidupan.

Semasa Nabi Muhammad jatuh sakit, Usamah telah ditugaskan menjadi ketua angkatan tentera Islam menentang musuh di Ghassan. Ghassan adalah sebuah daerah jajahan Rom Timur.

Melihat keadaan Nabi Muhammad yang semakin tenat, Fatimah menulis sepucuk surat kepada suaminya yang sedang bergerak ke medan perang. Pada masa itu pasukan tentera Islam baru sampai ke satu tempat yang bernama al-Jurf.

Terkejut

"Mengapakah Fatimah mengirimkan surat ini kepada saya?" bisik Usamah sendirian.

Tanpa berlengah, Usamah membuka surat itu lalu membacanya. Usamah agak terkejut mendengar berita bahawa Nabi Muhammad sedang sakit tenat. Usamah ingin berjumpa dan melihat keadaan Nabi Muhammad. Dia tidak mahu terlepas melihat Nabi Muhammad buat kali terakhir.

Tidak berapa lama kemudian sampai satu berita yang mengejutkan bagi semua tentera Islam itu.

"Nabi Muhammad sudah wafat," kata seorang lelaki yang diutuskan menyampaikan berita itu.

Berita kematian Nabi Muhammad menyedihkan seluruh umat Islam. Angkatan tentera Islam ke Ghassan berada di dalam dilema. Mereka sendiri tidak tahu sama ada mahu membatalkan serangan ke Ghassan.

Selepas Nabi Muhammad wafat, Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah pertama. Abu Bakar tetap bertegas supaya angkatan tentera Usamah diteruskan walaupun mendapat pelbagai tentangan daripada para sahabat.

Selepas angkatan tentera Usamah berperang selama 40 hari, akhirnya mereka berjaya membawa kemenangan kepada Islam.

Fatimah memang terkenal sebagai seorang wanita yang berilmu tinggi. Dia juga kuat menghafal. Sejarah Islam menyatakan bahawa Fatimah adalah seorang wanita yang mampu mengingati setiap bait-bait kata yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

Hadis tentang Dajal dan tanda-tanda kemunculan Dajal yang disampaikan oleh Nabi Muhammad berjaya diingati oleh Fatimah dengan baik.

Fatimah memberi sokongan kuat kepada agama Islam. Dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat mesyuarat Majlis Syura selepas Umar al-Khattab mati terbunuh.

Jasa baik yang diberikan oleh Fatimah kepada Islam amat banyak. Sejarah Islam mencatatkan bahawa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 50 Hijrah.

Tuesday, November 17, 2009

Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana

Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.

Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal. Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.

Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Syarat calon Isteri dan suami

Syarat-Syarat Calon Isteri

  1. Bukan mahram dengan bakal suami.
  2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
  3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
  4. Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
  5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

 

Syarat-Syarat Calon Suami

  1. Bukan mahram dengan bakal isteri.
  2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
  3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua  orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
  4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
  5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
  6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

Hukum-Hukum Perkahwinan

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

Huraiannya adalah seperti berikut :-

 

  1. Perkahwinan yang wajib.
  2. Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

  3. Perkahwinan yang sunat
  4. Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

  5. Perkahwinan yang haram
  6. Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

  7. Perkahwinan yang makruh
  8. Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

     

Biodata Yusuf Qardhawi....

Yusuf Qardhawi, adalah seorang pemikir Islam modern yang sangat yakin akan kebenaran cara pemikiran Islam yang moderat (al-washatiyah al-Islamiyah). Sebagai ulama yang memiliki apresiasi tinggi terhadap Alquran dan Sunnah Nabi, Qardhawi sangat fleksibel dalam memandang ajaran Islam. Namun pada saat yang sama, ia juga sangat kuat dalam mempertahankan pendapat-pendapatnya yang digali dari Alquran dan Hadits. 

Yusuf Qardhawi lahir di Shafth Turaab, sebuah desa kecil di Mesir, pada 9 September 1926. Ia tidak sempat mengenal ayah kandungnya dengan baik, karena saat usianya baru mencapai dua tahun, sang ayah meninggal dunia. Sepeninggal ayahnya, ia dibesarkan oleh ibu kandungnya. Akan tetapi pada saat ia duduk di tahun keempat ibtida'iyah, ibunya pun dipanggil Yang Mahakuasa. 

Beruntung, ibu yang dicintainya masih sempat menyaksikan putra tunggalnya ini hafal seluruh Alquran dengan bacaan yang sangat fasih, karena pada usia sembilan tahun sepuluh bulan, ia telah hafal Alquran. Kemampuannya dalam menghafal Alquran itulah yang menyebabkan kaum kerabatnya kerap memanggil Qardhawi "syaikh". 

Pendidikan formalnya dimulai pada salah satu lembaga pendidikan Al-Azhar yang dekat dengan kampungnya. Di lembaga pendidikan inilah Qardhawi kecil mulai bergelut dengan kedalaman khazanah Islam. Setelah menyelesaikan pendidikannya di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi melanjutkan ke Fakultas Ushuluddin Universitas Al-Azhar, hingga lulus tahun 1952. 

Namun karena dia sempat meninggalkan Mesir akibat kejamnya rezim yang berkuasa saat itu, gelar doktornya baru dia peroleh pada tahun 1972, dengan desertasi Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan. Desertasinya itu kemudian disempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat komprehensif dalam membahas persoalan zakat dengan nuansa modern. 

Kedalaman dan ketajamannya dalam menangkap ajaran Islam ini, sangat membantunya untuk selalu bersikap arif dan bijak. Dalam buku-buku yang ditulisnya, dia selalu mendengungkan kelebihan Islam dalam segala lini. Qardhawi dengan gencar mengedepankan Islam yang toleran serta kelebihan-kelebihannya yang tidak dimiliki oleh umat di luar Islam. 

Qardhawi juga amat selektif terhadap berbagai propaganda pemikiran Barat maupun Timur, termasuk dari kalangan umat Islam sendiri. Dia bukanlah pengikut buta dari mazhab atau gerakan Islam modern tertentu. Bahkan dia tidak segan-segan berbeda pendapat dengan senior-seniornya dalam pergerakan Islam. Singkatnya, Qardhawi memiliki pendirian yang sangat kokoh terhadap apa yang dia yakini sebagai kebenaran dan prinsip Islam, walaupun seringkali mendapat tekanan dari berbagai pihak. 

Di mata Qardhawi, umat Islam sudah lama mengidap krisis identitas akibat perang pemikiran (ghazwul fikr) Barat yang tidak menginginkan Islam bangkit kembali. Akibatnya, umat Islam justru lebih percaya kepada peradaban Barat ketimbang pada agamanya sendiri. Oleh karena itu, Qardhawi tak henti-hentinya berusaha mengembalikan identitas umat dengan melakukan penyebaran pemikiran Islam yang benar melalui berbagai tulisan serta seminar-seminar di tingkat internasional. 

Pandangan bahwa Islam sangat menghargai makna pluralisme agama sebagai sebuah realitas sosial yang tidak mungkin dihilangkan, membuat Qardhawi sangat anti-terhadap gerakan-gerakan militan apalagi anarkis. Sikap seperti itu, menurutnya, hanya memperburuk citra Islam yang cinta damai dan sangat manusiawi dalam memperlakukan orang lain. Namun di saat yang sama, Qardhawi juga mengingatkan bahwa tindakan militan umat Islam bukan muncul dari keinginan mereka. 

Tindakan tersebut muncul akibat kemerdekaan mereka telah dirampas oleh para penguasa yang tidak memberikan ruang yang leluasa untuk menjalankan keyakinan mereka. 

Qardhawi juga dikenal sebagai seorang ulama yang menolak pembagian ilmu secara dikotomis. Menurutnya, semua ilmu bisa Islami dan tidak Islami, tergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. 

Qardhawi memandang bahwa pemisahan ilmu secara dikotomis telah menghambat kemajuan umat Islam. Padahal, peradaban bisa melesat maju jika peradaban tersebut bisa menyerap sisi-sisi positif dari peradaban yang lebih maju dengan tanpa meninggalkan akar-akar pembangunan peradaban yang dianjurkan Islam

Friday, November 13, 2009

MARI KITA RENUNG DAN FIKIR SEJENAK.. :KEHIDUPAN DUNIAAAAAAAAAAAA.............

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Surah Al-An'am ayat 32

Ali menantu Rasulullah

ALI bin Abu Talib ialah anak saudara kepada Rasulullah SAW. Ibnu Ishak menceritakan ketika Ali datang menemui Rasulullah, baginda ketika itu sedang bersembahyang bersama isterinya, Siti Khadijah.

Ali sangat kagum melihat segala yang dilakukan oleh baginda dan isterinya. Lalu, Ali pun bertanya kepada Rasulullah apa yang dilakukan oleh baginda itu.

Baginda pun menjawab, itulah agama Allah yang baginda pilih, dan dengan agama itulah Allah mengutuskan semua utusan-Nya. Oleh itu baginda turut menyeru kepada Ali supaya menyembah Allah Yang Esa. Baginda juga turut menyuruh Ali supaya meninggalkan berhala Laata dan Uzza.

Mendengar kata-kata baginda itu Ali meminta izin untuk memberitahu kepada ayahnya, Abu Talib terlebih dahulu.

Namun, baginda melarang Ali memberitahu sesiapa pun kerana baginda tidak mahu perkara itu diketahui oleh orang lain sebelum datangnya perintah untuk menyebarkannya kepada orang ramai.

Semalaman Ali berfikir tentang perkara itu dan ruparupanya Allah telah membukakan pintu hatinya untuk menerima Islam. Maka, keesokan harinya Ali terus pergi menemui baginda dan beliau pun berkata, "Apakah yang engkau mahukan dariku, wahai Muhammad?"

Baginda pun menjawab, "Hendaklah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan hendaklah engkau mengkufuri berhala Lata dan Uzza, dan membersihkan dirimu daripada segala macam Tuhan selain Allah".

Ali segera menerima ajakan baginda itu dan memeluk Islam. Selepas itu, beliau tetap mendatangi baginda secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh bapanya. Ali terus menyembunyikan keislamannya dan tidak mengkhabarkan kepada sesiapapun.

Sementara itu dalam medan peperangan, baginda sangat mempercayai Ali. Baginda mengatakan ingin menyerahkan bendera perang kepada seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya serta dicintai Allah dan Rasul-Nya juga.

Maka Ali telah dipilih oleh baginda. Tetapi ketika itu Ali sedang sakit mata. Baginda tetap menyuruh Ali datang kepada baginda dan baginda meludah mata Ali yang sakit itu dan memohon kepada Allah. Dengan tiba-tiba, mata Ali terus sembuh seolah-olah tidak pernah ditimpa sakit atau pedih. Kemudian bendera Islam itu diserahkan kepadanya.

Ketika pihak Quraisy sedang membuat perancangan untuk membunuh Rasulullah ketika baginda sedang tidur, baginda meminta Ali menyamar sebagai dirinya dengan tidur di tempat perbaringan baginda. Ali menerimanya tanpa bantahan walaupun nyawanya dalam bahaya.

Rasulullah juga telah mengahwinkan anak baginda iaitu Fatimah dengan Ali disebabkan perwatakan dan perangai Ali yang sangat menawan hati baginda.

Ali dan Fatimah dikurniakan empat orang anak iaitu; Hasan, Husain, Zainab dan Ummu Kalthom. Melalui anak Fatimah dan Ali ini, baginda mempunyai keturunan yang banyak di samping berjasa kepada agama Islam.

Ada di antara mereka seperti Hasan dan Husain menjadi penguasa, pemimpin, menjadi imam yang sering beramal dan berjihad di jalan Allah. Begitulah kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah terhadap Ali bin Abu Talib.

Nabi ketuai Perang Uhud

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Qurtubi berkata: "Imam al-Zuhri menyebut bahawa syaitan bertempik pada hari peperangan Uhud dengan meuar-uarkan bahawa Muhammad telah terbunuh hingga menyebabkan sahabat merasa lemah dan patah semangat."

Kata Ka'ab bin Malik: "Aku orang yang pertama melihat Rasulullah SAW dengan dua mataku seraya menyeru dengan suara yang lantang: Ini Rasulullah SAW, kemudian Baginda mengisyaratkan kepadaku supaya diam, lantas turunnya ayat ini."

Iktibar dan fiqh ayat 148:

i. Ibn Kathir berkata: "Ayat ini memberi maksud berapa banyak para nabi dan para sahabatnya yang mati terbunuh." Inilah pilihan Ibn Jarir.

ii. Ibn Kathir juga berkata: "Pendapat tersebut menjadi pilihan Ibn Jarir, kerana dia berkata: Ada pun orang-orang yang membaca firman Allah yang bermaksud: Berapa ramai Nabi yang terbunuh bersama sejumlah besar sahabat mereka. 

"Ini kerana mereka berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan terbunuhnya Nabi dan sebahagian sahabat yang ikut bersamanya adalah bukan kesemuanya. Sedangkan bukan kelemahan itu ditujukan kepada para pengikutnya yang tidak terbunuh."

Seterusnya dia berkata lagi: "Orang yang membaca Qaatala (berperang), ia memilih hal tersebut kerana ia berkata: Seandainya mereka terbunuh, maka tidak ada firman Allah yang bermaksud:Mereka yang tidak lemah. Yang demikian itu jelas, kerana suatu hal yang mustahil bahawa mereka disifatkan dengan tidak lemah setelah mereka terbunuh."

iii. Al-Qurtubi berkata: "Menjadi kewajipan ke atas manusia beramal apa yang ada dalam kitab Allah dan sunnah yang sahih untuk berdoa dan meninggalkan yang lain yang tidak sewajarnya seseorang berkata: Saya pilih begini sedangkan Allah telah pilih untuk nabi dan walinya bagaimana cara mereka berdoa."

iv. Al-Maraghi juga berkata: "Ramai para nabi yang keluar berperang dengan disertai oleh pengikut-pengikut mereka. Mereka adalah orang yang menjadi pembawa petunjuk dan para guru agama, bukan menjadi pendeta-pendeta yang disembah.

"Mereka tidak mudah menjadi lemah, apabila ada di kalangan mereka yang luka atau terbunuh, biarpun yang terbunuh itu nabi mereka sendiri. Sebab mereka berperang semata-mata di jalan Allah SWT, bukan di jalan nabi mereka.

"Mereka menyedari bahawa nabi hanyalah orang yang menyampaikan ajaran Tuhannya dan memberi petunjuk kepada umatnya."

v. Hamka berkata: "Banyak diceritakan kepada kita di dalam al-Quran tentang perjuangan Nabi-nabi terdahulu menegakkan agama dalam kalangan kaumnya dan kita mengetahui bagaimana kebiasaan kaum yang menentang itu."

Maka ayat ini memberikan bayangan kepada kita, bahawasanya di samping kaum yang menentang, ada juga yang setia, sehidup semati dengan Rasul dan menerima apa sahaja yang diajarkan serta bersedia menimpa pelbagai musibah dan dugaan kerana menegakkan kebenaran. Tidak pernah mengeluh, lemah dan patah semangat.

vi. Quraish Shihab berkata: "Ayat ini masih merupakan lanutan kecaman. Kali ini dengan membandingkan keadaan mereka dengan umat-umat terdahulu. Dan berapa banyak bermaksud nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar daripada pengikutnya yang bertaqwa yang juga luka dan terbunuh sebagaimana yang kamu alami wahai kaum muslimin di Uhud.

"Mereka tidak menjadi lemah dan lesu iaitu mental mereka tidak mengendur dan tidak menyerah diri kepada musuh, atau berusaha meminta perlindungan kepada mereka sebagaimana mereka yang lemah imannya setelah ditimpa malapetaka di Uhud yang mengusulkan agar meminta perlindungan kepada tokoh musyrik ketika itu iaitu Abu Sufyan.

"Allah SWT menyukai dan memberi anugerah kepada orang-orang yang sabar dan tabah dalam melaksanakan kewajipan, menderita ujian serta dalam peperangan menghadapi musuh."

vii. Al-Sonhaji berkata: "Terlalu ramai Nabi pada zaman dahulu yang berperang dan diikuti oleh orang-orang yang beriman dengannya.

"Mereka menganggap para Nabi itu sebagai guru yang membawa petunjuk kepada mereka, bukan sebagai orang yag diagung-agungkan untuk disembah.

"Mereka tidak takut sekiranya ada di antara mereka yang luka atau terbunuh dalam peperangan walaupun yang terbunuh itu Nabi mereka sendiri kerana mereka berperang kerana Allah bukan kerana Nabi, kerana Nabi itu hanya menyampaikan perintah dari tuhannya untuk membimbing umatnya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 48 yang bermaksud:Tiadalah Kami (Allah) utuskan Rasul-rasul itu melainkan untuk memberi khabar kegembiraan dan khabar ancaman."

Iktibar dan fiqh ayat 147:

i. Qatadah dan al-Rabi' bin Anas berkata: "Mereka tidak lesu atas kematian Nabi mereka, sedangkan firman Allah SWT yang bermaksud: Serta tidak pula menyerah."

Qatadah berkata lagi: "Mereka tidak mundur dari usaha memenangkan perang dan membela agama mereka. Tetapi mereka terus memerangi apa yang diperangi Nabiyullah sehingga mereka menghadap Allah SWT (menemui ajal)"

ii. Al-Maraghi berkata: "Ayat ini mengisyaratkan bahawa dosa dan perbuatan melampaui batas menjadi punca kepada kehinaan. Sedangkan unsur-unsur ketaatan, keteguhan dan istiqamah menjadi sebab untuk mereka memperoleh kemenangan dan kejayaan.

"Oleh itu, mereka menadah tangan memohon kepada Allah SWT agar hati mereka dibersihkan daripada sebarang dosa dan diberi taufik agar tetap teguh ketika hati mereka diuji.

"Allah SWT menyatakan berkenaan dengan perkataan doa yang diucapkan mereka ini, bukan atas dasar takut yang dialami mereka dalam menghadapi musuh tetapi tujuan sebenarnya untuk menyindir sahabat-sahabat nabi yang bercita-cita untuk melarikan diri dari Perang Uhud."

iii. Hamka berkata: "Pada ayat di atas diberikan kunci kemenangan, iaitu sabar. Kemudian datang ayat ini sebagai lanjutan. Iaitu ayat tentang orang-orang yang telah menyatakan setia dan bersandar teguh kepada Allah SWT di samping Nabi mereka yang tercinta.

"Mereka tidak patah semangat kerana percubaan, tidak menjadi lesu dan berdiam diri, melainkan sabar menantikan hasil perjuangan, kemudian mereka memohon ampun jika mereka melakukan dosa."

iv. Quraish Shihab berkata: "Pada ayat ini dijelaskan sikap batin yang dicerminkan oleh ucapan-ucapan mereka.

"Ini menunjukkan bahawa walau ujian sedemikian berat, tetapi mereka tetap tabah, sehingga mereka tidak goyah pendirian, tidak pula mengucapkan kecuali kalimat-kalimat yang wajar dan permohonan yang sesuai. Kerana mereka berhati-hati, khuatir apa yang mereka alami itu adalah akibat daripada dosa dan kesalahan mereka."

Iktibar dan fiqh ayat 148:

i. Al-Qurtubi berkata: "Pahala di dunia ialah kemenangan dan boleh mengalahkan musuh sedangkan pahala di akhirat iaitu dengan syurga."

ii. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT menyukai mereka kerana melaksanakan segala peraturan di dunia dan dicernakan sama ada di dalam tindakan mereka, sebagai orang yang layak menjadi khalifah Allah SWT di bumi.

Perbuatan yang dilakukan oleh mereka hanyalah untuk mencari keredaan Allah SWT. Mereka bertindak demikian demi untuk memperoleh kurnia keredaan Allah SWT.” Dalam ayat ini dijelaskan susunan pemberian ganjaran seperti berikut:

*Pemberian taufik terhadap mereka yang taat.

*Pemberian pahala kerana ketaatannya.

*Pemberian pujian, sebab mereka tergolong dalam golongan yang melakukan kebaikan.

iii. Hamka berkata: “Ayat ini menjelaskan bahawa permohonan mereka akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT setelah mereka memenuhi syarat-syarat berikut:

*Tidak mengeluh kerana dugaan.

*Tidak lesu dan patah semangat.

*Tidak mundur.

*Sabar menanti hasil perjuangan.

*Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap dosa yang dilakukan.

*Selalu memohon pertolongan kepada Allah SWT.

Dengan memenuhi keenam syarat ini, ganjaran Allah SWT pasti datang. Permohonan mereka tidak disia-siakan. Mereka diberikan kebahagiaan di dunia iaitu kemerdekaan dan mendapat kebahagiaan di akhirat kelak.”

iv. Quraish Shihab berkata: “Ayat ini menggambarkan sambutan Allah SWT atas permohonan mereka. Mereka ikhlas dan tulus berdoa, mengharapkan pertolongan Allah SWT bersungguh-sungguh dalam berjuang dan taat kepada Allah dan Rasul.

“Maka kerana itu, Allah SWT menganugerahkan mereka pahala di dunia berupa kemenangan, ketenangan dan nama yang baik yang tidak dapat dilukiskan dengan kata-kata.”

v. Al-Sonhaji berkata: “Sebaik-baik pahala di akhirat ialah syurga dan kenikmatan abadi yang ada di dalamnya. Pahala tersebut tidak akan berkurang sedikit pun bahkan melebihi pahala yang diterima di dunia.

“Allah mengasihi orang yang berbuat baik iaitu orang yang menegakkan peraturan Allah di bumi-Nya dengan amalan-amalan yang didasarkan daripada perintah Allah dan kerana Allah SWT.”

Semoga kita menjadi golongan yang benar-benar mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.

Thursday, November 12, 2009

Solat Jumaat Masjid Wilayah Persekutuan

video

Peluklah, layanlah, bercakaplah, berguraulah dan bermainlah...


Peluklah, layanlah, bercakaplah, berguraulah dan bermainlah dengan anak-anak anda yang berumur 1 tahun hingga 6 tahun kerana dengan cara itu ia akan melahirkan satu perasaan kasih sayang, dan mereka akan merasa di hargai oleh Ibubapanya. Ia juga akan melahirkan kesan yang mendalam pada jiwa anak-akan kita. Jangan hukum anak-anak dengan kesilapannya. Fikirkan kebaikan dan kelebihan anak anda berbanding dengan adik-adik yang lain. Setiap anak mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing :)

Tuesday, November 10, 2009

Pesanan: Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Tanda-tanda kiamat

Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.

Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.

Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, "Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.

"Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat".

Ibnu Hajar melanjutkan, "Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat".

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah SAW

Jabir r.a. berkata, "Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian". Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)

2. Disia-siakan amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, "bilakah masanya akan terjadi kiamat?" Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya".

Berkata sebagian yang lain, "Rasulullah tidak mendengar". Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: "Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?" Berkata lelaki Badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah". Rasulullah SAW berkata, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Rasulullah menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (riwayat Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "haraj adalah pembunuhan, pembunuhan". (riwayat Muslim).

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia". Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Banyaknya kaum wanita

Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.

15. Berleluasnya riba dan harta haram

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, "Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya". (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)

Hidup dan mati ketentuan Allah...

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (Siri Ke-59)

APABILA tiba ajal ia tidak akan dicepat atau dilewatkan walaupun sesaat. - Gambar hiasan

Setelah kaum Muslimin mengalami kekalahan dalam perang Uhud dan terdapat beberapa orang yang terbunuh di kalangan mereka, syaitan pun berseru: "Ketahuilah bahawa Muhammad telah terbunuh."

Ibn Qam'ah menemui orang-orang musyrik dan berkata: "Aku telah berjaya membunuh Muhammad". Padahal sebenarnya ia hanya memukul Rasulullah SAW dan sedikit terluka di kepala Baginda.

Peristiwa ini banyak menggoncangkan hati ramai orang dan ada di antara mereka yang yakin bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Dalam keadaan ini, mereka beranggapan mungkin perkara itu terjadi kepada Rasulullah SAW sebagaimana Allah SWT menceritakan kisah para Nabi yang terdahulu sehingga perkara itu mengakibatkan kelemahan, ketakutan dan keengganan kaum muslimin meneruskan peperangan.

Pada saat Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Maksudnya, Nabi Muhammad SAW mengikut jejak langkah para Nabi dalam kerasulan dan kemungkinan terbunuh.

Sebab Nuzul ayat 144

Al-Qurtubi berkata: Sebab nuzul ayat ini kerana kekalahan orang Islam dalam perang Uhud sehingga syaitan bertempik Muhammad telah terbunuh. Sebahagian orang ramai berkata telah terkena Muhammad, justeru berilah tangan kamu kerana mereka adalah saudara-saudara kamu untuk meneruskan jihad.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Al-Qurtubi berkata: Ayat ini menjadi sebesar-besar dalil atas keberanian Saidina Abu Bakar r.a.

ii. Al-Maraghi berkata: Nabi Muhammad SAW hanyalah manusia biasa. Sebelum Baginda, telah wujud beberapa orang rasul. Mereka semua telah wafat.

Sebahagian daripada mereka ada yang dibunuh oleh musuhnya. Mereka seperti Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya AS. Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditetapkan untuk hidup kekal.

Ayat ini mengandungi bimbingan dan petunjuk bahawa peperangan itu tidak sepatutnya berhenti ataupun terus berlanjutan kerana adanya komandan.

Jika komandannya terbunuh, secara tidak langsung pasukannya akan terus menerima kekalahan atau menyerah diri kepada pihak musuh. Tetapi perlu diingat bahawa kepentingan umum lebih utama berbanding dengan undang-undang yang ditetapkan.

Ini tidak akan menyangsikan fikiran sesiapa meskipun para pemimpin perang terkorban. Inilah prinsip yang digunakan oleh pemerintah dalam menyusun strategi peperangan.

Allah SWT mewajibkan kita menurut segala petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Oleh itu musibah yang menimpa Baginda, seperti luka dan saki atau hidup dan mati, sama sekali tidak ada hubungannya dengan kebenaran dakwah yang dibawanya, sebab baginda adalah manusia biasa seperti kamu. Baginda hanya tunduk kepada peraturan Ilahi.

iii. Hamka berkata: Dalam ayat ini menerangkan bahawa Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, seperti rasul-rasul yang lain yang terdahulu daripadanya. Iaitu manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi utusan-Nya dalam kalangan manusia sendiri.

Maka dia bukanlah malaikat atau jin. Telah berlalu daripadanya rasul-rasul yang lain, mulanya mereka lahir ke dunia, kemudian diangkat menjadi rasul dan bila tiba waktunya, mereka pun wafat. "Apakah apabila dia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling di atas kedua tumit kamu?"

iv. Quraish Shihab berkata: Dalam al-Quran nama Nabi Muhammad SAW, bila disebut selalu dirangkaikan dengan gelaran Baginda, kecuali sekali iaitu dalam surah yang menyandang nama beliau iaitu Muhammad. Berbeza dengan nama nabi dan rasul yang lain, yang biasanya disebut tanpa gelaran mereka.

Redaksi ayat ini menunjukkan sifat kerasulan Nabi Muhammad SAW yang serupa dengan rasul-rasul yang telah wafat untuk membangkang mereka yang menduga bahawa sifat kerasulan bertentangan dengan kematian atau menduga bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW memiliki kelebihan berbanding dengan kerasulan yang lain.

Bahkan boleh terjadi mereka menduga bahawa usia Baginda akan panjang, sehingga ada yang tidak percaya bila satu saat Baginda akan wafat sebagaimana yang dialami oleh Saidina Umar al-Khattab.

v. Ibn Abi Najih berkata dari ayahnya: Ada seseorang dari kaum Muhajirin yang telah lalu di hadapan seorang dari kaum Ansar yang berlumuran darah. Lalu ditanya kepadanya: hai fulan, apakah kamu rasa Rasulullah SAW telah terbunuh?

Orang Ansar itu menjawab: Jika Muhammad telah terbunuh, bererti ia telah menyampaikan risalahnya. Maka berperanglah kamu demi membela agama kamu. Lalu turunlah ayat ini:

Maksudnya: Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).

vi. Al-Zuhri berkata: Abu Salamah telah menceritakan kepadaku dari Ibn Abbas bahawa Abu Bakar keluar, sementara Umar sedang berbicara kepada khalayak.

Kemudian Abu Bakar berkata: Duduklah wahai Umar. Lalu Abu Bakar berkata: Amma ba'du. Barang siapa menyembah Muhammad maka Muhammad telah wafat. Dan barang siapa menyembah Allah, maka Allah itu sentiasa hidup dan tidak akan pernah mati. Selanjutnya Abu Bakar menegaskan bahawa Allah berfirman, maksudnya: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

vii. Al-Zuhri berkata: Demi Allah, seolah-olah orang yang tidak mengetahui bahawa Allah telah menurunkan ayat ini sehingga Abu Bakar membacakannya kepada mereka. Maka orang-orang pun membaca ayat ini dari Abu Bakar. Sehingga setiap orang yang mendengar ayat ini, ia membacanya.

viii. Al-Sonhaji berkata: Ayat ini mengandungi pengajaran bahawa meneruskan sesuatu peperangan atau menghentikannya janganlah dihubungkan dengan hidup atau matinya seseorang pemimpin.

Contohnya, jika pemimpin itu hidup, perjuangan diteruskan, tetapi jika pemimpin itu mati perjuangan dihentikan. Kemaslahatan umum yang berjalan di atas dasar yang kukuh hendaklah dipertahankan bermati-matian.

Jangan pula goyah disebabkan kehilangan pemimpin atau jatuhnya pemimpin. Atas dasar inilah berjalannya pemerintahan dan peperangan pada zaman kita ini.

Iktibar dan fiqh ayat 145:

i. Ibn Kathir berkata: Tidak mati seseorang melainkan mengikut qadar Allah SWT dan menjalani masa yang telah ditetapkan oleh Allah.

ii. Ibn Kathir juga berkata: Oleh kerana itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Ayat ini memberikan motivasi bagi para pengecut dan dorongan bagi mereka untuk berperang, kerana maju berperang atau mundur darinya tidak akan mengurangkan atau memanjangkan usia.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dari Habib bin Zhabiyan, ia berkata: Apa yang menjadi halangan kepada kalian untuk menyeberangi Sungai Tigris ini untuk menemui musuh-musuh Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.

Setelah itu, ia terus menepuk kudanya menyeberangi Sungai Tigris. Ketika dia menyeberangi sungai itu, mereka yang lain pun mengikutinya. Pada saat musuh mengetahui kedatangan mereka, musuh pun berteriak dan mereka pun lari kebelakang.

iii. Al-Qurtubi berkata: Ini adalah galakan berjihad dan pemberitahuan bahawa kematian mesti berlaku kepada manusia sama ada dibunuh atau tidak.

iv. Al-Maraghi berkata: Ayat ini mengandungi galakan agar berjihad dengan penuh semangat berani menentang musuh. Oleh itu apabila ajal sudah menjadi ketetapan, lalu kematian tidak akan tiba sebelum sampai waktunya. Walaupun berada di medan peperangan, tidak ada sebarang alasan untuk takut menjadi pengecut.

Ayat ini juga memberi satu isyarat bahawa Allah SWT selalu melindungi rasul-Nya.

Ayat ini mengandungi sindiran kepada para sahabat yang sibuk mengambil harta rampasan dalam Perang Uhud iaitu mereka yang meninggalkan tempat yang telah ditugaskan oleh Nabi SAW agar mempertahankan tempat tersebut.

v. Hamka berkata: Dalam ayat ini mengandungi dua tafsir dan maksud. Pertama sebagai peringatan keras kepada mereka yang lemah imannya, kerana mendengar Rasulullah SAW telah wafat.

Mengapa iman menjadi goncang, padahal menentukan hidup dan mati seseorang bukanlah di tangan manusia bahkan ia adalah ketentuan Allah SWT.

Isi tafsir yang kedua pula ialah, ayat ini adalah perangsang paling kuat untuk meneguhkan hati orang yang beriman di dalam menghadapi tugasnya, baik membina dan memajukan agamanya, ataupun di dalam menangkis serangan musuh.

vi. Quraish Shihab berkata: Al-Biqa'i menghubungkan ayat ini dengan ayat sebelumnya dengan berkata bahawa kematian pimpinan pendukung-pendukung suatu agama tidak wajar dijadikan sebab untuk mengelak dari pertempuran dan meninggalkan medan peperangan, kecuali kematian itu terjadi tanpa izin Allah SWT.

vii. Al-Sonhaji berkata: Ayat yang diperkatakan ini ditujukan oleh Allah SWT kepada pasukan-pasukan yang telah terpengaruh oleh harta rampasan dalam perang Uhud sehingga tergamak mereka meninggalkan kedudukan mereka.

Jadi seolah-olah Allah mengatakan: Sekiranya kamu mengejar upah dunia, tiadalah Allah menghalangnya, terserahlah kamu untuk merebutnya. Tetapi bukanlah ini yang menjadi dasar seruan pemimpin besar kamu Muhammad SAW. Malah kamu diseru ke arah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Semoga kita menjadi golongan yang cintakan Rasulullah SAW serta mengikut jejak langkahnya tanpa berpaling dan keluar daripada sunnahnya. Amin.

Ummu Qais melawat nabi

UMMU Qais atau nama sebenarnya Aminah binti Muhsan. Beliau adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Ukasayah bin Muhsan.

Sejarah Islam menyatakan bahawa Ummu Qais adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia berasal dari Bani Asad. Sesudah dia memeluk Islam, dia tidak terlepas daripada menerima pelbagai seksaan yang kejam daripada pihak orang kafir Quraisy.

"Orang kafir Quraisy tidak henti-henti menyeksa orang Islam di Mekah. Mereka sebenarnya benci terhadap orang Islam," kata seorang perempuan Muslim.

"Memang benar. Mereka semakin mengganas. Sekiranya mereka tahu di antara kita sudah menjadi orang Islam, mereka akan seksa dan bunuh kita. Mereka sudah tidak berhati perut," kata Ummu Qais pula.

Sedang asyik mereka berbual tiba-tiba datang seorang anak kecil memberitahu mereka tentang perihal orang kafir Quraisy.

"Ibu, cepat sembunyikan diri. Saya lihat orang kafir Quraisy sedang menuju ke arah kawasan kita. Mereka ingin menangkap orang Islam," kata anak perempuan Muslim itu tadi.

"Mari kita sembunyikan diri di dalam rumah masing-masing," kata perempuan Islam itu.

Mereka bersurai meninggalkan tempat tersebut. Masing-masing menyelamatkan diri di rumah sendiri. Orang kafir Quraisy semakin mengganas. Melihat kepada kezaliman Quraisy, Nabi Muhammad meminta orang Islam berhijrah ke Madinah.

"Wahai para sahabat, berhijrahlah ke Madinah. Kalian akan aman di sana," kata Nabi Muhammad.

Ummu Qais dan orang Islam yang lain mula berhijrah ke Madinah. Mereka meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari ketenangan beribadat di Madinah.

Ummu Qais adalah seorang wanita yang rajin mempelajari ilmu agama. Dia telah melaporkan sebanyak 24 hadis daripada Nabi Muhammad. Keluarganya sangat dihormati oleh Nabi Muhammad.

Pada suatu hari, Ummu Qais datang ke rumah Nabi Muhammad bersama-sama anaknya yang masih bayi. Kedatangan Ummu Qais ke rumah Nabi Muhammad di sambut baik oleh Nabi Muhammad dan isterinya.

"Silakan masuk," pelawa Nabi Muhammad kepada Ummu Qais dan anaknya.

Ummu Qais dan anaknya masuk ke rumah Nabi Muhammad. Isteri Nabi Muhammad ada bersama di rumah itu.

"Silakan duduk," pelawa isteri Nabi Muhammad.

"Biar saya yang dukung bayi ini," kata Nabi Muhammad. Bayi itu dibawa masuk ke bilik Nabi Muhammad.

Isteri Nabi Muhammad berbual panjang dengan Ummu Qais. Dia dilayan dengan baik.

"Awak sudah makan?" tanya isteri Nabi Muhammada kepada Ummu Qais.

"Belum," jawab Ummu Qais.

Kemudian isteri Nabi Muhammad membawa makanan untuk tetamunya itu. Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba anak Ummu Qais menangis. Rupa-rupanya bayi itu membuang air kecil. Najisnya terkena baju Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "Bayi ini sudah melepaskan hajatnya".

Ummu Qais dan isteri Nabi Muhammad tersenyum melihat kejadian itu. Kemudian Nabi Muhammad berkata, "Berikan saya air".

Tanpa membuang masa, isteri Nabi Muhammad mengambil sebekas air yang terdapat di dapur rumahnya itu. Kemudian Nabi Muhammad mengambil air itu lalu menyiram air tersebut ke atas bajunya yang terkena najis bayi itu. Nabi Muhammad terus sahaja memakai baju itu tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Begitu terperinci cara Nabi Muhammad mengajar wanita mencuci najis seorang bayi. Islam tidak membebankan seseorang dalam melaksanakan ibadatnya.

Selain itu, Nabi Muhammad juga bersikap baik terhadap anak yang masih kecil. Anak adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Anak perlu dijaga dan didik dengan baik.

Ummu Qais adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Dia amat mengambil berat terhadap kesihatan anaknya. Semasa anaknya sakit, dia telah berjumpa dengan Nabi Muhammad bagi mendapat nasihat rawatan penyakit anaknya itu.

Anaknya mengalami sakit kerongkong. Lalu Ummu Qais menggunakan lintah dan diletakkan di leher anaknya.

Nabi Muhammad berkata, "Mengapa awak menyakiti anak awak dengan menggunakan lintah? Awak boleh guna kayu gaharu iaitu sejenis kayu dari India. Kayu itu boleh mengubati pelbagai jenis penyakit".

Ummu Qais mengikuti nasihat Nabi Muhammad. Ummu Qais merupakan wanita yang memiliki umur yang panjang. Sepanjang hidupnya dia banyak melakukan amal ibadah kepada Allah.

Thursday, November 5, 2009

Financial Planning with ASB, OD and Credit Card

Filed under: Financial Planning — Tags: , — Khairul @ 11:08 pm

asb-od-cc.JPG

Mungkin sudah ramai mendengar mengenai perancangan kewangan (financial planning) dengan ASB, OD (Overdraft) dan kad kredit. Bagaimana melaksanakannya? Adakah benar2 dapat menyelesaikan masalah kewangan kita?Pertama kali aku dengar mengenai 3 perkara ini adalah dari sahabat aku. Memandang sahabat aku tu bukan mempraktikan sendiri, tetapi hanya dapat tahu dari orang lain, jadi dia tak dapat ceritakan dengan jelas bagaimana perancangan kewangan ini boleh dilaksanakan dengan 3 tools ni. Jadi aku buat research sendiri di internet. Hasilnya aku rumuskan seperti dibawah.

  1. Sediakan duit dalam ASB. Sekiranya tidak ada saving, apply personal loan, dan duit dari personal loan itu dimasukkan semuanya ke ASB.
  2. Tukarkan ASB ke Sijil. Kemudian apply OD dengan Sijil ASB tersebut.
  3. Bila OD dah approve, settlekan semua major loan.
  4. Seterusnya, pada setiap bulan, masukkan semua gaji ke OD.
  5. Beberapa hari selepas itu, keluarkan 30%-40% berbanding gaji anda dari OD dan masukkan ke ASB.
  6. Guna kad kredit untuk perbelanjaan rumah atau harian dan mesti digunakan diantara SD (Statement Date) dan DD(Due Date).
  7. Bayar amaun kad kredit yang telah digunakan  pada bulan depan menggunakan OD.
  8. Ulang langkah 1 hingga 7 setiap bulan.

Betul ke boleh dipraktikan dan boleh berjaya? Aku cuba buat detail figure, guna gambarajah, guna Excel, tapi masih tak dapat buat perancangan secara detail. Dari pemahaman aku, perancangan kewangan sepatutnya berbeza bergantung kepada status kewangan seseorang itu. Jadi aku harus tidak mengambil bulat2 apa yang aku dapat di internet. Yang aku mahu adalah perancangan kewangan terperinci, beserta amaun dan date bagi setiap step. Jadi baru dapat memaksimakan ketiga-tiga tools tersebut.

Akhirnya, selepas menghadiri satu seminar, aku buat keputusan untuk assign seorang CFP sebagai financial advisor. Apa yang aku praktikan sekarang? Lebih kurang sama seperti yang aku jumpa di internet, tapi lebih terperinci.

  1. Aku apply OD dengan sijil ASB. Benefit => Dividen ASB tetap dikira walaupun kesemua duit dalam ASB telah ditukar ke Sijil. Bermakna aku dapat menggunkan duit ASB aku dan dividen tetap dibayar….hebat!
  2. Bulan Pertama : Bila OD approve, aku buat full settlement untuk balance kad kredit dan personal loan….settle 2 hutang aku. Benefit => Commitment hutang semakin kurang. Aku dah lepas dari interest kad kredit, 18% per year.
  3. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  4. Gaji aku dimasukkan semua ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  5. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  6. Bulan Kedua : Bayar kesemua amaun yang telah digunakan dari kad kredit sebelum DD menggunakan OD. Purpose => Untul mengelakkan profit charge dikenakan. Jadi duit kad kredit digunakan secara percuma dengan hanya caj pengeluaran dikenakan.
  7. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD pada SD yang sama seperti bulan pertama.
  8. Masukkan kesemua gaji ke OD.
  9. Sebelum 30hb/31hb, keluarkan beberapa k dan dimasukkan ke ASB. Benefit => Sekarang aku boleh buat maksimum saving. Saving yang pertama ini adalah 60% lebih dari gaji aku.
  10. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  11. Langkah2 ini akan diulangi setiap bulan

Apa yang aku dapat? At least, 2 hutang aku dah selesai. Dalam masa yang sama, dividen akan masih dikira dari amaun yang telah ditukarkan ke Sijil. Dah aku boleh saving 60% dari gaji aku. Tak pernah terfikir dengan ciri2 berbeza yang ada pada ASB, OD dan kad kredit dapat membantu perancangan kewangan aku…kearah financial freedom.

Jadi jika anda berminat, aku advise anda dapatkan nasihat dari orang yang betul2 pakar dalam financial planning, atau cari CFP. Sebab sebelum aku jumpa CFP, aku ada buat gambaran kasar tentang financial planning aku, berdasarkan info di internet. Tapi apa yang financial advisor aku sarankan adalah benar2 berbeza.

Oleh itu aku nasihatkan dapatkan khidmat dari yang pakar. Kad kredit dan OD, kalau tak digunakan dengan betul, boleh membawa padah. Kalau anda hendak tahu serba sedikit, saya bersedia untuk kongsi, tapi bukan untuk merancang kewangan anda secara terperinci.

Sekarang saya sedang dalam proses seteruanya, iaitu refinancing rumah…untuk memaksimakan cash dalam tangan. Akan saya kongsi dari semasa ke semasa.

Sumber:  perancangan kewangan, overdraft rhb, od asb, asb od, bebas hutang