Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan beruntung." - riwayat bukhari dan Muslim
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa biasanya orang mengahwini wanita kerana empat perkara: . Harta . Kecantikkan . Keturunan . Agama
Dari keempat-empat perkara di atas, nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana agamanya. Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana hartanya, ia akan ditinggalkan setelah mati. Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua. Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah. Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.
Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh. Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama sekali. Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian barulah yang lain-lain.
Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Hendaklah kamu memperoleh hati yang berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan akhirat."
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu Hajar
Abdullah bin AMru bin al-Ash r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah."
-riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu Majah
wallah hu ak'lamu bissowaf....
No comments:
Post a Comment