Monday, August 9, 2010

Menarik today: Kenali Syaitan..........

Syaitan adalah golongan jin yang menderhaka, sombong, pengacau dan fasik.
Allah s.w.t. telah memberi amaran kepada orang yang beriman supaya tidak
mengikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu sentiasa menggoda dan
menyuruh manusia supaya melakukan kejahatan, seperti yang jelas tersebut dalam

Surah an-Nur ayat 21:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkahlangkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.

Dari awal lagi Allah s.w.t. telah memberi peringatan kepada manusia bahawa
syaitan itu adalah musuh. Oleh sebab itu manusia mesti menganggapnya sebagai
musuh.

Dalam Surah Faatir ayat 6 Allah berfirman:
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh,kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni api yang menyala.

Dalam Surah al-An'am ayat 112 & 113, perkataan syaitan juga dirujuk kepada manusia yang bersifat atau kelakuannya seperti syaitan. Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah 28

Dan demikian juga, Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh iaitu syaitansyaitan
yang terdiri daripada jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah indah untuk menipu.

Selain itu dalam Surah al-Baqarah ayat 14, perkataan syaitan juga dirujuk kepada
pemimpin-pemimpin kaum munafik dan kafir kerana mereka itulah yang telah menyesatkan pengikut-pengikut mereka:

Dan bila mereka pergi mendatangi syaitan-syaitan mereka (pemimpin), mereka berkata: Sesungguhnya kami tetap sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok.

Syaitan juga dirujuk kepada sesuatu yang kotor, busuk atau penyakit sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang berbunyi:
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau daripada syaitan jantan dan betina.

Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau
bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas

No comments: