Assalamualaikum semua....
Di sini saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang...
saya bercuti mulai hari ini sehingga 7 Okt 2008.
Hari Isnin saya bertolok ke Kampung. Doakan agar kami selamat tiba di destinasi.
Untuk akhirnya sama2lah kita Isikan hari2 terakhir pada bulan Ramadhan ini dengan ibadat seperti membaca quran, selawat pada nabi , zikir, bersedekah dan apa sahaja amalan yang baik semoga mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
--------------------------------------------------------------------------------------
Tersurat dan tersirat dalam kedua surah Dukhan dan Al-Qadar mengenai Lailatur qadar....
SURAH AD-DUKHAN
1. Haa, Miim.
2. Demi AL-Qu'an, Kitab yang menerangkan kebenaran.
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
4. (Kami menurunkan AL-Qur'an) pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
SURAH AL-QADR (097)
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
2 comments:
hati2 memandu, ingat yg tersayang.
lama beno cuti...
aku pun nak mohon maaf andai ada salah dan silap. Salamat menyambut Syawal dari kami di UK
Tq seronok ker beraya kat UK...nanti balik bercuti jangan lupa ole2 dari sana... :)
Post a Comment