Wednesday, August 13, 2008

Ayat Quran dan Hadis mengenai Zina

Firman Allah:
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32

Firman Allah bermaksud:
"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7

Sabda Rasulullah s.a.w
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
-Hadis riwayat Baihaqi

Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad

Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.

1 comment:

Tuhkunen said...

Benar, zina membuat wajah terus malu, sedih merasa dibuang, dan hilang aura. Jangan ditiru...