Tuesday, January 20, 2009

Tuntutan dan Kelebihan Qiyamullail

Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5 yang bermaksud :
“Wahai orang yang memakai pakaian ! Bangunlah berjaga malam (bersolat) selain sedikit waktu saja, seperduanya atau kurangkan lagi daripada itu, dan bacalah Al-Quran dengan terang dan perlahan-lahan. Kami akan memberimu perkataan yang berat”.


Juga firman Allah dalam surah As-Sajadah ayat 16 yang bermaksud :
“Mereka meninggalkan tempat tidur mereka menyeru tuhan mereka dengan penuh kecemasan dan pengharapan ….”.

Manakala di dalam banyak hadits terdapat gesaan dari Rasulullah s.a.w agar umat Islam berqiyamullail, sebagai contohnya apa yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dengan sanad yang sohih bahawa Nabi pernah bersabda bermaksud : “Wahai umat Islam , tebarkanlah salam , dan berilah makan , dan jalinlah silaturrahim sesama kamu dan solatlah ketika orang lain tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan salam ( selamat )”.
( At-Tirmizi : 2487, Ibn Majah : 1334, 3451, Ahmad 5 / 451 , Hakim 3 / 13, 4 / 160, Thobaqat Ibn Sa’ad 1 / 235, Ad- Darimi 1 / 340-341 ).

Hassan Basri r.a pernah berkata : “Aku tidak pernah jumpa suatu ibadat yang lebih utama dari bersolat pada waktu tengah malam”. Beliau kemudiannya ditanya : Mengapa orang-orang yang bangun bertahajjud ( qiyamullail ) lebih baik wajahnya pada hari dibangkitkan di padang mahsyar dari orang lain . Beliau menjawab kerana mereka sentiasa bertemu dengan Allah secara bersendirian menyebabkan Allah memakaikannya dengan nurNya .

( Mukthosar Minhajil Qosidin : hlm 60 )

No comments: