Anak-anak perlu di didik dengan keimanan. Kalau mereka di rumah kita boleh mengawal diri mereka dengan cara, menyuruh mereka menunaikan solat, berpuasa, menegur mereka dari terus menonton tv di sepanjang hari, tetapi jika mereka di sekolah atau di universiti atau berada jauh dari kita contohnya apabila mereka berada di luar negara atau jauh dari kita bolehkah mereka mengawal diri mereka dari melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. Dengan adanya Iman dan kepercayaan kepada Allah dan mereka akan dapat menjaga diri mereka.
Dalam hadis Nabi ada menyebut selagi mana ada iman pada seseorang itu dia tidak akan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. Sebagai mana yang di nyatakan dalam hadis di bawah ini. Yang Bermaksud:
Tidak berzina seorang penzina ketika dia hendak berzina apabila di ingat Allah s.w.t dan tidak mencuri seorang pencuri apabila dia hendak mencuri dia ingat kepada Allah s.w.t
Kesimpulannya cara untuk mendidik anak-anak kita ialah dengan sentiasa mengulangi.
Dua perkara perkara yang perlu ulang iaitu
1-Mengkagumi Allah s.w.t
kerana Allah Maha hebat dan berkuasa dalam setiap sesuatu tanpa pertolongan daripada sesiapa pun.
2-Berterima kasih kepada Allah s.w.t
kerana allah memberi rezki, kesihatan, kesenangan dan sebagainya. Hidup dan mati kita hanya untuk Allah s.w.t.
.
WAHAI TUHAN KAMIKU,.Ya Allah jadikan lah kami hamba2mu yang bertaqwa Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, AMIN YA RAB
Tuesday, June 22, 2010
Monday, June 21, 2010
Peringkat Riya'
1- Riya’ Akbar (Besar)
Riyak akbar ialah melakukan ibadat kerana mahu sesuatu dari manusia dan bukannya kerana Allah SWT. Riyak ini adalah berpaling terus daripada Allah secara keseluruhannya.

2- Riya’ Asghar (Kecil)
Riyak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan sesuatu dari Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riyak ini lebih ringan daripada riyak akbar kerana orang itu masih menghadap pada Allah, cuma ada juga berharap pada manusia dari sudut lain.

3- Riya’ Jali ( yang terang )
Riyak ini ialah menggalakkan seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riyak ini dia tidak berminat atau tidak mahu langsung untuk melakukan amal ibadat.

4- Riya’ Khafi ( yang tersembunyi )
Riyak ini pula ialah riak yang tersembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat. Jika tidak ia akan malas-malas dan tidak bersungguh untuk beribadah.

*foto semasa di Airport Suvarnabhumi
Melindungi diri dari penyakit Riya’
Sesungguhnya penyakit yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati manusia , serta dapat menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga merosakkan seluruh perbuatan manusia serta melahirkan kekerasan dan kekejian ialah riya’.
Riya’ adalah sebahagian dari perbuatan syirik menyekutukan Allah, dan sikap ini bersatu dalam diri orang yang takabbur. Banyak nas yang mencela sikap ini, antaranya;
Sabda Rasulullah S.a.w dalam hadith Haritsah bin Wahab, “Mahukah kalian aku beritahu tentang penghuni neraka, iaitu setiap orang yang berperangai jahat serta kasar, orang gemuk yang berlebih-lebihan dalam berjalannya dan orang-orang yang sombong.” Hadith Riwayat Bukhari

Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata, seseorang yang melakukan riya’ pada hakikatnya ia tidak melakukan firman Allah (Hanya kepadaMu aku menyembah) dan orang yang bersikap ujub (bangga pada diri sendiri) pada hakikatnya ia tidak melakukan firman Allah (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) . Dan barangsiapa yang melakukan firman Allah (Hanya kepadamu kami menyembah) maka ia telah keluar dari sikap riya’, dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) maka ia telah keluar dari sikap ujub. (Majmu’ Al Fatawa 10/277)

Dan Ibnul Qayyim pula berkata, “Sesungguhnya hati manusia dihadapi oleh dua macam penyakit yang amat besar jika orang itu tidak menyedari adanya kedua penyakit itu akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, kedua penyakit itu adalah riya’ dan takabbur. Maka ubat kepada riyak ialah (Hanya kepadaMu kami menyembah) dan ubat dari penyakit takabbur ialah (Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan)”.
*foto semasa di Medan Megnet Madinah
Marah dan Nafsu
Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.
Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini.
Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.
Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu.
Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud:
"Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".
Kesimpulannya,
tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli.
Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.
Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)
Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat.
Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)