Monday, December 28, 2009

Syiah, Karbala dan Assyura


ARI ini, dua bandar yang dianggap suci oleh penganut fahaman Syiah di Iraq iaitu Karbala dan Najaf akan menjadi tumpuan.

Ia kerana di kedua-dua bandar berkenaan akan diadakan perayaan menyambut Assyura sempena 10 Muharram. Pengikut Syiah menjadikan tarikh berkenaan sebagai hari memperingati kematian Saidina Hussein. Mereka akan menyambutnya dengan cara memukul badan sendiri sehingga berdarah.

Berikutan itu pihak berkuasa Iraq sudah menetapkan akan mengerahkan hampir 50,000 anggota tentera dan polis bagi mengawal keamanan di kedua-dua bandar berkenaan. Ia bertujuan bagi mencegah sebarang serangan yang dikatakan melibatkan puak Sunni. Di Iraq, penentangan dan perbalahan antara dua puak Islam ini masih berterusan sehingga kini.

Perbalahan mereka dikatakan semakin memuncak apabila Saddam Hussein disingkirkan daripada jawatan Presiden melalui pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.

Langkah kawalan keselamatan yang ketat itu terpaksa dilakukan apabila pada Rabu lalu, dua terbunuh manakala 24 lagi cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka menghadiri salah satu acara sempena sambutan Assyura.

Komander tentera Iraq di Karbala, Jeneral Usma al Ghameni menyatakan, sebanyak 20,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di bandar itu.

Berikutan serangan berani mati yang kerap kali dilakukan oleh kaum wanita, Usman juga telah mengerahkan 600 anggota tentera wanita untuk bertugas.

Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq itu adalah bagi memastikan peristiwa pengeboman yang terjadi ketika sambutan Assyura di Baghdad dan Karbala pada tahun lalu tidak berulang.

Dalam kejadian berkenaan lebih 170 pengikut Syiah terkorban sehingga ia menambahkan lagi ketegangan hubungan kumpulan itu dengan puak Sunni.

''Kita juga akan memastikan helikopter membuat pengawasan daripada udara bagi menghalang sebarang serangan mortar,'' kata Usman.

Bagi mengelakkan ketegangan, Komandan Polis Karbala, Al Jassim Mohammed menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang dilihat berunsur politik.

Ia memandangkan mereka tidak mahu sambutan itu dijadikan medan untuk berkempen memandangkan Iraq akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada Mac nanti.

''Kami tidak akan membenarkan gambar calon atau mana-mana pemimpin politik dipamerkan. Ini adalah acara keagamaan maka ia tidak boleh dicemari dengan unsur politik,'' katanya.

Gabenor Karbala, Amal Adin al Her pula menjangkakan lebih sejuta pengikut Syiah akan mengunjungi bandar itu mulai semalam hingga hari ini.

''Jumlah ini termasuklah 60,000 orang dari negara-negara Teluk, Iran, Pakistan,'' katanya. Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

Pandangan ulama

Apa yang lebih menjadi perhatian kepada ulama-ulama besar ialah perbuatan pengikut Syiah yang mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.

Dalam Kitabnya al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', seorang ulama Musa al-Musawi menyatakan;

''Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Hussein.

''Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian Saidina Hussein. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lebanon pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan.

Perayaan

''Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:

''Berapa ramai orang yang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh.''

''Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah SAW. dan kelebihan-kelebihan mereka.''

Kesimpulannya, puak Syiah mungkin alasan tersendiri tetapi sebagai umat Islam, marilah kita memahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Penetapan Sasaran Kerja Tahunan

Bil

Ringkasan aktiviti/ projek

(Senaraikan Aktiviti/ Projek)

Petunjuk Prestasi

(Kuantiti/ Kualiti/ Masa/ kos)

 

1

 

 

Bertanggungjawab mengurus permohonan Nikah, Cerai dan Ruju’

 

 

-Meluluskan 505 kebenaran berkahwin Dalam Wilayah, Luar Wilayah dan Luar Negara

 

 

-Menandatangan 227 Surat Perakuan Nikah Januari

  hingga Disember 2009

 

 

2

 

 

Mengurus program, kursus, seminar, forum, bengkel yang berkaitan dengan kekeluargaan.

 

 

-Seminar Kekeluargaan ( Hatiku Milikmu)

-Kursus Motivasi Wanita Cemerlang

-Seminar Kekeluargaan Suami Nusyuz Isteri Curang

 

 

 3

 

 

 

 

Bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendamai yang di lantik oleh Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya

 

-Sebanyak 3 kes telah di rujuk kepada Jawatankuasa

  Pendamai pada tahun 2009

 

 

4

 

 

Bertindak sebagai Wali Hakim yang di berikuasa oleh Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya

 

 

-Sebanyak 11 kes Wali hakim bagi tahun 2009

 

-Membuat laporan kepada Mahkamah Rendah

 Syariah kes yang melibatkan Wali Enggan, Wali  

 ghaib, anak tak sah taraf dan saudara baru

 (muallaf).

 

5

 

 

Bertanggungjawab, sessi rundingcara, bimbingan, pandangan dan menjawab soal jawab agama berkaitan dengan nikah, cerai, ruju’ melalui telefon, membuat temujanji,

 

 

-Semua kes dapat di selesaikan kecuali yang melibatkan Mahkamah Rendah Syariah/ Mahkamah Tinggi Syariah.

 

KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI

 

Bil

 

Senarai kegiatan/ aktiviti/ sumbangan

 

Peringkat kegiatan/ aktiviti/ sumbangan

(Nyatakan jawatan atau pencapaian)

 

 

1

 

Pengerusi Surau Al-Jabbar Taman Emas Dengkil

 

 

Pengerusi

2

Pengerusi Jawatankuasa Pendamai

Pengerusi/ Kes Mahkamah

 

3

Timbalan Bendahari Surau Ar-Rahman Presint 16

 

Timbalan Bendahari

4

Ahli Pasukan Integrasi Sistem dan Perkhidmatan

Pelan Strategik ICT JAWI 2010-2014

 

Ahli

5

Ketua Amil Putrajaya

 

Ketua Amil

6

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

 

Ahli AKRAM

7

Khatib dan Iman Khutbah Jumaat

 

Khatib dan Imam / Surau Jumaat Putrajaya

8

AJK Khairat Kematian Taman Emas Dengkil

 

Wakil Taman

9

Pengacara Majlis- Majlis Rasmi

 

Jabatan/ Komuniti

 

10

Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya

Pendaftar Nikah

 

11

 

 

Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU)

 

Ahli

 

12

 

Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK) Islamic Reasearch

 

Ahli  / Kementerian Sumber Manusia

LNPT/ SKT Kursus yang di hadiri

Bil

Nama Latihan

Tarikh/ Tempoh

Tempat

 

1

 

 

Bengkel Penyelarasan Isu Pendaftar Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-undang dan isu Perkahwinan Di Luar Negara.

 

 

10hb.  Feb 12hb. 2009

 

 

Hotel Quality Shah Alam.

 

 

2

 

Bengkel Fail Meja

 

27hb. Februari – 01hb.  Mac 2009

 

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

 

 

3

 

Bengkel Latihan Gerbang SMS JAWI

 

06hb. Mac – 13hb. April 2009

 

 

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

 

4

 

Kontinjen Perarakan majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H / 2009M

 

 

09hb. Mac  2009

 

Dataran Merdeka,

Kuala Lumpur

 

5

 

Kursus Intensif Pengurusan Jenazah

 

09hb. Mei – 10 Mei 2009

 

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

 

 

6

 

Kursus Pembangunan Jurulatih (TOT) Kepada Penceramah Modul bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam ( MBKPI II )

 

 

15hb. Jun – 18hb. Jun 2009

 

Hotel Cititel Ekspress,

Kuala Lumpur

 

 

7

 

Seminar Ibu Bapa Mithali

 

13hb. Julai 2009

 

Auditorium Kompleks E, Putrajaya

 

 

8

 

Kursus Protokol & Etiket Sosial

 

17hb. Julai – 19hb Julai 2009

 

Hotel Putra, Kuala Lumpur

 

 

9

 

Kursus Tahsin Bagi Imam & Bilal Tahun 2009

 

 

07hb.Ogos – 9hb Ogos 2009

 

Hotel Cozzi, Teluk Kemang, Port Dickson

 

 

10

 

Bengkel Kamus Data Islam Sektor Awam

( Skop Sosial – Tahun 2008/2009 )

 

22hb. Okt – 24hb. Okt 2009

 

Jabatan Kehakiman Syariah

 

11

Ahli Pasukan Integrasi Sistem dan Perkhidmatan

Pelan Strategik ICT JAWI 2010-2014

 

April 2009- Oktober 2009

Masjid Wilayah Persekutuan

Monday, December 21, 2009

Tidak batal solat makmum tegur imam

SOALAN:

KETIKA sembahyang berjemaah, imam selepas bacaan fatihah membaca satu surah yang agak panjang. Semasa membaca surah tersebut ada ketikanya bacaannya terhenti-henti atau tersangkut-sangkut kerana sesekali terlupa akan bacaannya.

Beberapa orang makmum di belakang imam cuba menyebut atau membaca beberapa patah ayat tersebut dengan harapan si imam dapat mengingati dan terus menyambung semula bacaan surah tersebut.

Pertanyaan saya, apakah hukum perbuatan makmum itu dan adakah ia membatalkan solat si makmum tersebut ataupun tidak?

Jawapan:

Perbuatan makmum yang mengingatkan imam dengan ayat yang dilupainya dalam tidak membatalkan solat berjemaah. Ini kerana adalah tanggungjawab makmum mengingatkan imam dengan ayat yang tertinggal atau terlupa.

Namun jika keadaan berterusan akan menjadi makruh kerana mengganggu makmum yang lain. Adalah sangat dituntut ke atas imam untuk membaca surah yang lancar sahaja.

Tidak salah kalau membaca surah panjang tapi harus dipastikan bahawa dia (imam) benar-benar lancar supaya perjalanan solat lebih bermakna dan mencapai objektifnya.

Berdasarkan kepada pengalaman saudara, dapat saya faham bahawa makmum juga menghafal surah yang sama. Makmum lagi lancar daripada imam, ini akan menjadikan makmum hilang hormat terhadap imam.

Setiap imam yang bertugas hendaklah berusaha memastikan makmum dapat mencapai tahap khusyuk yang maksimum.

Jika imam asyik lupa ayat dan makmum sibuk membetulkan bacaan akan mencacatkan solat secara keseluruhannya.

Sebagai seorang imam tugas dia bukan sekadar menjadi imam solat tetapi bertanggungjawab memastikan para jemaah mahu datang lagi dan dapat merasakan solat di belakang imam tersebut terasa seronok dan khusyuk.

Oleh itu para imam hendaklah membaca surah yang benar-benar kemas hafalannya dan bukan menjadikan solat fardu berjemaah sebagai ulang kaji hafalan.

Biar surah yang dihafal hanya pendek, tetapi dia lancar dan mampu membacanya dengan baik. Para makmum dalam menegur biarlah seorang sahaja, yang lain hanya diam.

Dalam persoalan menegur imam dalam solat siapa yang paling layak menegur? Adakah semua dalam masjid atau surau boleh menegur imam serentak?

Inilah yang kita seringkali dapati, apabila imam terlupa mana-mana ayat al-Quran habis satu masjid menegurnya, kadang-kadang yang berada di saf yang hujung pun nak tegur juga. Sedangkan orang yang paling berhak ke atas imam ialah orang yang betul-betul berada di belakang imam, orang yang di sebelah kanan dan yang sebelah kiri.

Sekiranya yang berhampir dengan imam yang berada di belakang imam tidak hafal maka barulah makmum yang berada di saf-saf yang di belakang boleh menegur.

Dan jangan tergopoh-gopoh nak tegur imam, seeloknya diberi beberapa saat untuk imam ingat kembali. Sekiranya telah pasti imam tidak ingat barulah makmum tolong.

Sebab itulah para fuqaha (ahli fiqh) mengafdalkan yang berada benar-benar di belakang imam hendaklah mereka yang sama hebat atau lebih hebat daripada imam.

Ini bermaksud tidak semua boleh solat belakang imam, hanya orang yang memahami persoalan-persoalan fiqh solat sahaja yang seharusnya berada dibelakang imam.

Soalan 2:

Ketika solat berjemaah juga, imam telah terbatal solatnya akibat dari satu di antara perkara yang membatalkan solat berlaku ke atas dirinya.

Siapakah yang afdal di antara para jemaah mengambil alih tugas si imam itu untuk meneruskan solat tersebut dan bagaimanakah cara?

Jawapan:

Sama ada menjadi makmum mahupun menjadi imam mestilah berilmu. Setiap ibadat yang difardukan dalam Islam sebelum dilaksanakan hendaklah dipelajari, rukun dan syaratnya supaya ibadat itu diterima Allah SWT.

Apabila imam terbatal solatnya lalu imam harus meninggalkan tempat solatnya dengan menyebut subhanallah. Ini secara tidak langsungnya memaklumkan kepada makmum bahawa solatnya sudah terbatal.

Jadi orang yang selayaknya menggantikan imam ialah imam-imam yang lain yang biasanya berada betul-betul di belakang imam. Jika imam-imam lain tiada di belakang imam, maka orang yang berada di belakang imam hendaklah ke hadapan menggantikan imam yang terbatal solatnya.

Makmum yang akan menggantikan imam itu hendaklah bergerak perlahan ke hadapan dan meneruskan rakaat dan memimpin solat hingga ke penghujungnya.

Untuk itu makmum yang berada di belakang imam mesti bersedia untuk mengambil tempat imam sekiranya sesuatu berlaku ke atas imam.

Oleh itu, sebelum solat di saf belakang imam, pastikan ilmu fiqh solat difahami terlebih dahulu.

Kafir Quraisy memujuk Abu Talib

SEBAGAI penganut Kristian, Raja Habsyah sangat mengetahui dengan mendalam selok belok agamanya itu. (Raja Habsyah tersebut dipercayai bernama Ashamah al Najashi)

Lalu beliau menguji pengetahuan mengenai Nabi Isa dari Jaafar Abdul Mutalib yang menjadi wakil rombongan penduduk Islam Mekah yang mencari perlindungan di negaranya itu.

"Apakah Nabi kamu mengajar sesuatu (mengenai Isa a.s) dari firman Allah," tanya Raja Habshah kepada Jaafar.

Tanpa sebarang ragu-ragu Jaafar pun membacakan beberapa ayat dari permulaan surah al-Maryam.

Raja Habsyah dan para uskup Gereja Kristian yang ada yang pada mulanya terkejut dengan ayat-ayat yang dibaca oleh Jaafar tetapi terus leka mendengarkan keindahan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan itu.

Mereka semua akhirnya menjadi sebak dan terharu malah ada yang menangis tersedu-sedu.

Sebaik selesai Jaafar membacakan ayat-ayat itu, Raja Habsyah membuat keputusan kepada dua wakil kafir Quraisy yang ditugaskan membawa pulang rombongan penganut Islam itu.

"Kamu pulanglah ke negeri asalmu dan beta tidak akan menyerahkan kepada kamu, umat Islam yang sanggup bersusah payah datang ke Habsyah dan meminta perlindungan daripada beta ini!," kata Raja Habsyah dengan tegas.

Apabila merasakan misi mereka mula menampakkan kegagalan, maka Amru al As mencelah dan berkata: "Wahai paduka baginda, sesungguhnya mereka menuduh Isa (Nabi) dengan perkataan-perkataan yang tidak baik".

Lalu Raja Habsyah bertanya kepada Jaafar: "Apakah pendapat kamu mengenai Isa, benarkah dakwaan wakil Quraisy itu wahai Jaafar"?

Lalu Jaafar pun menjawab: "Nabi Muhammad SAW mengajarkan kami bahawa Isa adalah hamba Allah yang diutuskan oleh Allah untuk menyampai risalah-risalah-NYA kepada kaum Nabi Isa. Baginda diciptakan dengan penuh kekuasaan-NYA lewat kandungan Maryam (Siti Maryam, ibu Nabi Isa) yang perawan itu".

Mendengarkan keterangan Jaafar itu, maka Raja Najasyi bangkit sambil menghentak-hentakkan tongkatnya ke atas lantai dan berkata: "Demi tuhan, apa yang dikatakan oleh mereka adalah sama dengan apa yang kami percayai, tidak ada yang lebih mahupun kurang sedikitpun seperti apa yang diajarkan oleh agama kami".

Lalu Raja Habsyah itu mengambil sebatang dahan kayu dan membuat garisan di atas tanah sambil berkata: "Demi Tuhan, apa yang kamu kata mengenai Isa bin Maryam tidak lari dari garisan ini".

Lalu para pembesarnya menarik nafas dan baginda berkata lagi: "Walaupun kamu menarik nafas, demi Tuhan!"

Baginda pun memerintahkan wakil-wakil kafir Quraisy itu supaya pulang sahaja ke Mekah sedangkan kaum Muslimin yang datang meminta bantuan dari Raja itu dijanjikan perlindungan dan penghormatan yang besar sebagai tetamu-tetamu Diraja.

Kata baginda kepada rombongan umat Islam tersebut: "Bertenanglah kamu, kamu adalah shuyum di negeriku. Shuyum dalam bahasa Habsyah membawa maksud orang yang selamat. Barang siapa yang menganggu kamu akan dihukum! barang siapa yang menganggu akan dihukum! barang siapa yang menganggu kamu akan dihukum!

"Sungguh beta tidak akan senang kalaupun mendapat segunung emas tetapi beta menyakiti salah seorang dari kamu," titah baginda berulang-ulang kali dengan tegas.

Sambil menujukan titahnya kepada Amru al As dan Abdullah Abi Rabiah yang menjadi wakil Quraisy itu, baginda mengarahkan segala hadiah yang dibawa supaya dipulangkan semula.

"Kembalikan hadiah mereka berdua. Aku tidak memerlukannya. Demi Tuhan, Allah tidak pernah mengambil rasuah daripadaku ketika Dia mengembalikan kerajaanku, maka apakah aku hendak mengambil rasuah pada jalan-Nya?

"Allah tidak pernah tunduk kepada manusia dengan mengangkatku, maka apakah aku hendak tunduk kepada manusia pada jalan Allah," kata baginda lagi.

Maka wakil-wakil Quraisy itu akhirnya terpaksa pulang dengan tangan kosong atau dengan lain perkataan misi mereka gagal. Malah amat malu kerana cubaan untuk mendapatkan perintah ekstradisi yang pada asalnya dianggap mudah rupa-rupanya ia tidak semudah yang disangka.

Ummu Salamah (antara yang mengikuti rombongan ke Habsyah) yang meriwayatkan kisah ini berkata: "Maka mereka berdua pun keluar dalam keadaan yang moyok dan sugul sambil membawa pulang segala macam jenis hadiah-hadiah yang mereka bawa sebelum ini.

"Dan kami pun menetap di Habsyah di sisi Raja Habsyah yang baik hati itu dengan mendapat tempat tinggal yang baik dan diterima baik oleh para penduduk Habsyah itu sendiri".

Walaupun dalam konteks mencari perlindungan terhadap keselamatan diri dan agama yang baru dianuti bukannya hendak mencari kehidupan yang lebih baik malah berhijrah untuk mencari pasangan hidup.

Namun antara intipati utama hijrah dalam Islam iaitu dapatkan perlindungan sekalipun yang difahami dalam konteks hari ini ialah suaka politik.

Disaat pengikut-pengikut awal yang memeluk Islam menerima pelbagai seksaan yang pedih itu, maka turunlah surah al-Kahfi sebagai jawapan yang antara lain satu isyarat daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya itu supaya berhijrah.

Maka kisah Ashabul Kahfi menunjukkan jalan kepada hijrah dari pusat kekufuran dan musuh apabila dibimbangi keselamatan agama mereka sambil berserah kepada Allah.

Ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah maka pergilah kamu berlindung di gua itu supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan. (al-Kahfi: 16)

Begitu juga pengajaran daripada ayat Allah yang turut memberikan gambaran mengenai hijrah dan mengisytiharkan bahawa bumi Allah ini bukannya sempit: ...Ingatlah mereka yang berbuat di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya mereka yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (al-Zumar: 10)

Walaupun berhijrah dilihat sebagai satu perpindahan yang menuntut segenap pengorbanan, terdedah kepada pelbagai risiko di samping memerlukan satu strategi dan perancangan yang baik namun berhijrah itu adalah jauh lebih baik dari duduk berdiam dari tidak berbuat apa-apa.

Hatta jika terpaksa meminta perlindungan dari negara yang diperintah oleh bukan Islam seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut awal yang memeluk Islam ini.

Ini kerana hasilnya sama sekali tidak diduga, bahkan pemimpin bukan Islam juga sanggup menawarkan perlindungan jika diizinkan Allah.

Malah ia cukup menjadi satu pukulan kepada pihak yang menindas seperti yang berlaku kepada golongan kafir Quraisy dalam peristiwa hijrah pertama umat Islam ke Habsyah.

Yang menganggap dengan nama dan kuasa yang mereka ada, golongan yang lemah dan tidak sealiran dapat ditundukkan.

Kini mereka menyedari Nabi Muhammad yang masih berada di Mekah wajar menjadi sasaran utama. Peluang mesti diambil sementelah baginda masih lagi berada di kota itu.

Namun mereka tetap menyedari bahawa penghalang utama untuk mencederakan Nabi SAW adalah bapa saudara baginda, Abu Talib.

Abu Talib yang merupakan bangsawan terkemuka dan terhormat Mekah menjadi perisai utama kepada Nabi Muhammad. Selagi bapa saudara Nabi itu berada di samping anak saudaranya itu, tiada sesiapa yang berani melakukan apa-apa.

Justeru individu yang perlu ditundukkan ialah Abu Talib itu sendiri. Tidaklah sehingga ke tahap membunuh Abu Talib tetapi golongan kafir Quraisy dalam satu misi mereka, secara beramai-ramai datang menemui Abu Talib.

Bagi menunjukkan betapa besarnya hajat yang mereka bawa, betapa menggunung tingginya harapan dan betapa Abu Talib mesti memenuhi semua itu demi bangsa Arab yang kononnya kini diperbodoh-bodohkan oleh anak saudaranya itu.

Begitu berat tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh Abu Talib sebagai bapa saudara Nabi Muhammad.

Namun beliau menyedari anak saudaranya sama sekali tidak bertujuan untuk memberi susah dalam hidupnya.

Oleh kerana beliau yang membela dan membesarkan Nabi SAW sedari kecil, beliau amat kenal dan masak akan anak saudaranya itu. Yang beliau dapati bahawa baginda seorang yang sangat jujur dan sangat dipercayai.

Jadi bagaimanakah Abu Talib dapat menahan anak saudaranya itu sedangkan beliau mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah perkara yang benar?

Namun, apabila sudah berhadapan dengan sekumpulan manusia yang sebegitu ramai dan berhimpun di hadapannya dengan wajah yang begitu mengharap, Abu Talib menjadi gugup!

Tuesday, December 8, 2009

PK PK LAH..........

Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/  

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.
"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.
"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.
 
Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.
Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."
Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.
"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.
Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.
Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.
Firman Allah SWT :

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)
Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :

إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )
Perempuan Lebih Sukar?
Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :
"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.
"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.
"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.
Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.
"Benar, InshaAllah.." Kata saya.
Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك

 
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
Imam An-Nawawi pula berkata :-

الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"
Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)
Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja?
 
semakin meningkat satu duniaYakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.  
Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.
Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.! 
Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)
"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.
 
"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.
"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"
"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.
Nabi SAW bersabda :

لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد

Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )
Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.
Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki. Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.
Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.
Keperluan Wanita Bekerja & Anak Lelaki
Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah? 
"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.
"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya 
Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.
 
Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.
"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.
Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.
Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.
Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.
 
Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.
Kelembutan & Kasih Yang Luntur
Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.
Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.
Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu  berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.
 
Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.
 
Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?
 
Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja
Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.
 
" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.
Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.
Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :

أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya  apabila menghidu bauan wangi si wanita?  
"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.
Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut. 
Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.  
Nabi SAW pernah bersabda :

ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها

 
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
Komen Pedas
Mungkin ada wanita yang akan berkata :
"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat  pula, tak berkembang pemikiran langsung"
Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.
Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertpatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -

 أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ  , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu  apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
Nasihat Penghujung
Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.
Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka. Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..
Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..
 
Sekian
 
Ust Zaharuddin Abd Rahman