Thursday, July 31, 2008

Meeting laman web di KL

esok 1 ogos 2008 9.30 pg saya meeting di KL. apa2 urusan hubungi hp saya tq

Saudi Arabia extends hand of friendship to Pope Richard Owen

The Times, March 17, 2008RomeThe Vatican is believed to be holding talks with Saudi authoritiesover opening the first Roman Catholic church in the Islamic kingdom, where Christian worship is banned and even to possess a Bible, rosary orcrucifix is an offence.The disclosure came the day after the first Catholic church in Qatarwas inaugurated in a service attended by 15,000 people and conducted by asenior Vatican official.The Vatican and Saudi Arabia do not have diplomatic relations.However, Archbishop Paul-Mounged El-Hachem, the Papal Nuncio to Qatar, Kuwait,the UAE, Yemen and Bahrain, who attended the Doha inauguration, saidthat moves towards diplomatic ties were under way after anunprecedented visit to the Vatican last November by King Abdullah. This wouldinvolve negotiations for the "authorisation of the building of Catholicchurches" in Saudi Arabia, he said.The move would amount to a potential revolution in Christian-Muslimrelations, since Saudi Arabia adheres to a hardline Wahhabi versionof Sunni Islam and is home to Mecca and Medina, the most holy sites ofthe religion. No faith other than Islam may be practised.Related Links* Analysis: Saudi Arabia and the Vatican
sumber : <http://www.timesonl ine.co.uk/ tol/comment/ faith/article357 4703.ece>

Father Federico Lombardi, the Vatican spokesman, said that he could not confirm that the two sides were in negotiations. However, he added: "If, as we hope, we reach an agreement authorising the construction of the first church in Saudi Arabia, it will be a step of historic importance."Saudi religious police search the homes of Christians regularly; even private prayer services are forbidden in practice. Foreign workers have to observe Ramadan but are not allowed to celebrate Christmas or Easter.La Stampa, the Italian daily, said that the talks would have been"unthinkable" until recently. The way was paved by KingAbdullah's talks with the Pope and by the recent setting up of apermanent Catholic-Muslim forum to repair relations between the twofaiths after the Pope's controversial remarks on Islam at theUniversity of Regensburg in 2006.The Pope said that his apparent reference to Islam as inherently violent had been misunderstood and he made amends by praying at the Blue Mosque in Istanbul soon afterwards.Of the Saudi Arabian population, 94 per cent are Muslim and less than 4 per cent - nearly a million people - Christian, nearly all of them foreign workers. The last Christian priest was expelled from Saudi Arabia in 1985.Qatar, which hopes to bid to host the Olympic Games in 2016, has approved five churches for other Christian denominations, including the Anglican Communion.
March 18, 2008, Negotiations are underway to build the first Catholic church inSaudi Arabia with King Abdullah lending his support for itsconstruction.Vatican Radio reports the Vatican and the Saudi government arecurrently in talks to allow the church despite the kingdoms ban on allowing theconstruction of any non-Muslim place of worship.No religion other than Islam is allowed to schedule public services,and even the possession of bibles, rosaries, and crucifixes is forbidden.
Saudi Arabia is the only country on the Arabian Peninsula without a Catholic Church despite the 800,000 Catholics - virtually all of whoare foreign workers.While Saudi Arabia does not have formal diplomatic relations with the Holy See, King Abdullah became the first reigning Saudi monarch everto visit the Vatican last November.Commenting after his meeting with the Pope Vatican officialsconfirmed the Pontiff pressed for permission to open a Catholic church in the kingdom.
Holy See spokesman Fr Federico Lombardi said that opening a Catholicparish in the Islamic land would be "a historic achievement" forreligious freedom and a major step forward for inter-religiousdialogue.The apostolic nuncio to Kuwait, Qatar, Yemen, the United ArabEmirates, and Bahrain, Archbishop Paul-Mounged El-Hachem, is reportedly thelead Vatican negotiator in talks with Saudi officials.
Kemungkinan, atas dasar liberalisasi dan hak asasi manusia serta tekanan antarabangsa menyebabkan pemerintah Saudi mula membuka pintu untuk kristian bertapak. Suka hatilah..sebab mereka yang berkuasa. Tetapi..renunglah, apa nak jadi dengan keadaan negara yang mempunyai Dua Tanah Suci Umat Islam jika gereja bertapak dan menjalankan aktiviti mrk disana. Bani Saud juga harus menjaga sensitiviti Ummat ini. Apa nak jadi daa..

SUMBER:http://www.cathnews .com/article. aspx?aeid= 6247

Keindahan Syurga Surah Ad-Dukhan ayat 51-57


51. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) ditempat tinggal yang aman sentosa,

52. Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mataair-mataair terpancar padanya.

53. Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

54. Demikian keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

55. Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini),dalam keadaan aman sentosa.

56. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;

57. (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Seksaan Ahli neraka dalam Surah Ad-Dukhan 43-50

43. (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum,

44. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).

45. (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut,

46. Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

47. (Lalu diperintahkan) kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.

48. "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".

49. (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu),"

50. (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): 'Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya,"

Wednesday, July 30, 2008

Pekerjaan adalah Amanah dari Allah

Abu Zar berkata:
"Ya Rasulullah kenapa engkau tidak melantikku untuk menjawat jawatan kerajaan?" Rasulullah s.a.w bersabda:"Hai Abu Zar sesungguhnya engkau ni lemah. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, sesunguhnya ia membawa kepada penghinaan dan penyesalan pada hari kiamat melainkan orang yang memegangnya dgn melaksanakan haknya dan menunaikan kewajipannya."

-HADIS rIWAYAT MUSLIM

Bersalam selepas solat

Al-Izz bi Abdus Salam berkata:
"Sesungguhya bersalaman selepas solat adalah daripada bida'ah yang diharuskan, tidak dikatakan makruh dan tidak dikatakan sunat."

Imam Nawawi telah mengulas pendapat Imam 'Izz degan berkata:
"Dan apa yang dikatakan oleh beliau adalah baik.

Pendapat yang terpilih adalah: sekiranya seseorang itu bersalaman dengan orang yang bersamanya (dia sudah berjumpa) sebelum solat maka hukumnya adalah harus seperti yang kami sebut. Dan sekiranya dia bersalaman dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat maka hukumnya adalah sunat kerana bersalaman ketika bertemu adalah sunat menurut persepakatan ulama berdasarkan hadis-hadis yang sahih."

Kehidupan duniawi At-Takathur 1-5

1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh),

2. Sehingga kamu masuk kubur.

3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian), Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati),

4. Sekali lagi (dingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian), Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamatnya),

5. Demi seungguhnya, Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yaqin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

Tuesday, July 29, 2008

Doa Solat Tahajud Surah Al-Israq' ayat 80


78. Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh; sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

79. Dan bangunalah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu -pada hari akhirat - ditempat yang terpuji.

80. Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdo'a): "Wahai Tuhanku, Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"

Molekul air zam-zam.


Air zam-zam disediakan di setiap sudut di dalam Masjdil Haram dan Masjidil Nabawi....apa yang penting ialah doa perlu di amalkan dalam melakukan setiap pekerjaan samada makan, minum, bermain, dsbg.
-------------------

Zamzam mujarab ikut niat peminum AIR zamzam dianggap air yang suci dan berkat. Penduduk di Makkah sentiasa berbuka puasa dengan air zamzam atau dengan buah kurma sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.Fuqaha bersepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Hal ini kerana Nabi Muhammad saw minum air zamzam.
Berdasarkan nas asy-Syafi‘eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Disebutkan dalam hadis, Jabir bin ‘Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.
Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam.
Sejarawan sepakat menyatakan bahawa air zamzam adalah minuman Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar.
AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: “Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi.
“Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

Menarik today...:)

Kepada kawan-kawan dan hamba allah yang dimuliakan Allah...semoga sihat di samping keluarga. Di sini saya nak bagi tahu sedikit kat Taman saya tinggal ni tak de Surau lagi jadi kami semua dalam proses untuk membina surau. Kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor sudah ada cuma dana jer tak cukup lagi....plan dah siap....kos yang di anggarkan lebih kurang RM150Ribu. Jumlah yang kami kumpul sekarang hanya RM13 Ribu. Ini semua hasil sumbangan dari kawan2 dan penduduk setempat.

Jadi nak pohon la kepada kawan2 yang sudi menderma dan menjadikan saham akhirat untuk diri, keluarga dan orang tersayang boleh la derma2 kat Tabung Surau kami...

Nama Surau : Surau Al-Jabbar Taman Emas Dengkil
No Akaun CIMB : 16010006452526
Atas nama En Mohd Nazri bin Mohd Deni
Timbalan Pengerusi Surau Al- JabbarTaman Emas Dengkil


Daripada Aisyah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w " Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut dan aku mengagak sekiranya ia boleh bercakap tentu dia akan bersedekah, adakah ibuku akan mendapat pahala jikalau aku bersedekah untuknya?" Lalu baginda menjawab " Ya"

-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Monday, July 28, 2008

Doa Nabi Ibrahim Surah Ibrahim 35-40

35. Dan (ingatlah) tatkala Nabi Ibrabim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Jadikanlah negeri Mekah ini negeri aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

36. "Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesatu banyak di antara umat Islam manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)

37. "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan mema'murkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dari hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

38. "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah,

39. "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Isma'il dan Ishaq. Sesunggunya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan do'a permohonan.

40. "Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunan. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah do'a permohonanku.
41. "Wahai Tuhan kami, Berilah ampun bagiku dan kdua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Rumah kawan Untuk di sewa/ Jual

saja nak tolong kawan... dia nak bagi sewa rumah yang dah siap 2 tahun lepas tapi.... belum diduduki lagi....siapa yang berminat boleh la sebar2 ok:)

Kawasan Kajang
Kemudahan
1.Pasaraya Tesco
2.Gaint
3.Sekolah Men Agama Kajang
4.Sekolah Rendah/dan Sekolah Menengah
5.Pasar2 pagi dan basah berdekatan.

Rumah Flat Tingkat 4
3 bilik tidur 2 bilik air
Harga Sewa : RM 300.00 boleh kurang
Hubungi pemilik rumah
Us Rosli 012-9773910/019-9114943

Harga untuk di jual ialah : RM 60 Ribu harga boleh runding.
Ustaz Muhammad 019-3557072/019-2584596

Majlis Khatam Quran bersama Syeikh Muktasim Imam Syria

KP JAKIM menyampaikan cenderahati kepada Syeikh Muktasim dan kepada Penceramah Jemputan Us Zahazan.


Tiga seksa di hari kiamat bagi orang yang meninggalkan solat:-

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak sembahyang."

*Terdapat 15 seksa Orang yang tidak sembahyang sebagai mana yang saya sertakan dalam artikel2 yang lepas ; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Imam Mekah

Kunjungan Imam Mekah ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut sama Imam Besar dan Us Tn Haji Hafizan(berjubah putih)
Renungan Bersama:-
Siksa bagi orang yang meninggalkan solat:-
Tiga seksa tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, "Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Iran's President Mahmoud Ahmadinejad



President Iran ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menunaikan Solat Jumaat.
Renungan bersama:-
Enam seksa semasa hidup di dunia bagi orang yang meninggalkan solat:-
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang solih.

Zikir..... Al-quran dan hadis

Firman Allah Taala:
"Ingatlah (zikir) Aku, nescaya aku akan mengingatmu.." (al-Baqarah: 152)

Firman Allah Taala:
"....dan orang-orang yang berzikir (baik lelki atau perempuan), Allah menyediakan bagi mereka ampunan pahala yang besar." (al-Ahzab: 35)

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Oleh said bin Jabir serta beberapa orang ulamak lain:
"Keutamaan zikir tidak terbatas dalam tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya. Tetapi, setiap orang yang beramal kerana Allah Taala, maka dia adalah orang yang berzikir kepadaNya."

Hadis dari Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Tidaklah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah s.w.t. melainkan mereka itu dikelilingi para malaikat dan diliputi rahmat. Turunlah ketenteraman atas diri mereka. Orang-orang itu disebut Allah di antara malaikat-malaikatnya." (Riwayat Muslim)

Friday, July 25, 2008

Pilihan hadis hari ini

Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hamid dan berkata: Sabda Rasulullah SAW "Apabila ada antara kamu yang hendak memasuki masjid hendaklah berdoa dengan berkata:
'Ya Allah! Bukakanlah pintu-pintu Rahmat-Mu,' dan apabila hendak keluar hendaklah berdoa dengan berkata: 'Ya Allah! Aku memohon limpah kurnia daripada-Mu."

-------------------------------------------------------------------------------------------
Masjid Jamie' Sulaimaniah Turki
Masjid ini dibina oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Di dalamnya dikebumikan jenazah Salim 1, pengasas kerajaan Othmaniah. Masjid ini terletak di kawasan perkuburan di belakang Universiti Istanbul yang merupakan satu kesan peninggalan sejarah Islam yang masih kekal hingga sekarang. Masjid ini mempunyai empat buah mimbar. Batu-batu marmar yang digunakan untuk membina masjid ini di ambil dari kepulauan Marmarah, Semenanjung Tanah Arab dan Yaman. Ia dihiasi dengan perhiasan yang berwarna-warni dan seni khat hasil tulisan Ahmad Qurah dan Hasan Syalabi yang merupakan penulis khat yang termasyhur pada zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah.
Di dalam masjid ini telah dibina sebuah perpustakaan yang besar.

‏جامع السليمانية (تركيا) : بني في عهد السلطان سليمان القانوني ودفن داخله سليم الأول مؤسس الإمبراطورية العثمانية. يقع المسجد على تل خلف جامعة استانبول وهو من الآثار الإسلامية الخالدة، له أربعة منابر. جلبت قطع المرمر المستعملة في بنائه من جزيرة مرمرة والجزيرة العربية واليمن، به زخارف ملونة كثيرة وكتابات من خط أحمد قرة، وحسن شلبي أشهر الخطاطين في العهد العثماني آنذاك. والجامع ملحق به مكتبة ضخمة.‏

Masjid al-Azhar Kaherah

Masjid ini telah dibina oleh Jauhar as-Siqilli di bandar Kaherah atas arahan Khalifah Fatimiah iaitu al-Muiz Lidinillah. Masjid ini dibina di antara tahun (359 - 361 Hijrah) ( 970 - 972 Masehi). Ia berhadapan dengan Masjid Sayidina Hussien.
Ia merupakan sebuah masjid yang terkenal juga sebagai sebuah pusat pengajian Islam. Dinamakan dengan al-Azhar sebagai isyarat kepada az-Zahra' iaitu gelaran kepada Saidatina Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Masjid ini berfungsi sebagai sebuah Universiti buat pertama kalinya pada zaman pemerintahan kerajaan Mamalik, kemudian pada tahun 1961 Masehi ia berubah menjadi sebuah Universiti moden yang mempunyai beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai pusat penyebaran pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di negara Mesir serta dunia Islam keseluruhannya. Masjid ini mempunyai lima buah menara yang berbagai bentuk serta mempunyai 13 mihrab. Di dalam masjid ini terdapat sebuah perpustakaan yang sangat besar.

‏الجامع الأزهر (مصر) : بناه جوهر الصقلي بأمر من الخليفة الفاطمي المعز لدين الله، بني
بين سنتي (359-361هـ) (970-972م) بمصر، وهو من أشهر جوامع الإسلام وأكبر جامعة دينية، سمي بالأزهر إشارة إلى الزهراء وهو لقب فاطمة بنت الرسول صلى الله عليه وسلم. أصبح جامعة لأول مرة في العهد المملوكي ثم أصبح جامعة حديثة عام 1961م تضم عدة كليات. يعتبر الأزهر سجلا لأقطاب الفكر والسياسة و علوم الدين في مصر والعالم الإسلامي، له خمس مآذن مختلفة الطراز وثلاثة عشر محرابا، وملحق به مكتبة كبيرة جدا.‏
Renungan bersama: Sesiapa yang mengajar kebaikan atau mencari ilmu di masjid, ia bagaikan orang yang berjuang menegakkan agama Allah SWT (Hadith Riwayat Ibnu Majah).

Tersurat dan tersirat

Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan. Surah Az-Zukruf : 80

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).- Surah Qof: 18

Thursday, July 24, 2008

Larangan Allah: Al-hujurat 11-12

11. Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemohkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemoh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang di-cemohkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan ke'aipan setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

12. Wahai orang-orang yang beriman, Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-nya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Zikrayat

Bersama Us Zahazan ketika selepas tazkirah sebelum Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL. Beliau adalah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Berpengalaman dalam memimpin kursus haji dan umrah, dan membimbing jemaah haji dan umrah ke tanah suci Mekah, yang bertauliah dari Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia. Aktif dalam bidang penerbitan buku ilmiah serta artikel akhbar dan majalah. Penyampai tetap kuliah Tafsir di IKIM.fm. Semoga ukhuwah terus berkekalan....Doakan saya Ustaz

Syeikh Muktasim dari Syria

Syarat menjadi Imam..

Imam mesti berkebolehan membaca Al-Qur’an dengan bagus, lebih bagus dari orang lain. Jika bacaan sama-sama bagus, hendaklah dipilih orang yang mengetahui tentang sunnah. Jika sama-sama mengetahui tentang sunnah, dipilih orang yang lebih dahulu berhijrah ke Madinah. Jika sama-sama berhijrah, dipilih orang yang lebih dahulu masuk Islam (Hadith Riwayat Muslim; Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i).

Imam adalah pemimpin. Beliau wajib dituruti oleh makmun sama ada di dalam takbir, ruku’ atau sujud. Makmun tidak boleh mendahuluinya. Malah sama ada Imam bersembahyang berdiri atau duduk, makmun wajib mengikutinya (Hadith Riwayat Abu Daud). Pengikut-pengikut Imam pula ialah orang-orang yang mahu bertaqwa (Al Furqaan 25: 74). Pada masa yang sama, Imam perlu meringankan makmun, kerana di antara mereka ada yang kecil, ada yang tua, ada yang lemah dan ada yang mempunyai keperluan (Hadith Riwayat Muttafaqun ‘alaih).
Ketika Bersama Imam Terawih jemputan dari Syria Syeikh Muktasim dan Ketua Pengarah JAKIM berserta Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan ketika Majlis Khatam Quran pada malam 27 Ramadhan 1428H.

Masjid Quba Madinah

Masjid pertama dalam Islam yang dibina oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 1 Hijrah - 622 Masehi di Quba' sekitar 5 km di tenggara Kota Madinah. Dalam al-Quran telah disebut bahawa masjid inilah yang dibina atas dasar takwa. Pembaikiannya telah dibuat beberapa kali. Umar bin Abdul Aziz merupakan orang yang pertama membina menara masjid ini. Kini projek pembaharuan masjid ini diselenggarakan oleh keluarga Ali Saud.

‏مسجد قباء (السعودية) : أول مسجد في الإسلام بناه الرسول (صلى الله عليه وسلم) سنة 1هـ - 622م بمدينة قباء على مشارف المدينة المنورة. ذكر في القرآن الكريم أنه المسجد الذي أسس على التقوى. وتم تجديده عدة مرات وكان الخليفة عمر بن عبد العزيز أول من وضع له مئذنة. وتولى تجديده في العصر الحديث أسرة آل سعود

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang solat berdiri dalam solat sunat itulah yg lebih baik. Sesiapa yg solat sunat duduk dia mendapat setengah pahala solat orang yang berdiri. Sesiapa yg solat sunat baring secara mengiring dia mendapat setengah pahala orang yang solat sunat duduk." (Hr Bukhari)

Tuesday, July 22, 2008

EgyptAir...


Mejar Rustam-Kapten Mat nor- Hafizi

kubur.........

ini adalah dalam sebuah bangunan dalam tanah dan terdapat banyak kubur2 di dalamnya......

Monday, July 21, 2008

Zikrayat 2008









Depan masjid sayyidina Hussien Cairo.. sempadan Cairo dengan kota iskandariah dan persisiran pantai di kota Iskandariah

Renungan Bersama Firman Allah: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo'a dan berkata): "Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma'afkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". - Al-baqarah 286

Train dalam bandar....

Kalau kat malaysia boleh ker buat macam ni..kereta berkongsi jalan dengan train....gambar ni masa saya ambil kat Iskandariah....Apa yang pentingggg......kerjasama.... :) TV9 teka cerita apa....

Salman al-Farisi

Salman al-Farisi telah berkata:
"Tiga perkara yg amat menyedihkan aku sehingga aku menyebabkan aku menangis ialah:-
1. Berpisah dgn Nabi s.a.w dan para sahabatnya.
2. Huru hara hari kiamat.
3. Berdiri untuk dibicarakan oleh tuhan dalam keadaan aku tidak tahu kemana aku akan pergi ke syuga atau ke neraka.

"Inilah ketakutan sahabat Nabi s.a.w walaupun Nabi s.a.w telah menyatakan kelebihan beliau dlm sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah mengasihi empat org sahabatku dan menyuruhku supaya mengasihi mereka. Mereka adalah
1. Ali
2. Abu Zar
3. Salman
4. Miqdad."

- (Hr Tirmizi dan Ibnu Majah)

Bernikah dgn wanita hamil

Ulama berkata berkenaan dengan menikahi wanita yang hamil:
Kalaulah kehamilan kerana zina ada dua pendapat berkenaan dengan hukum akad nikah yang dijalankan:-

Pertama: Batal akad nikahnya. Ini adalah pendapat mazhab Hambali, Maliki dan kebanyakan para ulama.

Kedua: Sah akad nikahnya. Namun tidak boleh berjimak dengan wanita tersebut sehinggalah dia melahirkan anak. Ini adalah pendapat Syafie dan Abu Hanifah.

Dalil dalam masalah ini adalah hadis Nabi s.a.w:Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah air maninya disiramkan pada anak orang lain.(Hr Tirmizi -Hasan)Ulama berkata: sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang dia berzina dengannya, dia boleh berjimak dengannya walaupun perempuan tadi sudah hamil kerana kehamilan itu daripadanya dan tidak termasuk larangan menyiram air mani ke pada anak orang lain.

Sekiranya dia berkahwin dengan orang yang berzina dengan orang lain dan tidak mengandung maka dia boleh berjimak dengannya selepas akad nikah. Adapun sekiranya wanita yang dinikahi itu hamil daripada orang lain maka hukumnya telah lepas iaitu dua pendapat.

Rujukan: Ahsanul Kalam Fil Fatawa wal Ahkam edisi Fatawa Jadidah oleh Syeikh Atiah Saqor.

Waktu disunatkan bangun ketika Iqamah

Bila disunatkan bangun untuk solat berjemaah semasaiqamah dilaungkan?
Jawapannya Ada 4 pendapat mengikut mazhabyang empat:

1. Mazhab Hanafi: Orang yang hendak solat berjemaahbangun ketika di kumandangkan "Hayya 'alal falah"dan selepas imam bangun.

2. Mazhab Maliki: Ia mengikut kepada kehendakmanusia. Samaada ketika iqamah dilaungkan,permulaannya atau selepas habis iqamah. Ini keranatidak ada dalil berkenaan dgnnya.

3. Mazhab Hambali: Bangun ketika dilaungkan "Qadqamatis solah" maksudnya "telah hampir waktu solathendak didirikan". Ini kerana makna yg munasabah.

4. Mazhab Syafie: Bangun setelah selesai iqamah.

Rujukan: al-Wajiz Fil Feqhil Islami oleh Wahbahaz-Zuhaili.

Muhammadani.....



Muhammadani ..............dua Muhammad. Gambar tu semasa di Masjid Wilayah bersama adik Muhammad dan Muhammad anak lelaki saya. Semoga menjadi anak yang soleh.
Sabda Rasulullah s.a.w: Aku meninjau dalam syurga dan melihat kebanyakan ahlinya adalah org2 yg faqir. Aku meninjau ke dalam neraka dan melihat kebanyakan ahlinya adalah wanita.
(HR Bukhari dan Muslim)

Friday, July 18, 2008

Eddah: Mengenai kewajipan nafkah

a) Jika perempuan yang beriddah dari talak raj'i, maka wajib bagi suami memberi isteri
nafkah, iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kerana isteri yang tertalak dengan talak
raj'i masih dianggap sebagai isterinya lagi selama tempoh iddah belum berakhir.

b) Jika beriddah dari talak ba'in, perlu dilihat; -jika dia sedang hamil maka wajib memberi nafkah seperti makanan, tempat tinggal dan
pakaian. -Jika tidak dalam keadaan hamil, maka hanya diwajibkan menyediakan tempat tinggal sahaja. Dan tidak diwajibkan nafkah makanan dan pakaian.

c) Jika iddah kerana kewafatan suami, tidak wajib diberi nafkah kerana perkahwinan mereka telah berakhir dengan kematian.

d) Jika iddah dari perkahwinan yang fasid atau syubhah, maka tidak wajib diberikan nafkah.

Hukum-hakam yang bersangkutan dengan iddah

i. Haram dipinang Seorang lelaki asing tidak dibenarkan meminang secara terus-terang
terhadap perempuan yang sedang menjalani tempoh iddah, samada iddah dengan sebab tertalak atau kematian suami.

Mengenai peminangan secara sindiran pula, tidak dibenarkan kepada perempuan yang sedang
beriddah sebab tertalak, tetapi dibenarkan kepada perempuan yang beriddah sebab kematian
suami.

ii. Haram berkahwin. Tidak boleh bagi seorang lelaki asing mengahwini perempuan yang sedang menjalani tempoh iddah. Jika dilakukankan juga, maka nikahnya adalah batil. Wajib dipisahkan antara pasangan ini. Namun bagi yang empunya iddah (bekas suami) boleh mengahwininya.

iii. Haram keluar dari rumah Bagi perempuan yang sedang menjalani sebarang bentuk iddah diharamkan keluar dari tempatnnya menjalankan iddah kecuali jika ada keuzuran.

Bagi perempuan yang tertalak dengan talak ba'in atau kematian suami, boleh keluar pada waktu siang untuk membeli makanan, sayuran atau lain-lain barang keperluan. Dan untuk perkara ini
tidak dibenarkan keluar pada waktu malam. Walaubagaimanapun dia dibenarkan keluar pada waktu malam ke rumah jirannya dengan tujuan yang dibenarkan seperti mahu menjahit pakaian, bercakap sesuatu perkara yang penting atau sebagainya. Hal ini disyaratkan tidak ada lelaki di tempat tersebut yang dapat berbual-bual atau beramah mesra dengannya. Dan selepas selesai urusan di tempat itu, dia dikehendakki pulang dan bermalam di rumahnya sendiri.

Perempuan yang sedang dalam tempoh iddah raj'i pula, tidak dibenarkan keluar rumah kecuali telah mendapat keizinan dari bekas suaminya atau tanpa keizinannya tetapi dalam keadaan darurat. Kerana bekas suaminya itu masih berkewajipan menanggung seluruh nafkahnya. Seperti juga hukumnya dengan perempuan yang tertalak dengan talak ba'in yang sedang hamil.

Perempuan yang sedang iddah kerana kematian suami dibenarkan berpindah rumah sekiranya dia khuatir akan kebinasaan diri, anak atau hartanya.

iv. Kewajipan tempat tinggal dan nafkah Nafkah dan tempat tinggal adalah hak perempuan yang wajib diberikan oleh suami.

Iddah perempuan yang kehilangan suami

Kehilangan suami ialah ghaib yang tidak diketahui samada masih hidup ataupun telah mati.
Contohnya seorang suami yang pergi ke suatu tempat seperti pergi ke masjid untuk menunaikan
solat, kemudian dia tidak pulang ke rumah, atau hilang semasa peperangan, atau hilang semasa
belayar dengan kapal laut. Suaminya ini tidak boleh dihukumkan sebagai telah mati dalam
pembahagian harta pusaka, dan begitu juga dalam masalah perkahwinan. Dengan ini perempuan
berkenaan tidak boleh beriddah sehingga telah benar-benar diyakini bahawa suaminya telah
mati atau telah menjatuhkan talak. Perpindahan kepada iddah kematian Jika seorang perempuan yang sedang menjalani tempoh iddah dengan sebab talak ruj'i, tiba-tiba kematian suami, maka wajiblah berpindah kepada iddah
kematian iaitu empat bulan sepuluh hari.

Manakala jika dia sedang beriddah dengan sebab talak ba'in pula, dia wajib meneruskan iddah asalnya, iaitu tidak berpindah kepada iddah kematian.

Eddah

Definasi iddah
Menurut bahasa, iddah bermakna bilangan. Menurut syarak bermaksud masa menunggu bagi wanita yang tercerai untuk diketahui bahawa rahimnya bebas dari kandungan atau untuk ta'abbud atau untuk berkabung atas kematian suami.

Ta'abbud ialah: Suatu perkara yang tidak boleh difikirkan secara logik mengenai maknanya,
samada ia berbentuk ibadat atau tidak.

Hukum iddah Iddah adalah wajib ke atas perempuan, dan dalil yang mendasari hukum ini ialah: i. Firman Allah Taala mengenai iddah wanita yang kematian suami: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu
dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya
(beriddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa
bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat pada diri mereka menurut makruf. Allah

Mengetahui apa yang kamu berbuat. (Surah al-Baqarah: 234)
ii. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tinggallah engkau di rumahmu sehingga habis masa iddahmu, maka beriddahlah engkau di sana selama empat bulan sepuluh hari." (HR Abu Daud & Tirmizi) Dengan ini maka tidak ada iddah bagi lelaki. Mereka dibenarkan berkahwin dengan perempuan
lain sejurus selepas perceraian berlaku.

Eddah: Menanggung dosa isteri jika.......

Soalan 1: Jika dilakukan perkara yg dilarang semasa edah, apakah kesannya kepada roh suami?
================================================

->Jika isteri melakukan perkara yang dilarang semasa iddah, roh suami tidak menerima
kesan apa-apa. Si isteri yang melakukan larangan syarak, maka dia sendirilah yang akan menanggung dosanya. Orang lain tidak terbabit dengan penanggungan dosa berkenaan. Ini bermakna, si suami di dalam kubur akan mendapat nikmat kubur jika dia seorang yang mukmin soleh, sekalipun si isteri melakukan larangan semasa iddah. Dan, sebaliknya si suami akan mendapat siksa kubur jika dia gagal menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Munkar dan Nakir. Siksaan ini bukanlah disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh si isterinya di dunia kerana melakukan perkara yang dilarang ketika iddah, tetapi kerana dosa yang dia sendiri lakukan ketika hidup di dunia.

Namun si suami akan menanggung dosa jika dia semasa di dunia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap ilmu-ilmu fardu ain isterinya. Pengabaiannya ini menyebabkan si isteri tidak kenal dosa dan pahala, halal dan haram. Suami menanggung dosa ini adalah kerana pengabaian tanggungjawabnya, bukan kerana maksiat yang dilakukan oleh isteri. Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak ada konsep menanggung dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
Contohnya jika kawan serumah anda meminum arak, maka dia sendirilah yang menanggung dosanya. Anda tidak akan dibebankan sama dengan dosa kawan anda itu. Tetapi, anda akan dikira berdosa seandainya anda tidak menasihatinya. Dosa ini adalah dosa pengabaian tangunggjawab terhadap amar makruf nahi munkar, bukan dosa meminum arak oleh kawan anda.

Soalan 2: Bolehkah wanita yg di dalam edah meninggalkan rumahnya untuk tujuan seperti bekerja, ziarah ibu, dsb...?
===================================================

->sudah menjadi kelaziman wanita hari ini keluar bekerja. Ia sudah menjadi perkara yang perlu dengan keadaan ekonomi yang semakin mencengkam. Dahulu si isteri terpaksa membantu suami memperbaikki keadaan ekonomi keluarga. Kerana jika tidak, anak-anak tidak bersekolah, bil itu dan ini yang menjadi keperluan asasi tidak dapat dilunasi.

Pekerjaan zaman ini bukanlah boleh keluar masuk sesuka hati. Kalau terniat mahu pergi kerja, kitapun pergi. Kalau terasa malas, maka kitapun ponteng. Terlintas nak cuti, cutilah kita. Pekerjaan sekarang ada peraturannya yang ketat. Ada tatacara yang membelenggu.

Sebagai contoh kalau seorang guru wanita itu kematian suami, mungkin dia akan diberi cuti beberapa hari. Dan apakah dia boleh meneruskan cutinya untuk duduk di rumah selama 4 bulan 10 hari? Sudah tentu tidak boleh. Oleh itu wajarlah guru wanita ini keluar rumah untuk pergi bekerja, tetapi dengan syarat dia menjaga ketat peraturan-peraturan lain semasa menjalani iddah.

Menurut Dr Yusof al-Qardhawi: "Namun bukanlah bererti dia (perempuan yg sedang iddah kematian suami) tidak boleh keluar rumah langsung. Jika ada keperluan, dia dibenarkan keluar rumah. Keperluan tersebut seperti berubat atau membeli keperluan yang tidak ada orang lain yang membelikannya, atau pergi ke tempat kerja sesuai dengan profesionnya seperti guru, doktor, jururawat, atau sebagainya.." Lain-lain perkara, keluar rumah dengan tidak ada keuzuran adalah haram sama sekali.

Soalan 3 : Apakah perkara perkara yg dilarang dilakukan oleh seorang wanita yg masih dlm edah (4 bulan 10 hari) kematian suami?
======================================================
->Yang dilarang ialah:
1. Berkahwin
2. Keluar rumah
3. Berhias (Tidak berkabung)
-------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan Mughni al-Muhtaj – al-Khatib al-Syarbini Fathul Wahhab – Syeikh Zakaria al-Ansari Al-Iqna’ –
Al-Khatib al-Syarbini Fatawa Mu'ashirah vol. 1 - Dr Yusof al-Qardhawi

Thursday, July 17, 2008

Zikrayat 2008







hanif-azly-baidillah-hafizi-ramly-hj paat-hadi-mejar rustam-kapten mat nor-en azmy and en zaharin....bergaya dengan posisi masing-masing