(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke> atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya> rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan> ular-ular yang bisa. >> >> >
(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130> dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang> digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa> itu.> >> >
(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat> Allah akan kekal kepadanya.> >> >
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas> pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.> Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya> akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.> >> >
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya> demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar> dari gelisah dan keluh kesah.> >> > (31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan> membinasakan orang yang hendak menzaliminya.> >> >
(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan> terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.> Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari> bencana banjir.> >> >
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9> dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan> terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.> >> > (34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45> hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan> sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini,> nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.> >> >
(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari> segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.> >> >
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30,> nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.> >> >
(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda :> "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin."> Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali> dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda:> "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang> menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan> kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.> a. w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh> tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan> tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21> kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya,> nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa> membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju> perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam,> andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa> membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan> diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia> > hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya> keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.> Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati> di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh> anda sekalian.> >> >
(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya> Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.> >> >
(39) SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya> akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat
No comments:
Post a Comment