Assalamualaikum semua....
Di sini saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang...
saya bercuti mulai hari ini sehingga 7 Okt 2008.
Hari Isnin saya bertolok ke Kampung. Doakan agar kami selamat tiba di destinasi.
Untuk akhirnya sama2lah kita Isikan hari2 terakhir pada bulan Ramadhan ini dengan ibadat seperti membaca quran, selawat pada nabi , zikir, bersedekah dan apa sahaja amalan yang baik semoga mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
--------------------------------------------------------------------------------------
Tersurat dan tersirat dalam kedua surah Dukhan dan Al-Qadar mengenai Lailatur qadar....
SURAH AD-DUKHAN
1. Haa, Miim.
2. Demi AL-Qu'an, Kitab yang menerangkan kebenaran.
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
4. (Kami menurunkan AL-Qur'an) pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
SURAH AL-QADR (097)
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
WAHAI TUHAN KAMIKU,.Ya Allah jadikan lah kami hamba2mu yang bertaqwa Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, AMIN YA RAB
Friday, September 26, 2008
Thursday, September 25, 2008
Ramadhan: Lailatul qadar bila berlaku....?
Sabda Rasulullah SAW: Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, no: 2017.
Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).
Kombinasi hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.

Ramadhan: Lailatul qadar
BULAN Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana Allah SWT meluaskan rahmat-Nya agar menaungi seluruh hamba-hamba- Nya yang tekun beribadat dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar. Padanyalah diturunkan al-Quran yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).
Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatul qadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1,000 bulan.
Apakah itu lailatul qadar?
Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.
Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Syaaban merupakan malam di mana Allah menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya.
Mereka berhujah dengan firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku. (al-Dukhan: 3-4.
Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Syaaban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Malam yang diberkati itu adalah malam lailatul qadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Qadr yang penulis paparkan sebelum ini.
Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya: "Allah berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Qadr: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. (al-Qadr: 1).
Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya...(al-Baqarah: 185).
Pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Syaaban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatul qadar) adalah pada bulan Ramadan. (Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-'Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137).
Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata: "Keyakinan bahawa malam Nisfu Syaaban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah". Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-Arabi mengatakan bahawa firman Allah di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Syaaban adalah tidak benar kerana Allah tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Syaaban.
Ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatul qadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 185 di atas tadi.
Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nisfu Syaaban bertentangan dengan Kitabullah dan jauh terpesong dari isi kandungannya.
Perlu kami ingatkan bahawa Allah sendiri menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Syaaban. (Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada'at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156).

Adab membaca Quran
Adab-adab membaca al-Quran sebagaimana disenaraikan oleh Al-Nawawiy dalam Al-Tibyan Fi Adab Hamalitl Quran :
1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3. Membaca dalam keadaan berwudhuk.
4. Mengadap ke arah kiblat.
5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.
7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat
8. Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa
9. Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
10. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
11. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.

Wednesday, September 24, 2008
Tazkiratul mauta: Mengingati Mati
Setiap makhluk, tidak boleh melarikan diri daripada mati, termasuk binatang, jin, malaikat, termasuk malaikat yang mengambil nyawa. Kematian adalah satu hakikat hidup. Dalam surah al-Ahzab, ayat 16 dijelaskan: Katakanlah, lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan dan jika kamu terhindar dari kematian, kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja. Ketika ditanya tentang kematian, baginda menjawab bahawa manusia yang baik ialah mereka yang baik budi dan akhlaknya, manakala manusia yang terkaya adalah mereka yang banyak ingatkan mati, juga baik persediaannya. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsunya, tetapi berharap keampunan Allah tanpa amal. Allah menyuruh agar setiap orang mengingati mati, kerana dengan berbuat demikian, manusia akan sentiasa ingatkan diri, melakukan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Keterangan ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah: 94 yang bermaksud, Katakanlah, jikalau kamu menganggap bahawa kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka ingatkanlah kematian, jika andainya kamu memang benar. Walaupun demikian, mereka yang banyak melakukan dosa, dan derhaka kepada Allah, mati itu merupakan sesuatu yang menakutkan. Mereka tahu tentang balasan baik dan jahat di akhirat kelak, namun leka tidak menyediakan bekalan baginya. Mengenai sikap golongan ini Allah berfirman (al-Baqarah: 95), yang bermaksud: Dan sekali-kali mereka tidak akan mengingini kematian itu selama- lamanya, kerana kesalahan-kesalahan yang telah diperbuat oleh tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang yang melakukan kezaliman. Keterangan di atas menjelaskan bahawa kematian itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bagi mereka yang beriman dan cukup persediaan menjadikan hidup di dunia ini sebagai tempat semaian akhirat, menganggap bahawa dunia ini hanya tempat laluan untuk negeri yang kekal, iaitu akhirat. Bagi mereka yang kelu dan terpesona dengan keghairahan dunia, yang selama ini menganggap dunia ini terlalu mengasyikkan, mati bererti kemusnahan segala-galanya, pada hal hidup di dunia ini hanya sesuatu yang mempesonakan lagi penuh dengan tipu daya. Apabila diperingatkan dengan seksa ketika berhadapan dengan sakaratul maut, juga soalan- soalan kubur, terbentang dalam pemikiran tentang seksa-seksa yang mengerikan tadi. Mengingati mati bukan bererti memaksa atau menutup segala keindahan hidup di dunia. Rasulullah SAW menyuruh agar setiap orang insaf dengan mengingati mati, kerana mengingati mati itu satu jalan yang paling memberi kesan bagi memperoleh keinsafan diri. Baginda menyuruh agar orang yang beriman itu menziarahi kubur, kerana dengan berbuat demikian, ia akan memperingatkan akhirat, iaitu mati. Baginda juga menyuruh agar memandikan mayat, kerana perbuatan mengendalikan jasad yang keras kaku itu merupakan satu peringatan yang mendalam kesannya. Baginda juga menyuruh agar menyembahyangkan jenazah, semoga dengan berbuat demikian akan menyedarkan diri, sesungguhnya orang yang sedih insafkan diri itu sentiasa dalam lindungan Allah, di mana ia akan memperoleh kebaikan. Memang banyak hadis yang membicarakan tentang seksaan sakaratul maut, juga seksaan di kubur. Ada yang menggambarkannya seperti dipancung dengan pedang. Ketika itu lidah menjadi kelu, tidak berupaya meminta tolong. Ada pula hadis yang menjelaskan sakaratul maut itu tidak ubah seperti kambing yang dilayat hidup-hidup oleh tukang sembelih. Selain daripada itu, seksaan juga terjadi ketika melihat malaikat maut, gambaran bakal balasan yang akan diterima juga tempatnya di akhirat kelak. Beriman Rasulullah SAW menjelaskan bahawa apabila seseorang yang beriman itu hampir mati, ia akan didatangi oleh malaikat yang membawa bersamanya sehelai kain sutera, yang ada padanya kasturi, anbar dan harum-haruman. Maka keluarlah rohnya seperti tercabutnya sehelai rambut daripada adunan tepung dan diucapkan: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda dan diredai ke atasmu kepada menemui Allah dan kemuliaan-Nya. Maka apabila rohnya itu keluar, dia diletakkan di atas kasturi, anbar dan raihan, lalu kain itu dilipat dan dibawa bersama dengannya ke Illiyiin. Hadis di atas menjelaskan bahawa roh orang yang beriman dicabut dengan penuh hormat dan kasih sayang dengan perintah Allah, lalu roh tadi keluar dalam keadaan reda dan terlalu ingin bertemu Allah. Apabila hamba itu reda, maka Allah lebih reda untuk menemuinya. Kemudian roh itu dibawa pergi meninggalkan jasad yang terlantar, dibawa bersama ke Illiyiin, satu tempat yang tinggi di syurga. Ketika menziarahi seorang lelaki kaum Ansar yang hampir meninggal dan melihat malaikat maut yang ada di hujung kepala lelaki berkenaan Baginda bersabda: "Ya malaikat maut, berlembutlah kepada sahabatku, sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman." Malaikat menjawab, "Tenangkan dan yakinkan dirimu. Sesungguhnya aku bersikap lemah lembut kepada setiap orang yang beriman." Abu Masud pernah menyatakan bahawa apabila Allah mahu mengambil roh orang yang beriman, Dia mewahyukan kepada malaikat yang Allah mengirim salam kepadanya. Apabila malaikat itu datang kepada orang yang berkenaan, ia memberitahu kepada hamba tadi yang Allah mengirim salam kepadanya. Roh manusia tidak akan berpisah daripada jasadnya, sehinggalah Allah memperlihatkan di mana roh itu akan diletakkan kelak, sama ada di syurga ataupun di neraka. Bagi orang yang beriman, tentunya syurga tempatnya dengan belas ihsan Ilahi seperti yang telah ditetapkan dalam janji-janji-Nya. Keterangan hadis-hadis di atas menjelaskan ketenangan akan diperoleh oleh setiap orang yang beriman ketika sedang berhadapan dengan sakaratul maut. Allah mewahyukan malaikat agar menyampaikan salam kepada hamba berkenaan sebelum nyawa yang dipinjamkan itu diambil kembali. Satu tanda kasih Allah kepada hamba-Nya yang dikasihi. Ketika mengambil nyawa, malaikat mengambilnya dengan penuh hati-hati dan timbang rasa tidak ubah seperti menarik rambut daripada adunan tepung. Rambut halus tidak putus dan tepung tidak bertaburan. Dalam masa yang sama Allah akan perlihatkan syurga sebagai tempatnya yang kekal abadi. Hidup di dunia penuh dengan perjuangan yang perlu dilakukan dengan kekuatan fizikal juga memerah otak. Mereka yang mempunyai kekuatan akan berjaya mengatasi yang lemah. Biarpun berjaya, manusia tidak lepas daripada menghadapi pelbagai masalah yang lahir dari diri sendiri juga orang lain, termasuk keluarga yang disayangi. Selain daripada menerima pelbagai masalah akibat kesilapan diri, masalah sering berlaku akibat faktor luaran yang tidak disangka. Demikianlah nature hidup yang hakikatnya mengikis dan memamah sebahagian daripada usia setiap orang. Bagi orang yang beriman, mati itu merupakan rehat daripada pelbagai perjuangan dunia yang tidak berpenghujung. Kerana itu apabila diperlihatkan syurga, ia terlalu ingin untuk tinggal di dalamnya dan mahu meninggalkan dunia ini secepat mungkin. Walaupun segala-galanya ini tidak akan berlaku, kecuali dengan mati terlebih dahulu. Kerana itu tidak ada jalan lain untuk ke syurga kecuali mati. Mati bererti menemui Tuhan. Orang yang beriman terlalu ghairah untuk menemui Tuhan dan reda dengannya. Dalam keadaan seperti ini, Allah amat reda untuk menemuinya. Dalam sebuah hadis daripada Saidina Abdullah bin Abbas r.a dinyatakan bahawa malaikat maut itu seperti orang muda yang sangat baik rupa parasnya. Pakaiannya juga begitu baik dan sangat harum baunya. Nabi Ibrahim berkata, kalaulah seorang yang beriman itu melihat mukanya ketika hampir mati, penglihatan itu sudah cukup untuk menggembirakan hatinya. Nikmat Memang terdapat hadis-hadis membicarakan tentang azab ketika sakaratul maut. Namun kesakitan itu akan luput tidak terasa dengan keghairahan menemui Allah, setelah melihat nikmat syurga yang diperlihatkan, salam Allah kepada orang yang beriman, ketenangan melihat rupa malaikat dan perilaku malaikat ketika nyawa dicabut daripada jasad. Orang yang beriman adalah kekasih Allah. Orang yang berkasih-kasih tidak akan menyeksa kekasihnya, malah akan berkorban melakukan sesuatu yang terbaik dan memelihara juga melindunginya. Andainya ini boleh berlaku di kalangan manusia, iaitu makhluk yang lemah dan kekurangan, apakah mustahil Allah Yang Maha Agung lagi berkuasa untuk memberi kenikmatan kepada kekasih-Nya ketika sakaratul maut. Allah menjanjikan kebahagiaan dan nikmat bagi mereka yang taat kepada-Nya, tidak melakukan maksiat atau kesalahan. Apabila melakukan kesalahan, dengan segera seseorang itu bertaubat dan tidak mengulanginya. Kerana itu, bagi mereka yang beriman, ada rasa yakin kepada Allah, tidak perlu gundah atau terganggu apabila teringatkan mati. Pengalaman yang saudara alami bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang berlaku adalah bergantung kepada iman dan pemahaman seseorang terhadap Allah, yang diperoleh daripada ilmu tauhid yang dipelajari. Semuanya berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran, hadis-hadis dan sebagainya yang dalam banyak hal dapat difikiri logiknya oleh akal. Itulah yang dinamakan iman, yang menentukan sama ada seseorang itu akhirnya ke neraka atau syurga Allah SWT.
Qada Zakat pada Ramadan
Menjelang bulan Rejab dan Syaaban setiap tahun, maka umat Islam mula sibuk berpuasa. Sungguh pun dalil berpuasa tiga bulan berturutan dari Rejab, Syaaban dan Ramadan menjadi pertikaian; namun masih ramai yang menjadikannya amalan.
Dalam pada ramai yang mahu membiasakan diri dengan puasa sunat, tidak kurang juga yang mahu menggantikan puasa Ramadan pada dua bulan tersebut. Mereka bimbang, apabila memasuki ambang Ramadan yang baru sedangkan puasa belum berganti, maka mereka akan dikenakan fidyah.
Sungguhpun ramai yang sibuk memikirkan puasa ganti atau qada puasa; namun berapa keratkah manusia yang memikirkan qada zakat? Qada zakat hakikatnya adalah wajib.
Jika mengqada puasa dan solat itu dititikberatkan, maka demikianlah juga zakat. Andai kita sering menjaga masa agar tidak terbabas menggantikan puasa, maka sepatutnya perkara yang sama juga berlaku kepada zakat.
Memahami Qada Amalan Fardu
Qada bermaksud setiap amalan yang fardu seperti puasa, solat dan zakat yang ditinggalkan adalah wajib diqada. Ia ditinggalkan sama ada disebabkan kelupaan, kesengajaan atau disebabkan seseorang itu murtad yang kemudian dia kembali semula kepada Islam.
Fuqaha pula menyatakan, qada ialah sesuatu ibadah yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya. Oleh itu, ibadah itu dilakukan semula untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya. Kita boleh mengkiaskan hukum qada ini kepada sebuah hadis Nabi SAW, sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi Muhammad SAW menyatakan: Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: "Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (riwayat Muslim)
Di Selangor sendiri, qada zakat telah diwartakan sebagai wajib oleh Majlis Fatwa Negeri.
Ramadan Bulan Mengqada Zakat. Mungkin ada yang baru tersedar bahawa selama mereka hidup di atas muka bumi ini, baru dua tahun yang lalu mereka menunaikan zakat pendapatan.
Mungkin juga yang teringat, baru tiga tahun lalu zakat simpanan mula dilunaskan. Ataupun baru teringat, wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang diperolehi lima tahun dahulu, masih belum dizakatkan. Kaum ibu yang menyimpan emas pula, langsung tidak pernah tergerak hatinya untuk menzakatkan emas mereka.
Maka, pada kesempatan waktu Ramadan yang berkat inilah kita wajar melunaskan semua qada zakat itu. Ini memandangkan, amalan yang dilaksanakan pada bulan Ramadan akan diberikan ganjaran pahala yang berganda.
Sebuah hadis yang panjang sebagaimana dinukilkan di dalam kitab Mutiara Hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri telah memetik sebuah hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah seperti berikut:
Daripada Salman r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan (sunat), maka samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu (Ramadan) maka samalah seperti ia menunaikan 70 perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain". (Catatan: Hadis ini dianggap daif oleh ulama hadis, namun masih mampu dijadikan motivasi dalam beribadat).
Bayangkanlah, qada zakat itu wajib. Apabila kita menunaikannya pada bulan Ramadan, maka kita diberikan Allah SWT pahalanya dengan gandaan 70 puluh. Jika mengqada RM1,000 maka pahalanya ialah RM70,000. Di samping itu, bulan Ramadan juga adalah bulan keampunan. Di dalam hadis di atas juga, nabi ada menyatakan bahawa permulaan Ramadan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada neraka.
Maka, sewajarnya mereka yang terlalai dalam ibadah zakat memohon ampun kepada Allah SWT pada bulan Ramadan. Mudah-mudahan, taubat itu diterima Allah SWT, sesuai dengan apa yang nabi sabdakan.
Akhirnya, antara perkara yang paling dihajati oleh manusia di dunia ini ialah keberkatan. Dengan keberkatan, hidup menjadi aman dan tenteram. Sentiasa berkecukupan dan tidak dilanda kesempitan.
Maka, Ramadan inilah masanya. Dengan melunaskan qada zakat, kita melaksanakan kewajipan yang akhirnya membantu fakir dan miskin. Inilah sedekah paling utama, sebagaimana pesan nabi: "Ia (Ramadan) juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki (kepada) orang-orang yang beriman".
Hikmah Qada Zakat
Ramadan yang berbaki ini hendaklah direbut sebaik mungkin. Ia tidak cukup sekadar membayar zakat fitrah, tapi mesti ditambah dengan bersedekah dan juga mengqada kewajipan yang lalu.
Sesungguhnya, kita perlu menginsafi bahawa dengan menunaikan qada zakat, maka kita dapat mengasingkan harta kita yang masih bercampur-baur dengan harta yang hakikatnya menjadi milik asnaf yang lapan.
Akhirnya, sebelum terlewat kita tidak akan mewariskan harta yang bergelumang dengan keraguan seandainya kita dijemput kematian.
Apatah lagi, jika waris yang ditinggalkan juga gagal menzakatkan harta itu, maka jadilah ia satu kewajipan yang terhutang selama-lamanya. Bahkan waris keturunan kita akan memakan harta yang haram atau syubhat, iaitu apabila mereka gagal mengenal pasti harta yang belum dizakatkan dan akhirnya mereka membahagikannya pula sebagai pusaka.

17 Ramadhan: Peristiwa Nuzul Quran & Perang Badar...
Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.
Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.
Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"
Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.
Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.
Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.
Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.
Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.
Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.
Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.
Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.
Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.
Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.
Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.
Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".
Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.
Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.
Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.
Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.
Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.
Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.
Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.

Tuesday, September 23, 2008
The Opening
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
Most Gracious, Most Merciful;
Master of the Day of Judgment.
Thee do we worship, and Thine aid we seek.
Show us the straight way,
The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.

Friday, September 19, 2008
Lailatul Qadar...
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran Lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)
ANTARA tuah menjadi umat Nabi Muhammad SAW kerana adanya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ia (malam Lailatul Qadar) adalah satu malam daripada malam-malam pada setiap Ramadan.
Setiap orang berazam mahu berjumpa dengan malam berkenaan. Ada yang melihat dan mempercayai Lailatul Qadar itu berbentuk satu lembaga yang akan datang berjumpa individu tertentu dan boleh diminta apa sahaja yang dihajati.
Lailatul Qadar yang mana dalam bentuk berkat dan kebergandaan pahalanya adalah khusus untuk kalangan yang beriman dan bertakwa sahaja. Yang paling berpeluang mendapat keberkatan, faedah, untung, laba, keistimewaan dan tuah dari Lailatul Qadar ialah mereka yang sentiasa berusaha tanpa rasa jemu dan rasa putus asa meningkatkan kualiti iman dan taqwa, terutama yang melakukan kerja amal ibadah dan menjauhi segala kemungkaran semata-mata kerana Allah dan bukannya yang selain dari itu, termasuk bukan kerana mahu berjumpa dengan Lailtul Qadar.
Kebaikan
Hakikatnya mahu tidak mahu
kita yang masih hidup berpeluang bertemu dengan malam Lailatul-Qadar kerana ia adalah satu malam daripada malam-malam sepanjang Ramadan pada setiap tibanya Ramadan.
Macam mana pun perolehan kebaikan atau sama ada akan dipenuhi atau tidak hajat kita pada malam tersebut bergantung kepada jumlah amal ibadat, termasuk taubat nasuha dan doa yang dilakukan.Dengan sekadar membaca Bismillah atau menyebut Allah pun pada malam berkenaan, nilainya akan lebih tinggi dari yang yang dibaca atau disebut pada malam dan hari-hari biasa. Bacaan dan sebutan pada Lailatul Qadar sama dengan bacaan atau sebutan 1,000 bulan.
Bagi yang hidup sentiasa dalam berzikir, bertasbih, bersedekah, sembahyang malam dan melakukan pelbagai amal kebajikan, pahala yang akan diganjarkan kepadanya akan sama dengan yang dilakukan dalam tempoh 1,000 bulan yang bersamaan dengan 76 tahun 10 bulan. Maknanya kalau seseorang itu sejak mula akil baligh lagi sudah gigih, ketagih dan kemaruk beramal ibadat dan ia pula sempat hidup selama 63 tahun, maka setelah dikira dari umur balighnya pada usia 15 tahun, maka peluang untuknya mendapat pahala berganda pada malam Lailaul-Qadar ialah sebanyak 48 kali.
Jumlah kebaikan yang diperolehnya pula adalah bersamaan 1,000 bulan didarab dengan 48 kali, bermakna untuk ganjaran pahala dari malam Laillaul Qadar sahaja berjumlah 48,000 bulan, bersamaan dengan amalan yang dilakukan oleh 48 keturunannya.
Amat malanglah bagi yang beribadat secara sambil lewa, juga bagi yang hanya gigih, ketagih dan kemaruk bermusim dalam beribadat, termasuk hanya tunjuk kesungguhan pada bulan puasa dan pada malam-malam yang dijangka Lailatul Qadar.
Beribadat perlukan komitmen dan kena sentiasa berusaha tanpa rasa jemu, kecewa dan putus asa untuk meningkatkan kualiti dan tahap keimanan dan ketakwaan. Tamak bagi mengumpul kekayaan keduniaan tidak digalakkan dalam Islam TETAPI tamak untuk tingkatkan kualiti iman dan taqwa adalah digalakkan.
Sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat ....maka hendaklah dengan berpandukan petunjuk AL-Quran.....Man arada dunia fa alaihi bil Quran man ara da akhirah fa alaihi bi Quran Man ara da Ma an fa alai hi bil Quran ....
Wallahhu aklamu bissowafff...

Wednesday, September 17, 2008
Kebijaksanaan Luqman Al-Hakim mendidik anak
Al-Quran mencatatkan kisah manusia bijaksana, Luqman Al-Hakim untuk dijadikan contoh, iktibar dan panduan hidup bagi seluruh manusia dalam mendidik dan membina sahsiah anak-anak.
Kebijaksanaan Luqman
Kebijaksanaan Luqman yang dicatat dalam al-Quran dan digambarkan kisah-kisahnya oleh para tabien sepanjang hidupnya terlalu banyak untuk diaplikasikan dalam kehidupan ibu bapa, keluarga dan pemimpin masa kini.
Antara lain pesanan Luqman kepada anaknya ialah firman Allah SWT dalam mafhum-Nya: “...Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (maksudnya, ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya] lagi Maha Mengetahui.
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (maksudnya, ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat) dan lunakkanlah suara- mu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman: 16-19).
Kata-kata hikmah Luqman yang dicatat oleh para tabien dalam mendidik anak-anak pula antara lain:
Janganlah engkau mengajar anak dan keluarga engkau dengan harta engkau, sebab jika ia sedikit engkau mengkhianati mereka, dan jika ia banyak tidak pula akan memberi kepuasan kepada mereka.
Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya sesungguhnya telah sempurnalah iman iaitu seorang yang kasih kepada seorang yang lain tetapi kasihnya tidak melampau batas kebatilan dan apabila dia marah, marahnya tidak keluar daripada batas kebenaran, dan apabila dia berkuasa, tidaklah dia melampau batas.

Puasa: Apa yang perlu di ketahui
Al-Quran sebagai kalamullah telah mengabadikan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah dan penutup sekelian nabi. Sebagai nabi terakhir, baginda merupakan uswatun hasanah (contoh teladan) yang baik kepada umatnya.
Dalam ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda : Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah - sesungguhnya aku ini sedang berpuasa. (riwayat Bukhari)
Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.
Sama-sama kita renungi beberapa tatacara dan adab puasa yang telah diamalkan oleh baginda sebagai teladan dan iktibar untuk diikuti oleh semua umatnya.
Beberapa langkah yang diambil oleh baginda dalam menyempurnakan ibadat puasa antaranya:
Memantapkan niat - Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya". (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Melaksanakan makan sahur - Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu ialah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
Mempercepat berbuka - Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT "hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya". (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).
Memperbanyak membaca al-Quran - Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim).
Sesiapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya 10 kali ganda. Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarrus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.
Memperbanyak sedekah - Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.
Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk. Segala tingkahlaku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.
Terdapat beberapa kes yang berlaku pada zaman Rasulullah berkaitan ibadat puasa ini sebagai iktibar kita bersama. Antaranya ialah:
"Orang yang berpuasa tetapi berjunub pada awal pagi - Aisyah dan Ummu Salamah berkata sesungguhnya Nabi SAW pernah bertemu dengan waktu fajar dalam keadaan baginda berjunub. Baginda kemudian mandi dan berpuasa" Dari Aisyah r.a. berkata, "Aku menyaksikan Rasulullah SAW bangun pagi-pagi untuk mandi kerana berjunub, bukan kerana mimpi, kemudian baginda berpuasa pada hari itu".
Mencium isteri - Orang yang berpuasa boleh mencium isteri. Aisyah r.a. berkata, Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mencium sebahagian isteri-isterinya, padahal baginda berpuasa. Orang yang berpuasa boleh menyentuh dan mencium isterinya selagi dia dapat mengawal nafsunya. Jika dirasakan ia boleh membawa kepada berlakunya persetubuhan atau terkeluarnya air mani, maka eloklah ia ditinggalkan.
Makan dan minum kerana lupa - Abu Hurairah r.a. berkata Nabi telah bersabda yang bermaksud: Apabila ia (orang berpuasa) lupa lalu makan dan minum tanpa disengajakan, hendaklah ia terus menyempurnakan puasanya kerana Allahlah yang telah memberi makan dan minum kepadanya. (riwayat Bukhari)
Orang yang meninggal dan berhutang puasa - Aisyah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang meninggal dan punya hutang puasa hendaklah walinya berpuasa untuknya. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Orang musafir - Orang yang bermusafir dibenarkan untuk berbuka puasa jika ia tidak mampu untuk meneruskannya. Aisyah meriwayatkan bahawa Abu Hamzah al-Aslami berkata kepada Nabi, "bolehkah aku berpuasa di dalam musafir?" Lalu jawab baginda, "Jika kamu ingin berpuasa, berpuasalah. Jika engkau ingin berbuka, berbukalah!".
Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu banyak menanti.
Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil, "Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka".

Tuesday, September 9, 2008
Puasa: Apa yang perlu diketahui tentangnya...
Rasulullah SAW bersabda : "Puasa adalah perisai (tabir penghalang dari perbuatan dosa). Maka apabila seseorang dari kamu sedang berpuasa, janganlah ia mengucapkan sesuatu yang keji dan janganlah ia berbuat jahil." (Hadits Riwayat Bukhari - Muslim)
"Lima hal yang dapat membatalkan puasa: berkata dusta, ghibah (menggunjing), memfitnah, sumpah dusta dan memandang dengan syahwat." (Hadits Riwayat Al-Azdiy)
"Barangsiapa yang tidak dapat meninggalkan perkataan kotor dan dusta selama berpuasa, maka Allah S.W.T tidak berhajat kepada puasanya." (Hadits Riwayat Bukhari)
"Berapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak didapatkan dari puasanya itu kecuali haus dan lapar." (Hadits Riwayat Turmudzi)
Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya puasa itu adalah amanah, maka hendaknya masing-masing kamu menjaga amanahnya." (Hadits Riwayat Al-Kharaithy)
Imam Al-Ghazali berkata : "Berapa banyak orang yang berpuasa, namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu, selain lapar dan haus. Sebab puasa itu bukanlah semata-mata menahan lapar dan haus, akan tetapi adalah menahan hawa nafsu. Boleh jadi orang tersebut berdusta, menggunjing dan memandang dengan syahwat, sehingga yang demikian itu membatalkan hakikat puasa." (Ihya' Ulumiddin)
Para Ulama berkata: "Betapa banyak orang yang berpuasa padahal ia berbuka (tidak berpuasa) dan betapa banyak orang yang berbuka padahal ia berpuasa." Yang dimaksud dengan orang yang berbuka tetapi berpuasa ialah menjaga anggota tubuhnya dari perbuatan dosa sementara ia tetap makan dan minum. Sedangkan yang dimaksud dengan berpuasa tapi berbuka ialah yang melaparkan perutnya sementara ia melepaskan kendali bagi anggota tubuh yang lain." (Ihya' Ulumiddin)

Sahur...
BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."
Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud: “Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”
Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Makan sahurlah pada akhir malam.”
Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat.
Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:
Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah;
Untuk membezakan antara puasa yang dijalankan dengan puasa ahlil kitab.
Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang bersumber daripada Amru Ibnu bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahlil kitab ialah pada makan sahurnya."; dan
Untuk membantu puasa itu sendiri seperti dijelaskan hadis yang bersumber daripada Ibnu Abbas dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.”
Dianjurkan bersahur bukan bererti makan sebanyak-banyaknya. Apa yang penting untuk mendapatkan fadilat serta sunnahnya, walaupun dengan makan sedikit.
Dalam hadis Jabir ditegaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang akan puasa hendaklah dia makan sahur, sekali pun hanya sedikit.”
Ulama turut membahaskan bilakah waktu yang paling afdal untuk bersahur.
Daripada hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa adalah lebih afdal melewat-lewatkan sahur hingga betul-betul hampir masuk waktu fajar.
Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut “adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.”
Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”
Sebenarnya waktu bersahur itu adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu Subuh hampir masuk.
Satu daripada amalan umat Islam di Malaysia ialah berhenti makan lebih kurang 10 minit sebelum azan Subuh yang disebut sebagai Imsak.
Kebanyakan daripada kita cukup berhati-hati supaya tidak melewati waktu Imsak untuk memastikan tiada sisa makanan dalam mulut.
Berkaitan dengan waktu Imsak, sebenarnya ada satu hadis yang menunjukkan adanya amalan itu.
Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”
Hadis itu menjelaskan bahawa Nabi Muhammad berhenti makan sahur dalam kadar masa anggaran jika dibaca ayat-ayat al-Quran itu untuk 50 ayat.

Monday, September 8, 2008
DOA SEMINAR HARI KELUARGA “HATIKU HANYA MILIKMU” 9 SEPT 2008
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan segala kebaikan dan kerahmatan keatas kehidupan umat Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk memberi rahmat sekalian alam.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Setinggi-tinggi kesyukuran kami kehadratMu, kerana dengan nikmat dan rahmatMu dapat kami berkumpul pada pagi ini, SEMPENA SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA ” HATIKU HANYA MILIKMU” yang di anjurkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN PUTRAJAYA dalam suasana ceria dan penuh kemesraan. Kami pohon doa restuMu Ya Allah ke atas majlis ini.
Ya Allah.....Sesungguhnya kami memohon kepadaMu segala kebaikan diwaktu ini, dan diwaktu yang akan datang, samada kami mengetahui ataupun tidak mengetahuinya. Engkau satukanlah kami dibawah payung persaudaraan muhibbah dan perpaduan. Lapangkanlah dada kami dalam muafakat untuk kebaikan.
Ya Allah....Sesungguhnya KELUARGA YANG CEMERLANG HANYALAH DAPAT DILAHIRKAN DENGAN BERPANDUKAN AJARAN AGAMAMU YANG MAHA SYUMUL. kelahiran dan perutusan junjungan besar nabiMu, adalah merupakan SATU CONTOH KELUARGA YANG UNGGUL yang akan kami hayati DAN IKUTI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.. Perjalanan hayat dan KELUARGA BAGINDA , adalah Qudwah bagi setiap mukmin, dalam MENYATUKAN YANG BERTELINGKAH.
Allah humma Ya Hafiz....
Peliharakanlah KELUARGA KAMI , negara kami dan seluruh negara Islam dari perpecahan dan pertelingkahan, huru-hara dan bala bencana serta ancaman musuh dari luar mahupun dalam. Dorongkanlah kami kearah kejayaan dalam memajukan negara,
Wahai Tuhan kami yang sentiasa menpunyai sifat belas ihsan
Anugerahkanlah kami kekuatan Ilmu, Ilham dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan, meniti perubahan zaman, bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar aman makmur, dengan kedaulatan tanah air teguh terpelihara.
Ya Allah Ya Zal Jala li Wal Ikram
Engkau tanamkanlah sifat amanah, bertanggungjawab, ketenangan hati dan ketinggian iman. Hiasilah kami dengan sifat mahmudah, perbetulkanlah iktikod dalam amalan, tekun mengerjakan suruhan, taat menjauhi larangan, redha menerima dugaan, ikhlas menyempurnakan amalan dan berkasih sayang sesama insan.

Friday, September 5, 2008
Puasa: Apa yang perlu diketahui tentangnya...
1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab ra. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang
matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Manusia ( ummat Islam ) masih dalam keadaan baik selama menyegerakan berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
3. Diriwayatakan dari Anas ra. ia berkata : Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah ) sebelum shalat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. ( H.R : Abu Daud dan Al-Hakiem )
4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi )
5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits Hasan )
6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu ( yang sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R :
Al-Bukhary )
8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i )
9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata :Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi )
11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu mendengar azan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia
menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur )daripadanya. (H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem )
12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir )
13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim.(HR Al-Bukhary )
14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )
15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya ). ( H.R : Al-Bukhary dan
Muslim )
16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir ( di bulan Ramadhan ) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R : Muslim )
17. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila bangun solat malam, beliau membuka dengan solat dua raka'at yang ringan,kemudian solat lapan raka'at, kemudian solat witir. ( H.R : Muslim )
18. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam ? Maka Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka'at dua raka'at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka'at. ( H.R : Jama'ah)
19. Dari Ubay bin Ka'ab ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca : Sabihisma Rabbikal A'la ) dan ( Qul ya ayyuhal kafirun)dan (Qulhu wallahu ahad ).
-H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i dan Ibnu Majah
20. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : ( Ertinya )
Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri
kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang
telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )
21. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda :Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. -H.R : Jama'ah
22. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim )
23. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahawa lailatul qadar pada malam 27, maka Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, ( dinampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul qadar ) pada malam-malam ganjil. ( H.R : Muslim )
24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ? Beliau bersabda : Bacalah ( Ertinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad )
25. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkanoleh Allah Azza wa Jalla. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri'tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat
i'tikafnya.......... ( H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi )
27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll...) ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
28. Allah ta'ala berfirman: Janganlah kalian mencampuri mereka( istri-istri kalian ) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati...( Al-Baqarah : 187 )
29. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku
dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan
berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan : " sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
30. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan
kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat ( untuk menerima ) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama'ah Kecuali Muslim ) Maksudnya
Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.
31. Bahawa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji
bersama kami ? Ia menjawab : Keledai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. ( H.R :Muslim)
34. Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan ) setingkat dengan haji. ( H.R : Muslim)
Wallah hu aklamu bissowaf...

DALIL: TIDAK PERLU PUASA JIKA .........
1.Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: "(Masa yang diwajibkan kamu puasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) antara yang haq dengan yang bathil. Karenanya, siapa saja dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia puasa di bulan itu; dan siapa saja yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia puasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah karena mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." ( Al-Baqarah:185.)
2. "Diriwayatkan dari Mu'adz , ia berkata : Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan atas nabi untuk puasa, maka DIA turunkan ayat ( dalam suratAL-Baqarah : 183-184), maka pada saat itu barangsiapa mau puasa dan barangsiapa mau memberi makan seorang miskin, keduanya diterima. Kemudian Allah menurunkan ayat lain ( AL-Baqarah : 185), maka ditetapkanlah kewajiban puasa bagi setiap orang yang mukim dan sehat dan diberi rukhsah ( keringanan) untuk orang yang sakit dan bermusafir dan ditetapkan cukup memberi makan orang misikin bagi oran yang sudah sangat tua dan tidak mampu puasa. " ( HR. Ahmad, Abu Dawud, AL-Baihaqi dengan sanad shahih).
3. "Diriwayatkan dari Hamzah Al-Islamy : Wahai Rasulullah, aku dapati bahwa diriku kuat untuk puasa dalam safar, berdosakah saya ? Maka beliau bersabda :hal itu adalah merupakan kemurahan dari Allah Ta'ala, maka barangsiapa yang menggunakannya maka itu suatu kebaikan dan barangsiapa yang lebih suka untuk terus puasa maka tidak ada dosa baginya " ( H.R.Muslim)
4. "Diriwayatkan dari Sa'id Al-Khudry ra. ia berkata : Kami bepergian bersama Rasulullah saw. ke Makkah, sedang kami dalam keadaan puasa. Selanjutnya ia berkata : Kami berhenti di suatu tempat. Maka Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kamu sekalian sudah berada ditempat yang dekat dengan musuh kalian, dan berbuka lebih memberi kekuatan kepada kamu. Ini merupakan rukhsah, maka diantara kami ada yang masih puasa dan ada juga yang berbuka. Kemudian kami berhenti di tempat lain. Maka beliau juga bersabda: Sesungguhnya besok kamu akan bertemu musuh, berbuka lebih memberi kekuatan kepada kamu sekalian,maka berbukalah. Maka ini merupakan kemestian, kamipun semuanya berbuka. Selanjutnya bila kami bepergian beserta Rasulullah saw. kami puasa ." ( H.R Ahmad, Muslim dan Abu Dawud).
5. "Diriwayatkan dari Sa'id Al-Khudry ra. ia berkata : Pada suatu hari kami pergi berperang beserta Rasulullah saw. di bulan Ramadhan. Diantara kami ada yang puasa dan diantara kami ada yang berbuka . Yang puasa tidak mencela yang berbuka ,dan yang berbuka tidak mencela yang puasa. Mereka berpendapat bahwa siapa yang mendapati dirinya ada kekuatan lalu puasa, hal itu adalah baik dan barangsiapa yang mendapati dirinya lemah lalu berbuka,maka hal ini juga baik"
(HR. Ahmad dan Muslim)
6. "Dari Jabir bin Abdullah : Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pergi menuju ke Makkah pada waktu fathu Makkah, beliau puasa sampai ke Kurraa’il Ghamiim dan semua manusia yang menyertai beliau juga puasa. Lalu dilaporkan kepada beliau bahwa manusia yang menyertai beliau merasa berat , tetapi mereka tetap puasa karena mereka melihat apa yang tuan amalkan (puasa). Maka beliau meminta segelas air lalu diminumnya. Sedang manusia melihat beliau, lalu sebagian berbuka dan sebagian lainnya tetap puasa. Kemudian sampai ke telinga beliau bahwa masih ada yang nekad untuk puasa. Maka beliaupun bersabda : mereka itu adalah durhaka." (HR.Tirmidzy).
7. "Ucapan Ibnu Abbas : wanita yang hamil dan wanita yang menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup membayar fidyah memberi makan orang miskin " ( Riwayat Abu Dawud ). Shahih
8. "Diriwayatkan dari Nafi' dari Ibnu Umar: Bahwa sesungguhnya istrinya bertanya kepadanya ( tentang puasa Ramadhan ), sedang ia dalam keadaan hamil. Maka ia menjawab : Berbukalah dan berilah makan sehari seorang miskin dan tidak usah mengqadha puasa ." (Riwayat Baihaqi) Shahih.
9. "Diriwayatkan dari Sa'id bin Abi 'Urwah dari Ibnu Abbas beliau berkata : Apabila seorang wanita hamil khawatir akan kesehatan dirinya dan wanita yang menyusui khawatir akan kesehatan anaknya jika puasa Ramadhan. Beliau berkata : Keduanya boleh berbuka (tidak puasa ) dan harus memberi makan sehari seorang miskin dan tidak perlu mengqadha puasa" (HR.Ath-Thabari dengan sanad shahih di atas syaratMuslim , kitab AL-irwa jilid IV hal 19).
Kesimpulan yang dapat diambil dari keterangan di atas adalah : Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha di bulan lain, mereka itu ialah :
1. Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
2. Orang yang bepergian ( Musafir ). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.
Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena:
1. Umurnya sangat tua dan lemah. - WAJIB FIDYAH
2. Wanita yang menyusui dan khawatir akan kesehatan anaknya. -WAJIB QADA
3. Karena mengandung dan khawatir akan kesehatan dirinya. -WAJIB QADA
4. Sakit yang tidak ada harapan sembuh. -WAJIB FIDYAH
5. Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan. ( rujuk dalil pada no 2,7,8 dan 9). --WAJIB QADA
WAJIB QADA DAN WAJIB FIDYAH IALAH BAGI MEREKA YANG TIDAK DAPAT MENGANTIKAN PUASA PADA TAHUN YANG SAMA.....
WALLAH HU AKLAMU BISSOWAF....

Keutamaat beramal di Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
2. "Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah
melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan."
(Riwayat Ahmad dan Nasai )
3. " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Shalat Lima waktu, Shalat Jum'at sampai Shalat Jum'at berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim)
4. "Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafa’at seseorang hamba di hari
Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk
memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku
hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).
5. "Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan".
Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu,
maka ditutuplah pintu itu." (HR. Bukhary Muslim).
6. Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary
Muslim).
Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :
1. Bulan Ramadhan adalah:
Bulan yang penuh Barakah.
Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).
2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).

Thursday, September 4, 2008
Mohon Derma Pembinaan Surau Al-Jabbar Taman Emas
Kepada kawan-kawan dan hamba allah yang dimuliakan Allah...semoga sihat di samping keluarga. Di sini saya nak bagi tahu sedikit kat Taman saya tinggal ni tak de Surau lagi jadi kami semua dalam proses untuk membina surau.
Kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor sudah ada cuma dana jer tak cukup lagi....plan dah siap....kos yang di anggarkan lebih kurang RM150Ribu.
Jumlah yang kami kumpul sekarang hanya RM13 Ribu. Ini semua hasil sumbangan dari kawan2 dan penduduk setempat. Jadi nak pohon la kepada kawan2 yang sudi menderma dan menjadikan saham akhirat untuk diri, keluarga dan orang tersayang boleh la derma2 kat Tabung Surau kami...

Nama Surau : Surau Al-Jabbar
No Akaun Bank Islam : 16018010012688
(Atas nama Akaun Surau Al-Jabbar)
RENUNGAN BERSAMA
Daripada Aisyah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w " Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut dan aku mengagak sekiranya ia boleh bercakap tentu dia akan bersedekah, adakah ibuku akan mendapat pahala jikalau aku bersedekah untuknya?" Lalu baginda menjawab " Ya" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Tersurat dan Tersirat: Makiyyah & Madaniyyah
Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah.
Perbezaan antara keduanya:-
1. Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang.
2. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat.
Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf. Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu huruf.
Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya ayyuhanass (Wahai manusia), manakala dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah bermula dengan kalimah ya ayyuhan nas ( Wahai sekalian manusia).
Kandungan ayat Makkiyyah dan Ayat Madaniyyah
Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.
Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya.

Al-Quran: Penurunan dan Hikmahnya...
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur adalah:
1. Lebih mudah difahami dan dilaksanakan penyebaran dan penghafalannya. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu dibuat dalam keadaan banyak sekali gus selain dari ia akan membebankan.
2. Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus.
3. Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih meresap ke dalam sanubari.
4. Untuk memudahkan penghafalan.
5. Di antara ayat-ayat itu ada yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan sesuatu pendapat atau perbuatan.

Kemuliaan Bulan Ramadan
* Kemuliaan serta kelebihan Ramadan sabit dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa.
Firman Allah: Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan). (al-Baqarah: 183)
* Ramadan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza. (al-Baqarah: 185)
* Malam al-Qadar juga wujud pada bulan ini sahaja. Firman Allah: SURAH AL-QADR
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 4.Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
Dalam bulan ini juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Ini kerana pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.
* Ketika Ramadan juga, pintu syurga dibuka. Sabda Rasulullah SAW: Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga. (riwayat Bukhari)
* Bahkan pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari)

Wednesday, September 3, 2008
Cabaran Isteri yang bekerja
Di zaman serba canggih sekarang ini, ramai isteri terpaksa bekerja atas pelbagai sebab. Ada yang bekerja disebabkan untuk menanggung mak ataupun adik beradik yang masih kecil. Ada pula kerana ditinggalkan suami yang tercinta (meninggal dunia), bercerai, suami sakit dan sebagainya.
Meskipun demikian, jika kedua-dua suami isteri bekerja dan dapat menunaikan tugas masing-masing dengan baik, dan mematuhi perintah Allah dan RasulNya, dapat mencipta rumah tangga bahagia, dalam keadaan tenang dan tenteram, dan dalam hati kedua-duanya terpatri rasa cinta dan kasih sayang, saling hormat menghormati, sehingga melahirkan zuriat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara, maka pekerjaan mereka telah mendapat barokah dan diredhai oleh Allah s.w.t, apa yang mereka kerjakan itu jika diniatkan kerana Allah menjadilah pekerjaan itu sebahagian daripada IBADAH.
Kehidupan mesra yang penuh dengan kasih sayang boleh dicapai jika suami-isteri saling berkerjasama, saling tolong menolong, dengan perasaan kasih sayang. Sediakan masa yang secukupnya untuk keluarga dengan pergi berkelah misalnya. Sentiasa berbincang dan mengatasi segala kesulitan yang timbul secara bersama. Jika hal ini boleh kita ujudkan insya Allah rumah tangga bahagia dapat dipertahankan..
Berkerja di kira sebagai ibadah
ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan katakanlah (wahai Muhamad) ! Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat akan apa yang kamu kerjakan”. (al-Quran: Attaubah 105)
Oleh itu semua kita wajib bekerja, temasuk suami / isteri, untuk mencapai kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Hak dan kewajiban Suami adalah untuk melindungi isteri dan anak-anaknya, menyediakan segala keperluan hidup mereka seperti rumah tempat tinggal, memberikan nafkah perbelanjaaan, mendidik dan membimbing anak isteri ke jalan yang diredhai Allah. Hak dan kewajiban isteri pula, termasuklah mentaati suami, mengurus rumahtangga, mendidik anak ke jalan yang diredhai Allah, melayan suami, dan sebagainya.
Semua kerja yang dilakukan jika sekiranya diniatkan kerana mematuhi dan mengharapkan keredhaan Allah, maka jadilah ia amal soleh. Semua amal perbuatan yang kita lakukan kerana mematuhi perintah Allah adalah IBADAH.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan ". (al-Quran: Annahl 97)

Suami dan Isteri...
Para suami sentiasa bergaul dengan isterinya dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan, demikian sebaliknya demi untuk mencipta rumah tangga bahagia, sebagai contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan anandanya Fatimah Azzahra. Kewajiban suami bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik, sopan santun dan menghargai dan menghormati isterinya Allah berfirman yang bermaksud:
“... dan gaulilah mereka (isteri) dengan baik dan sopan, penuh pengertian dan bila ada sesuatu yang tidak kamu sukai padanya (hendaklah kamu sabar) boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, sedangkan Allah menjadikan kebaikan yang banyak didalamnya.
(al-Quran surah Annisak: 19)
Amat menyedihkan pergaulan yang mesra dan penuh cinta dan kasih sayang hanya ketika belum menjadi sumi isteri. Ketika itu banyaklah kata-kata yang indah dan puja puji kita nyatakan. Akan tetapi setelah menjadi suami isteri perasaan cinta dan kasih sayang itu semakin lama semakin pudar, masing-masing mulai melihat segala kekurangan pasangannya, yang berakhir dengan keinginan berpisah.
Amat malang jika perceraian itu dibuat secara terburu-buru, malah ada yang sampai hati hanya dengan menggunakan SMS. Meskipun perceraian itu dibenarkan, akan tetapi itu adalah jalan yang terakhir sekali perceraian itu meskipun halal tapi amat dibenci oleh Allah dan RasulNya, kerana akibatnya amatlah besar, terutama sekali terhadap anak-anak yang menjadi korban perceraian.
Jadi Islam membenarkan suami isteri bekerja asalkan pekerjaan itu sesuai untuk kedua, suami isteri dan dalam keredhaan Allah s.w.t. Untuk itu perlulah kita menguatkan Iman kita dengan mengikut perintah Allah dan RasulNya, dan kedua-dua suami isteri perlu. menjaga kerukunan dan ketenangan , dan dapat melahirkan zuriat yang baik untuk kebahagiaan hidup sekeluarga didunia hingga ke akhirat, dan lahirlah keturunan yang berguna, untuk agama, bangsa dan negara dan berguna pula untuk Ummat seluruhnya.

Tuesday, September 2, 2008
Doa yang digalakkan di baca pada bulan Ramadhan
Nabi Muhammad bersabda:"kalaulah ummatku mengetahui pahala yang disediakan Allah pada bulan ramadhan,maka mereka berkeinginan (bercita-cita) agar sepanjang tahun itu bulan Ramadhan."
" Barangsiapa bergembira dengan kedatangan Ramadhan Allah haramkan jasadnya dari api neraka"
"Asas puasa itu adalah sabar, Sabar itu dibalas dengan syurga""Bulan ramadhan adalah bulan bantu membantu, Bulan yang ditambahkan rezeki untuk orang yang beriman"
Rasul Allah bersabda:"Barangsiapa membuat jamuan berbuka puasa, Allah akan ampunkan dosanya dan lepaskannya dari azab api neraka"
"Barang siapa menjamu orang berpuasa dia akan memperolehi "fotostat pahala" orang yang berpuasa...dengan tidak dikurang pahalan sedikit pun...
Wallahu aklamu bissowaf...

Subscribe to:
Posts (Atom)