Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan segala kebaikan dan kerahmatan keatas kehidupan umat Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk memberi rahmat sekalian alam.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Setinggi-tinggi kesyukuran kami kehadratMu, kerana dengan nikmat dan rahmatMu dapat kami berkumpul pada pagi ini, SEMPENA SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA ” HATIKU HANYA MILIKMU” yang di anjurkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN PUTRAJAYA dalam suasana ceria dan penuh kemesraan. Kami pohon doa restuMu Ya Allah ke atas majlis ini.
Ya Allah.....Sesungguhnya kami memohon kepadaMu segala kebaikan diwaktu ini, dan diwaktu yang akan datang, samada kami mengetahui ataupun tidak mengetahuinya. Engkau satukanlah kami dibawah payung persaudaraan muhibbah dan perpaduan. Lapangkanlah dada kami dalam muafakat untuk kebaikan.
Ya Allah....Sesungguhnya KELUARGA YANG CEMERLANG HANYALAH DAPAT DILAHIRKAN DENGAN BERPANDUKAN AJARAN AGAMAMU YANG MAHA SYUMUL. kelahiran dan perutusan junjungan besar nabiMu, adalah merupakan SATU CONTOH KELUARGA YANG UNGGUL yang akan kami hayati DAN IKUTI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.. Perjalanan hayat dan KELUARGA BAGINDA , adalah Qudwah bagi setiap mukmin, dalam MENYATUKAN YANG BERTELINGKAH.
Allah humma Ya Hafiz....
Peliharakanlah KELUARGA KAMI , negara kami dan seluruh negara Islam dari perpecahan dan pertelingkahan, huru-hara dan bala bencana serta ancaman musuh dari luar mahupun dalam. Dorongkanlah kami kearah kejayaan dalam memajukan negara,
Wahai Tuhan kami yang sentiasa menpunyai sifat belas ihsan
Anugerahkanlah kami kekuatan Ilmu, Ilham dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan, meniti perubahan zaman, bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar aman makmur, dengan kedaulatan tanah air teguh terpelihara.
Ya Allah Ya Zal Jala li Wal Ikram
Engkau tanamkanlah sifat amanah, bertanggungjawab, ketenangan hati dan ketinggian iman. Hiasilah kami dengan sifat mahmudah, perbetulkanlah iktikod dalam amalan, tekun mengerjakan suruhan, taat menjauhi larangan, redha menerima dugaan, ikhlas menyempurnakan amalan dan berkasih sayang sesama insan.
No comments:
Post a Comment