Monday, December 15, 2008

Keretakan Rumahtangga

Masalah atau keretakan rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat sebenarnya bukanlah berlaku secara kebetulan.Ia sebenarnya disebabkan banyak faktor yang bertindak sebagai enzyme merosakkan ikatan tersebut antaranya:-

• Berterusan Dengan Sifat Negatif

Kekurangan adalah satu kemestian dalam diri manusia. Walaupun begitu, ia boleh dielakkan dengan bijak dan berhikmah. Sebagai contohnya tabiat melepak hingga ke waktu jauh malam semasa zaman bujang.Sikap ini masih diteruskan dengan teman-teman walaupun sudah berumahtangga.Sepatutnya seseorang itu membuangkan sifat negatif itu dan cuba untuk menanam seberapa banyak benih-benih mahmudah supaya ianya subur menyerikan hidup kita.

• Hidup Yang Tidak Seimbang


Dewasa ini, ramai manusia yang menjalani kehidupannya yang tidak seimbang. Sebagai contoh, seseorang itu lebih gemar untuk mengejar kejayaan kariernya dan mencari kesenangan sehingga lupa untuk memberi penumpuan kepada pasangan dan rumah tangga

• Kurang berdoa

Naluri manusia akan selalu berdoa sekiranya seseorang itu ditimpa kesempitan hidup. Perbanyakkan doa kepada Allah agar Dia dapat melahirkan persefahaman dan kasih sayang .