Imam hendaklah meniatkan sebagai supaya dapat pahala jamaah. Sah sembahyang jika tidak berniat imam, tetapi tidak mendapat pahala berjamaah Jangan sekali-kali Imam menunggu bilal, tapi bilallah yang menunggu imam.
Jadi imam dengan ikhlas kerana Allah., makruh ambil upah jadi imam terutama solat fardu.
Imam hendaklah berdiri pada tempatnya dengan sempurna, dan sunat berpaling ke kanan dan kekiri serta mengingatkan makmum dengan berkata;
Sunat Imam menyaringkan suaranya ketika takbiratulihram. Makmum hendaklah perlahankan suaranya sekadar dapat dengar diri sendiri.
Sunat imam memperlahankan bacaan doa iftitah dan ta’awwuz sekadar dapat dengar untuk diri sendiri.
.Sunat menyaringkan suara membaca fatihah dan surah bagi solat jahr.
Sunat menyebut amin dengan suara nyaring bagi sembahyang jahr. Makmun disunat sebut serentak dengan imam.
Sunat melewatkan sebutan amin sekadar senafas selepas akhiri fatihah.
Sunat melewatkan bacaan surah sekadar bacaan fatihah makmum
Sunat melewatkan rukuk selepas bacaan surah sekadar senafas.
Sunat membaca surah yang agak pendek
Sunat menyebut rabbana lakalhamd selepas ucapan samiAllahuliman hamidah
Memendekkan bacaan tasbih dalam rukuk sekadar 3 kali bacaan sahaja.
berdoa dengan sighah jamak
Ketika ucapan dua salam sunat meniatkan salam kepada makmum dan para malaikat.
Sunat diam sebentar selepas salam dan kemuadian menghadapkan badan kea rah makmum. .Ini pendapat Imam al-Ghazali} Manakala pendapat Majoriti fuqaha’ ialah bahagian kiri imam mengadap mihrab dan bahagian kanannya mengadap makmum.
Makruh makmum bangun mendahului imam.
Sunat melakukan solat sunat di tempat lain dari tempat solat fadhu tadi.
No comments:
Post a Comment