Friday, August 29, 2008

Jemputan Berbuka Puasa....


kawan-kawan dijemput ke majlis berbuka puasa pada 13 sept 2008
harap dapat dtg bawa keluarga sekali utk keterangan lanjut sila hubungi zahrin tel: 0123829346 @ mr azli tel: 0123095886 @ mr salman tel: 0193557072 tq
*klik utk dapat imej lebih jelas...tq

Jumaat: `Sayyidul aiyam'

Jumaat adalah penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat. Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam. Solat Jumaat dua rekaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah.

Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Thursday, August 28, 2008

Liwat: Surah Al-Hijr 73-77 Kota Sodom......sodomy?

73
Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.

74
Maka Kami jadikan negeri (Kota Sodom) kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

75
Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.

76
Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).

77
Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman

Liwat: Surah Al-Ankabut 28-37, Mereka Mencabar Azab dari Allah

28
Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala dia berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.

29
Patutkah kamu mendatangi orang lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.

30
Nabi Lut berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka).

31
Dan ketika datang (malaikat) utusan kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan), mereka berkata: Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini), sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim.

32
Nabi Ibrahim berkata: Sebenarnya Lut ada di bandar itu. Mereka menjawab: Kami mengetahui akan orang-orang yang tinggal di situ. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) kecuali isterinya, dia adalah dari orang-orang yang dibinasakan.

33
Dan ketika datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya) dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata: Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu (serta pengikut-pengikutmu) kecuali isterimu, dia adalah dari orang-orang yang dibinasakan.

34
Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat).

35
Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya.

36
Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib; lalu dia berkata: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi.

37
Maka mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi, serta menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Liwat: kisah Nabi Luth dalam Surah Adz-Zaariyaat 31-37

31
Nabi Ibrahim bertanya: (Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan(malaikat)?

32
Mereka menjawab: Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);

33
Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),

34
Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya).

35
(Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.

36
(Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).

37
Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Liwat: Surah al-Qamar -Mata mereka dibutakan

37
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami butakan mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

38
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).

39
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

40
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Balasan Liwat: Surah Hud 77-83

77
Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: Ini adalah hari yang amat mencemaskan.

78
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?

79
Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.

80
Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).

81
(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?

82
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

83
Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka) dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

Liwat: Surah Asy-Syu'araa

160
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

161
Ketika saudara mereka Nabi Lut, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

162
Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

163
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

164
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

165
Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

166
Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!

167
Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!

168
Nabi Lut berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu.

169
(Nabi Lut berdoa): Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.

170
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya (semuanya);

171
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

172
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

173
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

174
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

175
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

The Opening


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

1-In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

2-All praise is due to Allah, the Lord of the Worlds.

3-The Beneficent, the Merciful.

4-Master of the Day of Judgment.

5-Thee do we serve and Thee do we beseech for help.

6-Keep us on the right path.

7-The path of those upon whom Thou hast bestowed favors. Not (the path) of those upon whom Thy wrath is brought down, nor of those who go astray.

Wednesday, August 27, 2008

Menarik hari ini: Hujurat...yang tersurat dan tersirat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

2
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

3
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

4
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

5
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

6
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

7
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

8
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

9
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

10
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

11
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

14
Orang-orang " A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

15
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

16
Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

17
Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

18
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

Tuesday, August 26, 2008

Menarik petang ini: Menunaikan Solat Dua Rakaat Untuk Menghadapi Kesunyian Kubur.

Rasulullah saw. amat menggalakkan umatnya bangun malam untuk bertemu dengan Allah, bersolat dan mengabdikan diri kepadanya. Di dalam ‘Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah’ karangan Al-Ustaz Prof. Dr. Fathi Yakan, ada disebutkan betapa penting para pendakwah bangun berqiyamullail dengan harapan semoga Allah memberi kekuatan kepadanya, keikhlasan dan ketabahan dalam menghadapi liku-liku perjalanan dakwah yang dilalui .

Kesusahan yang dihadapi dalam menjalankan kegiatan dakwah dan amal islami akan menjadi ringan dengan cara menjalin hubungan langsung dengan Allah menerusi aktiviti qiyamullail yang menjadi rutin kehidupan seseorang pendakwah itu. Pendakwah haruslah mengingatkan diri mereka bahawa tidak ada tempat lain bagi mereka memohon pergantungan melainkan hanya kepada Allah.

Di dalam satu hadits yang panjang, Nabi saw. menyebut yang bermaksud : “Dan tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam bagi menghadapi kesunyian alam kubur” .

Sembahyang malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang ibadat. Ia membekalkan kita dengan potensi dan daya juang yang hebat seperti yang disebut oleh Allah swt. dalam surah Al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud : “Sesungguhnya jiwa yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya”.Berpandukan kepada ayat di atas, para pendakwah yang ingin melihat perubahan pada diri orang yang didakwahnya haruslah tidak mengabaikan tanggungjawab berqiyamullail .

Diriwayatkan bahawa Jibril datang bertemu Nabi saw. lalu berkata “Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu namun engkau akan mati. Berbuatlah apa yang engkau mahu namun engkau pasti akan dibalas kelak. Cintalah sesiapa yang engkau kehendaki namun engkau pasti akan berpisah dengannya. Ketahuilah kemuliaan seseorang Islam disebabkan qiyamullail manakala kehebatannya disebabkan tidak mengharapkan sesuatu dari orang lain. ( Riwayat At-Tabrani )

Jika seseorang itu tidak mampu mengamalkan perkara ini dan membudayakannya dalam kehidupan maka kegiatan dakwah yang dilakukan menjadi kurang berkesan. Bencana yang menimpa umat Islam hari ini adalah disebabkan kekurangan individu yang mempunyai ciri-ciri dakwah dan akhlak yang sepatutnya.

Qiyamullail Untuk Golongan Yang Uzur.

Halangan seperti sakit, haid, nifas dan keuzuran syar’ie yang lain, tidaklah menyebabkan gugurnya tuntutan berqiyamullail. Mereka boleh duduk menghadap kiblat sambil mengingati Allah dan berdoalah apa yang dikehendaki. Jika tidak berkemampuan maka bolehlah dilakukan dalam keadaan baring. Ini kerana Nabi ada bersabda dalam satu hadits Sahih yang bermaksud : “Pada waktu malam ada satu waktu Allah swt. menerima segala permintaan hambanya iaitu sewaktu qiyamullail”. ( Muslim 2 / 175 )Jika seseorang itu yang biasanya berqiyamullail tiba-tiba tidak terbangun pada malam itu, maka bolehlah diqada`nya pada waktu dhuha keesokan hari .

Amaran Bagi Mereka Yang Meninggalkan Qiyamullail.
Di dalam hadits sahih riwayat Bukhari dan Muslim , Nabi saw bersabda: “Janganlah jadi seperti folan itu ( dia ) , dahulu dia berqiyamullail, sekarang tidak”. ( Al-Bukhari 2/68 , Muslim 3/164 ) .
Namun begitu ini hanyalah amaran kepada mereka yang selalu qiyamullail .
Malam-malam Yang Digalakkan Berqiyamullail
1. Tujuh hari dalam Ramadhan iaitu hari ke 17, di mana berlakunya pertempuran Badar dan 6 hari-hari terakhir bulan Ramadhan.2. Lapan hari yang lain iaitu pada hari pertama Muharram, malam hari A’syura ( 10 Muharram ), awal Rejab, pertengahan Rejab, 27 Rejab di mana berlaku Isra’ dan mikraj, Nisfu Syaaban, malam Arafah ( 9 Zulhijjah ), malam dua hari raya ( Fitri dan Adha ) .3. Hari-hari terpilih dalam seminggu pula ialah hari Isnin dan Khamis dan pada hari ke 11, 12 serta 13 tiap-tiap bulan Islam . Hari-hari ini juga digalakkan berpuasa .

Rujukan bab Qiyamullail tersebut dari sumber
- Al-Quran Al-Karim
- Sohih Al-Bukhari
- Sohih Muslim- Jami’ At-Tirmizi
- Ihya` Ulumiddin lil Ghazali takhrj Al
-‘Iraqi- Mukhtasar Minhajil Qosidin lil Maqdisi
- Mukhtasar Qiyamillail lil Marwazi
- Qawaribun Najati Fi Hayatid Duat li Fathi Yakan

Tingkatan Mereka Yang Berqiyamullail

Menghidupkan malam atau berqiyamullail mempunyai beberapa cara . Antaranya :-
1. Menghidupkan keseluruhan malam. Ini ada diriwayatkan pernah dilakukan oleh ramai Salaf. Barangkali ini sesuai dilakukan pada hari-hari cuti secara berjemaah .
2. Menghidupkan separuh malam. Cara yang dilakukan ialah malam dibahagikan kepada enam bahagian. Sepertiga yang pertama untuk tidur, seperdua kedua untuk qiyamullail dan seperenam yang akhir adalah untuk berehat .
3. Menghidupkan sepertiga malam. Iaitu dengan cara tidur seperdua yang awal dan seperenam yang akhir.

Menurut athar ini adalah amalan Nabi Daud a.s. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada disebutkan sebaik-baik qiyamullail adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Daud a.s, baginda tidur seperdua, qiyam sepertiga dan tidur seperenam yang baki. Tidur di akhir malam itu sebelum subuh boleh menghilangkan mengantuk pada waktu siang nanti. Tetapi haruslah diingat agar tidak terlajak tidur hingga mengakibatkan tertinggal solat subuh . Paling baik bagi golongan muslimin ialah bersolat subuh secara berjemaah pada pagi itu kerana seperti yang disebut dalam hadits sahih, Solat subuh berjemaah menyamai ibadat Qiyamullail seluruh malam .4. Mendirikan seperenam ataupun seperlima malam dan sebaik-baiknya pada separuh yang terakhir.5. Berqiyamullail tanpa mengambil kira mana-mana bahagian malam kerana tidak mampu mengikuti panduan di atas.

Bagaimana Memudahkan Qiyamullail ?

Sayugia diingatkan bahawa terdapat beberapa halangan yang pasti dihadapi untuk melaksanakan ibadat ini. Dalam hadits disebutkan apabila seseorang hendak menunaikan sembahyang malam datanglah malaikat seraya berkata kepadanya : “Bangunlah , hari telah pagi , solat dan ingatlah kepada Tuhanmu” . Syaitan pula datang dan memujuknya dengan berkata : “Malam masih panjang , tidurlah lagi . Nanti engkau bangunlah”. Sekiranya dia bangun maka badannya menjadi ringan dan cergas ( sihat ). Jika tidak bangun dan tidur hingga ke siang hari maka syaitan telahpun kencing dalam telinganya.Di antara langkah-langkah yang patut diambil bagi mengelakkan diperlakukan oleh syaitan sedemikian rupa, di mana Al-Imam Al-Ghazali memberikan kepada kita beberapa teknik supaya mudah berqiyamullail. ( Ihya Ulumiddin hlm. 421 ).
Antaranya :1. Kurangkan makan .2. Kurangkan kerja-kerja berat yang menyebabkan badan menjadi letih dan tidak mampu bangun pada malam hari .3. Hendaklah tidur sebentar di waktu siang sebelum atau selepas zohor seperti yang diamalkan oleh Nabi saw.4. Elakkanlah daripada melakukan sebarang dosa sama ada melibatkan percakapan, perbuatan dan niat. Sufiyan At-Thauri berkata : Aku tidak dapat berqiyamullail selama lima bulan disebabkan dosa yang ku lakukan .

QIYAMULLAIL : TUNTUTAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENDAKWAH KE JALAN ALLAH

Ta’rif Qiyamullail diambil dari bahasa Arab, gabungan dua patah perkataan iaitu qiyam dan al-lail yang membawa makna ‘bangun’ dan ‘malam’ untuk tujuan beribadat sama ada bersolat, berzikir atau berdoa. Amalan Qiyamullail ini adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam berdasarkan banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadits-hadits. Ia merupakan amalan Nabi-nabi, rasul-rasul dan golongan salaf.
Firman Allah dalam Surah Al-Israq ayat 79 yang bermaksud: Dan bangunalah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu -pada hari akhirat - ditempat yang terpuji.

Tuntutan dan Kelebihan Qiyamullail
Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5 yang bermaksud : “Wahai orang yang memakai pakaian ! Bangunlah berjaga malam (bersolat) selain sedikit waktu saja, seperduanya atau kurangkan lagi daripada itu, dan bacalah Al-Quran dengan terang dan perlahan-lahan. Kami akan memberimu perkataan yang berat”.Juga firman Allah dalam surah As-Sajadah ayat 16 yang bermaksud : “Mereka meninggalkan tempat tidur mereka menyeru tuhan mereka dengan penuh kecemasan dan pengharapan ….”.Manakala di dalam banyak hadits terdapat gesaan dari Rasulullah s.a.w agar umat Islam berqiyamullail, sebagai contohnya apa yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dengan sanad yang sohih bahawa Nabi pernah bersabda bermaksud : “Wahai umat Islam , tebarkanlah salam , dan berilah makan , dan jalinlah silaturrahim sesama kamu dan solatlah ketika orang lain tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan salam ( selamat )”. ( At-Tirmizi : 2487, Ibn Majah : 1334, 3451, Ahmad 5 / 451 , Hakim 3 / 13, 4 / 160, Thobaqat Ibn Sa’ad 1 / 235, Ad- Darimi 1 / 340-341 ). Hassan Basri r.a pernah berkata : “Aku tidak pernah jumpa suatu ibadat yang lebih utama dari bersolat pada waktu tengah malam”. Beliau kemudiannya ditanya : Mengapa orang-orang yang bangun bertahajjud ( qiyamullail ) lebih baik wajahnya pada hari dibangkitkan di padang mahsyar dari orang lain . Beliau menjawab kerana mereka sentiasa bertemu dengan Allah secara bersendirian menyebabkan Allah memakaikannya dengan nurNya .( Mukthosar Minhajil Qosidin : hlm 60 )
Qiyamullail Amalan Nabi-nabi dan Salafussoleh
Qiyamullail merupakan amalan salafussoleh (golongan terdahulu) seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadits yang lain bermaksud : “Hendaklah kamu berqiyammullail sesungguhnya ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum dari kamu , ia adalah jalan menghampiri tuhan kamu dan cara menghapuskan dosa-dosa kamu serta cara menjauhi dosa-dosa”.( At-Tirmizi : 3459 )Nabi s.a.w sendiri pun sentiasa bangun malam untuk bertahajjud, berzikir dan beristighfar sehingga bengkak-bengkak kaki baginda. Al-Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan hadits yang bermaksud : Tidakkah telah diampunkan dosamu wahai Rasulullah ?, para sahabat bertanya. Nabi menjawab : Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur . ( Muttafaqun Alaihi , Ihya Ulumiddin . hlm. 418 )

Menarik hari ini: Surah At-Thalaq


SURAH AT-THALAQ

1. Wahai Nabi; Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya, dan hitunglah masa 'iddah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai 'iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh 'iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (ruju') dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu meruju'kan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi pengingatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerja kan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

3. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

4. Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haidh, - jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh 'iddah mereka) maka 'iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga 'iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh 'iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

5. Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.

6. Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani 'iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalamai kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

7. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat (bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

8. Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.

9. Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.

10. Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang beraka; sempurna dari kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan

11. (Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad, s.a.w.) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal salih - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya hidayah pertunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal salih, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

12. Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya sedikitpun. -Surah an'am : 160
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada
setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar
di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin
munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.
Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah
dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut:-

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh
dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat
bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk
penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil
kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih
cantik.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke
jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)
pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa
yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa
pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan
konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.
Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah
syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet
akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa
lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun
(download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya
melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam
“emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada
“emailgroup” tersebut.
Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan
yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang
mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang
dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya
adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi
hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan
raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah,
menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada
mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana
menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima
oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok
dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat
satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah
sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,
maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian
setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa
Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia
mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.
Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa
yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga
sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah
dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat
bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa,
zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah
akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan
semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack
maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja
saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan
email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu
fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok
dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat
dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT
yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus
di sebarkan.

Petikan dari:-Ismal abu Bakar
Wallahhu’alam

ONLY MUFTI CAN DECIDE ON SAIFUL'S SWEARING, SAYS NAJIB

PUTRAJAYA, Aug 25 (Bernama) -- Only the mufti can decide whether the swearing by Mohd Saiful Bukhari Azlan that he had been sodomised by Datuk Seri Anwar Ibrahim was in line with Islam, not the imam who was present during the ceremony, Datuk Seri Najib Tun Razak said today. He said that apart from Saiful, the mufti was the main person at the swearing ceremony while the imam was only present and did not play a principal role.
The deputy prime minister was speaking to reporters after closing a seminar on the Latest Technology of Scanner Machine here.
He was asked to comment on Imam Ramlang Porigi's statement that Ramlang refused to be associated with the swearing ceremony as his presence was a mere coincidence.
Mohd Saiful, Anwar's former aide, swore at the Federal Territory Mosque in Kuala Lumpur on Aug 15 that he had been sodomised by Anwar.
On the appointment of former Transparency International Malaysia chairman Tunku Aziz Tunku Ibrahim as the DAP vice-chairman 24 hours after being admitted as a member, Najib said it was the DAP's decision.
-- BERNAMA

http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20080825/tts-najib-saiful-993ba14.html

Monday, August 25, 2008

Solat: Menarik petang ini

SOLAT
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk

Solat Insyak

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Menarik hari ini

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:-Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

Asal-usul Sembahyang.....

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Al-Hutamah..........?

1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

3. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)

4. Tidak Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah" itu?

5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya),

7. Yang naik menjulang ke hati;

8. Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

-SURAH AL-HUMAZAH

Saturday, August 23, 2008

Al-Anbaul Yaum....:)

Assalamualiakum semua
Saya takpergi mana hari anak masih tak sihat. Minta maaf la Dato Shafie tak dapat datang kenduri hari ini. Kebetulan hari ini kena jaga anak sebab my wife ada majlis Konvo untuk student2. Oklah

Menarik hari ini : Yang Tersurat dan Tersirat( Surah Saba)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1
Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

2
Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit serta apa yang naik kepadanya dan Dialah jua yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun.

3
Dan orang-orang yang kafir berkata: Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami. Katakanlah (wahai Muhammad): Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.

4
(Kedatangan hari kiamat itu) supaya Tuhan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

5
Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), - mereka itu akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

6
Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.

7
Dan orang-orang yang kafir pula berkata (sesama sendiri secara mengejek-ejek): Mahukah, kami tunjukkan kepada kamu seorang lelaki yang memberitakan kepada kamu: (Bahawa apabila kamu dihancurkan sehancur-hanurnya sesudah mati), sesungguhnya kamu akan dihidupkan semula dalam bentuk kejadian yang baru?

8
Adakah dia berdusta terhadap Allah atau dia kena penyakit gila? (Tidak ada satupun) bahkan orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat tetap beroleh (di sana) azab seksa yang seburuk-buruknya dan (di sini) tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.

9
(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).

10
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya;

11
(Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

12
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api Neraka.

13
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

14
Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.

15
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun.

16
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

17
Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur.

18
Dan di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu) dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman.

19
(Maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain) dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: Buah mulut orang ramai, serta kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

20
Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).

21
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

22
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka.

23
Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.

24
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Terangkanlah jawabnya: Ialah Allah dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), samada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): Keadaan tetapnya di atas hidayat petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata.

25
(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan.

26
Katakanlah lagi: Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Dia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

27
Katakanlah lagi: Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

28
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

29
Dan mereka (yang ingkar) bertanya: Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?

30
Jawablah (wahai Muhammad): Untuk kamu disediakan satu hari yang kamu tidak dapat melambatkannya sesaat pun dan tidak pula kamu dapat menyegerakannya.

31
Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya. Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman.

32
Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayat petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa.

33
Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.

34
Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: Seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya.

35
Dan mereka berkata lagi: Kami lebih banyak harta benda dan anak pinak dan kami pula tidak akan diseksa.

36
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

37
Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.

38
Dan orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), mereka itu akan berada di dalam azab seksa.

39
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

40
Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Dia bertanya kepada malaikat: Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?

41
Malaikat menjawab: Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi).

42
Maka pada hari ini, masing-masing di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat kepada kawannya dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya; dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim (yang berlaku syirik) itu: Rasalah azab Neraka yang kamu dahulu mendustakannya.

43
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka (sesama sendiri): Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu dan mereka berkata lagi: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: Ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata.

44
Dan (tidak ada sebarang alasan bagi dakwaan mereka, kerana) Kami tidak pernah memberi kepada mereka Kitab-kitab untuk mereka membaca dan mengkajinya dan Kami juga tidak pernah mengutus kepada mereka sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pemberi amaran (melarang mereka menerima ajaranmu).

45
Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: Mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).

46
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).

47
Katakanlah (wahai Muhammad): Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah dan Dia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

48
Katakanlah lagi: Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar; Dia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib.

49
Katakanlah lagi: Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat.

50
Katakanlah lagi: Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri dan jika aku beroleh hidayat petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat.

51
Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab).

52
Dan (pada ketika itu) mereka berkata: Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w); (apa jalannya) dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh?

53
Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh? (sudah tentu salah).

54
Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.

Thursday, August 21, 2008

Adab berkunjung di ceritakan dalam Surah An-Nuur 27-29

27. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu memberi salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).


28. Maka sekiranya kamu tidak mendapat sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendak kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

29. Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin mana-mana rumah yang tidak didiami orang yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Saiful swears he was sodomised by Anwar

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan fulfilled his promise yesterday to swear on the Quran that he had been sodomised by Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The former aide to the Parti Keadilan Rakyat de facto leader also threw down the gauntlet by challenging Anwar to do the same and deny the allegations.The 23-year-old was accompanied by his father Azlan Mohd Lazim and lawyer Mohd Zamri Idrus to the Federal Territory Mosque in Jalan Duta about 6pm.After swearing on the Quran before mosque officials, Mohd Saiful went to the Dynasty Hotel in Jalan Ipoh here where he told a packed press conference that it was done on his own free will."I want to uphold the truth as a Muslim, Malay and Malaysian.
"I firmly understand the consequences of my action and if it is not true, misfortune will befall me, my family and my descendants. This was the best option for me to seek justice and restore my dignity and self-respect."Wearing a brown baju Melayu and a black songkok, Saiful was calm as he answered reporters' questions."I don't want to lie, or dilly-dally any longer. I challenge Anwar to do the same (swear on the Quran) and deny my allegations against him."On the timing of his public appearance, a day before nominations for the Permatang Pauh by-election, Mohd Saiful said: "The time is right for me to face the public as a faithful Muslim."When I lodged the police report on June 26, there was no news of Anwar contesting in the by-election," he said, adding that he did not come out in the open now simply to derail Anwar's election campaign.He also made it clear that the issue was a personal matter between him and Anwar, and not one which was politically-motivated.Mohd Saiful also claimed that the act (sodomy) was not consensual.
http://www.nst.com.my/Saturday/Frontpage/2322933/Article/index_html

Monday, August 18, 2008

Sukran Kapten Mat Noor and Family : Hubungan silahturahim

Assalmaulaikum semua...Semalam saya sampai umah 12mlm. Anak demam pulak hari nie. saya cuti. Tq kepada Kapten Mat Nor jemput kita kerumah semalam. Kepada kawan2 yang lain En Azmi sekeluarga, Zahrin sekeluarga, Mejar Rustam sekeluraga, Ubaidillah and wife, Azly Estimination :) sekeluarga semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Semoga ikatan ukhuwah dan silahturahim terus terjalin. Nanti Bulan Puasa boleh la kita buat perjumpaan pulak. Kita adakan Majlis Berbuka, Solat Terawih Berjemaah, Tazkirah Ramadhan dsbg.

Hubungan silahturahim ni memang perlu di amalkan sesama saudara mara, jiran tetangga, dsbg.
Firman Allah yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan. Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tertangga yang dekat, dan jiran tertangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. - Surah An-Nisak ayat 36

Hubungan silahturahim ini amamt penting kerana boleh mengeratkan kasih sayang, dan memupuk semangat tolong menolong, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. Perkara ini telah di jelaskan di dalam sebuah Hadis dari Anas bin Malik berkata Rasulullah s.a.w bersabda:Barang siapa yang mahu rezekinya dimurahkan dan umurnya di panjangkan maka hendaklah di menghubungkan silahturahim - Hadis riwayat Muttafakun alaih.
Mengenai hubungan silahturahim ini Allah telah jelaskan dalam Surah An-Nisak ayat 1 : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (siratur-rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Inilah sifat seorang mukmin, setiap apa-apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk menghubungkan, maka mereka pun menghubungkan. Mentaati secara sempurna dan istiqamah di atas kebenaran dan manhaj kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w yang akan mampu menyelamat kita dunia dan akhirat. Bagi orang yang tidak menjaga dan menunai janji Allah serta tidak istiqamah di atas jalan yang lurus maka dia tidak mungkin mampu memegang janji dan ikatan dengan sesiapa pun.

Firman Allah ayat 21 Surah Ar-Ra'd yang bermaksud : Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soal jawab dan hitungan amal (pada hari kiamat)

Wallah hu ak'lamu bissof

Menarik hari ini: Mesti Baca

3:menyelamatkan, 3:membinasakan, 3:mengangkat darjat dan 3:menghapuskan dosa:
Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud:
"Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa.

Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah:
1. Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan.
2. Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya.
3. Tetap adil ketika senang dan marah.
Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah:
1. Amat bakhil.
2. Memperturutkan nafsu.
3. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya.
Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat:
1. Menyebarkan ucapan salam.
2. Suka memberi makan.
3. Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur.
Manakala perkara2 yang mampu menghapuskan dosa ialah:
1. Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk.
2. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah.
3. Suka menunggu kedatangan solat."

WALLAH HU AK'LAMU BISSOWAF

Friday, August 15, 2008

Menarik hari ini: Panduan Hidup

1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."

2.Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

Punca Hati mati....

Terdapat 4 sebab yang menyebabkan hati mati:
1. Banyak tidur
2. Banyak makan
3. Banyak ketawa
4. Banyak bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah.

Thursday, August 14, 2008

Adakah isteri kita kepunyaan kita di syurga nanti..?

Al-Marhum Syeikh Sya'rawi pernah ditanya mengenai soalannya seperti berikut : Jika Seorang wanita telah bernikah beberapa kali akibat kematian suami atau sebagainya. Maka jika dia dimasukkan syurga oleh Allah s.w.t siapakah suaminya disananya kelak?

Rasulullah juga pernah ditanya seperti ini. Baginda menjawab, dia bebas memilih. Tentunya yang dia pilih ialah yang baik akhlaknya.

-rujukan dari kitab - Anta Tas'al Wa Islam Yujib

Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Enam Perkara Yang Asing Bila Berada di Enam Tempat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:

1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.

5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

6. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya."

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

Wednesday, August 13, 2008

Ayat Quran dan Hadis mengenai Zina

Firman Allah:
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32

Firman Allah bermaksud:
"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7

Sabda Rasulullah s.a.w
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
-Hadis riwayat Baihaqi

Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad

Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.

Hukum beristimta' dan sex semasa haid

Ulamak bersepakat mengatakan bahawa menjimak isteri ketika haid adalah haram.
Dasarnya ialah firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah: 222). Perempuan yang sedang dalam nifas adalah seperti hukum perempuan yang haidh di dalam masalah ini.
Menurut jumhur ulamak tidak boleh (diharamkan) menyetubuhi isteri sehinggalah setelah putus haidhnya dan mandi junub.

Mengikut Mazhab Hanafi, suami boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya putus, sekalipun belum mandi junub lagi.

Hukum istimta' dengan isteri yang sedang haid
Tidak mengapa memeluk isteri yang sedang haid, menyentuh, mencium dan sebagainya, iaitu pada selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini dipersetujui oleh semua ulamak. Mereka berselisih pendapat di dalam masalah beristimta' (berseronok) pada anggota di antara pusat dan lutut.

Terdapat tiga pendapat:
1. Kebanyakan ulamak, termasuk Syafi’I, Maliki, dan Abu Hanifah:
Hukumnya adalah haram. Alasannya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara haram (Saddan liz-zarai’I). Juga kerana terdapat di dalam maksud hadis Aisyah r.a. riwayat syaikhain yang melarang berbuat demikian.

2. Hanbali dan al-Auza I dan lain2.
Berpendapat: Dibolehkan, kerana hadis: "Lakukanlah apa saja melainkan jimak." (Hadis Riwayat jamaah kecuali Bukhari dari Anas bin Malik).

3. Ulamak golongan ketiga berpendapat:
Terdapat perincian, jika suami dapat menahan diri dari faraj (menyetubuhi isterinya), mungkin kerana terlalu warak atau kerana lemah syahwat, maka ini diharuskan. Jika tidak, maka haram hukumnya.

Dr. Wahbah al-Zuhaili memberi tarjih, dalam keadaan biasa hendaklah beramal dengan pendapat yang lebih berhati-hati (pendapat pertama).

Jika seseorang itu baru kembali dari permusafiran atau dalam keadaan syahwatnya begitu kuat, maka dibenarkan beramal dengan dua pendapat yang akhir, tetapi dengan syarat, hendaklah dia dapat mengawal dirinya dari faraj. Ini adalah untuk menghalang diri dari tercebur ke dalam perkara maksiat dengan melihat perempuan lain (ajnabi) dan sebagainya

(Rujukan Al-Feqh al-Islami, vol 3, hal. 552-554)

Hukum menasabkan anak zina kepada bapa

Soalan : Dari segi hukum anak luar nikah itu tidak boleh dibintikan kepada bapa? Apakah berdosa jika untuk mengelakkan dari kemudharatan bila dia mempunyai anak nanti, anak luar nikah itu tetap mengekalkan binti bapanya

Jawapan:
Antara dasar pembinaan hukum-hakam dalam Islam ialah bagi Memelihara keturunan. kerana itulah Allah Taala mengharamkan perzinaan dan sebaliknya menghalalkan pernikahan.

Kemudian disyariatkannya juga iddah selepas berlaku perceraian.
Diharamkannya juga menasabkan (mem'bin'kan) kepada yang bukan bapa sebenarnya.
Semuanya itu adalah bertujuan memelihara keturunan. Agar tidak berlaku percampuran, kesamaran dan pencemaran keturunan.

Perzinaan adalah satu bentuk persetubuhan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan. Tumpahan benih dari kedua-dua pihak (lelaki&perempuan) dalam hubungan ini tidak terhormat dan juga tidak dapat dipertanggungjawabkan. Berbeza dengan tumpahan benih dari hubungan perkahwinan. Ianya terhormat dan boleh dipertanggungjawabkan.

Firman Allah : dalam Surah Al-Israq ayat 32
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Pemilihan Jodoh menurut Islam

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan beruntung." - riwayat bukhari dan Muslim

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa biasanya orang mengahwini wanita kerana empat perkara: . Harta . Kecantikkan . Keturunan . Agama

Dari keempat-empat perkara di atas, nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana agamanya. Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana hartanya, ia akan ditinggalkan setelah mati. Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua. Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah. Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.

Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh. Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama sekali. Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian barulah yang lain-lain.

Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Hendaklah kamu memperoleh hati yang berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan akhirat."
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu Hajar

Abdullah bin AMru bin al-Ash r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah."

-riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu Majah

wallah hu ak'lamu bissowaf....

Tuesday, August 12, 2008

Menarik hari ini: Hukum Anak Zina

Soalan. Seorang hamba Allah ada calun isteri dari anak luar nikah. Apa hukumnya mengahwini anak luar nikah itu; sedangkan nabi menyarankan memilih dari keturunan yang baik2? Tidakkah ini akan mengundang kemudharatan kerana tidak mengikut saranan nabi?

Jawapan:
Pada hakikatnya anak luar nikah adalah seperti insan-insan lainnya. Dia lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda. Ibarat kain putih yang tidak tercorak. Ibarat kapas yang tak tercemar. Semakin hari anak ini semakin membesar, dan penjaganyalah yang bertanggungjawab mencorak kehidupannya. Agama, akhlak dan dunianya. Jika dicorak dengan baik, anak ini akan menjadi baik. Jika buruk, maka akan buruk jadinya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibubapanyalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Malahan, jika dia beriman dengan Allah dan beramal soleh, ditambah dengan ketakwaannya yang mendalam, di sisi Allah dia adalah orang yang mulia. Dia lebih mulia darjatnya jika dibandingkan dengan anak halal yang sentiasa bergelumang dengan maksiat.
Kerana Allah tidak memandang kemuliaan seseorang itu kepada rupa parasnya, darjat keturunannya, pangkat, bangsa apakah dia dan sebagainya. Allah melihat dan menilai keimanan dan ketakwaannya.

Inilah intipati ajaran Islam. Di sinilah letaknya keagungan Islam....
Di dalam Islam tidak ada konsep - menanggung kesalahan orang lain. Siapa yang buat salah dialah yang akan menanggung akibatnya. Sebagai contoh...Apabila Abu tidak sembahyang, maka dialah yang akan menanggung dosanya. Bukan si Ahmad kawan serumahnya dan bukan juga orang lain. Tetapi ada orang kata Ahmad juga berdosa! Memang, si Ahmad juga berdosa, tetapi bukan akibat Abu tidak sembahyang. Berdosa sebab tidak menjalankan satu tanggungjawab lain, iaitu amar makruf & nahi munkar. Dia buat tak tahu sahaja apabila si Ali tidak sembahyang. Tidak ditegurnya, tidak diajak dan sebgnya.

Anak zina lahir dalam keadaan suci. Dia tidak lahir bersama-sama dosa yang dilakukan oleh ibubapanya. Yang melakukan maksiat zina adalah ibubapanya, maka ibubapanyalah yang akan menanggung dosa, bukannya anak ini.

Ini adalah prinsip hukum di dalam Islam. Lihatlah mana-mana kitab-kitab Usul Fikah dalam bab hukum (mahkum fih), sudah tentu inilah yang diperkatakannya -> Tidak sah mentaklifkan sesuatu kepada seseorang agar dikerjakan atau ditinggalkan oleh orang lain.
Firman Allah Taala: "Bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." (al-Najm, 38)

PENGIKTIRAFAN AKADEMIK YANG DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI


1.Ijazah Pertama Ijazah ini juga dikenali sebagai Bachelor of Art (B.A) dan mengambil masa antara 3 - 5 tahun mengikut fakulti. Walau bagaimanapun , pihak universiti turut mengeluarkan pengiktirafan yang lebih tinggi daripada itu dalam semua bidang pengkhususan ilmu di semua fakulti. Keterangan lanjut adalah seperti di bawah.

2.Diploma Pendidikan Tinggi Terbuka kepada semua lepasan yang telah menghabiskan peringkat ijazah pertama (B.A) tanpa mengira pangkat yang diperolehi. Biasanya, kebanyakan fakulti mensyaratkan calon-calon yang memohon mestilah telah berpengalaman dalam bidang yang berkenaan selama 2 tahun sejak keluar daripada pengajian ijazah pertama. Pengajian pada peringkat ini merupakan pengajian peringkat tinggi yang merangkumi akademik dan praktikal. Biasanya, peringkat ini mengambil masa selama 2 tahun pengajian atau 4 semester. Di samping itu, al-Azhar juga menerima kemasukan lepasan B.A daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf sama ada di Mesir atau di luar Mesir untuk mengikuti pengajian peringkat diploma di sini. Calon bukan lepasan al-Azhar juga disyaratkan mengambil beberapa peperiksaan berdasarkan kurikulum Islam. Ia perlu dipelajari dalam tempoh pengajian dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat diploma ini.

3.Peringkat Pengkhususan (Master) Calon-calon yang memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat B.A di Universiti al-Azhar layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master (M.A).
Sesetengah fakulti mensyaratkan calon yang memohon perlu menghabiskan setahun (atau 2 tahun) selepas B.A. sebagai syarat kelayakan masuk. Ada juga yang mensyaratkan calon perlu sekurang-kurangnya memperolehi pangkat Jayyid Jiddan dalam mata pelajaran yang ingin diambil sebagai syarat pengesahan kemasukan ke peringkat ini. Syarat yang sedemikian juga dikenakan kepada pemohon yang memperolehi ijazah pertama daripada mana-mana universiti di Mesir atau yang setaraf dengannya daripada lain-lain institusi pengajian yang diiktiraf oleh pihak universiti. Mereka juga disyaratkan mengambil beberapa peperiksaan berdasarkan kurikulum tertentu. Ia perlu dipelajari dalam tempoh pengajian dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat Master ini. Sesetengah fakulti juga menerima kemasukan lepasan Diploma Pendidikan Tinggi dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan. Tempoh minimun bagi menghabiskan pengajian ini ialah selama 2 tahun bagi fakulti amali dan ditambah kepada 3 tahun bagi kebanyakan fakulti teori termasuklah semua fakulti keagamaan (Islam).

4.Peringkat Doktor Falsafah (PhD) Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ini disyaratkan memperolehi ijazah M.A. dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu sama ada daripada Universiti al-Azhar , lain-lain universiti di Mesir, atau peringkat yang setaraf dengannya di mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh pihak universiti. Bagi calon bukan lepasan M.A al-Azhar, mereka perlu menghabiskan beberapa pengajian daripada kurikulum tertentu dalam tempoh pengajian universiti dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat Doktor. Sesetengah fakulti mensyaratkan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau Jayyid Jiddan bagi calon yang berminat menyambung pelajaran mereka ke peringkat ini.

Calon juga diwajibkan menyediakan thesis (kajian ilmiah) asli yang belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebelum ini untuk mencapai peringkat Doktor Falsafah.Tempoh minimum untuk mencapai peringkat ini ialah 2 tahun dan ia boleh meningkat kepada 4 atau 6 tahun berdasarkan fakulti-fakulti dan situasi-situasi tertentu.