Thursday, June 19, 2008

Kelas Pengajian Quran di Al-Haramain

Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terdapat kelas2 pengajian Quran untuk kanak2, remaja dan dewasa. Perkara yang menarik perhatian saya ialah kelas pengajian Al-quran kanak2. Mereka begitu tekun dalam pembelajaran dan di asuh dari kecil lagi untuk menghafaz, dan membaca Quran secara tajwid. Di setiap ruang masjid di penuhi dengan kanak2 dan guru masing2 yang di bentuk dalam kumpulan2 kecil. Apabila kelas selesai saya telah mendekati kanak2 tersebut dan menyuruh mereka membaca apa yang mereka pelajari dan hafaz....ternyata w/pun usia yang kecil tapi mahir dan lancar dalam membaca kitab suci al-Quran. Bagaimana dengan kita semua.....? Sama2 kita mempelajari dan mendalami ilmu Al-Quran. Sabda Nabi yang bermaksud: Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dengan Al-Quran dan sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan Al-Quran dan sesiapa yang inginkan keduanya maka hendaklah dengan Al-Quran. MAKSUD AL-HADIS: SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANYA KEPADA ORANG LAIN
JANGAN LUPA SELALULAH MEMBACA ALQURAN KERANA IA AKAN MENJADI SHAFAAT KEPADA KITA DI HARI AKHIRAT KELAK.

No comments: