Seseorang yang lebih pandai membaca dan menghafal al-Quran dalam kumpulan tersebut
Seseorang yang lebih alim dalam hukum syarak, terutama mengenai hal ehwal solat.
Seseorang yang lebih lama berhijrah( Dari negeri yang dikuasai Kuffar ke negeri yang dikuasai Muslim.
Seseorang yang lebih tua umurnya dalam Islam
Tuan rumah lebih berhak menjadi imam dari tetamu, kecuali diizinkan.
Imam rasmi sesebuah Masjid atau surau lebih berhak menjadi imam daripada orang lain, walaupun pendatang tersebut lebih alim.
Seseorang yang disukai olih ramai makmun. Walaubagaimanapun seseorang yang lebih solih lebih utama menjadi imam, walaupun sedikit bilangan makmun yang menyukainya.
Makruh menjadi imam , jika ada disitu orang yg lebih alim atau lebih baik bacaannya,Kecualilah orang yang alim atau bacaan yg lebih baik itu enggan menjadi imam, maka ketika itu hukumnya harus.
Mempercepatkan solat atau solat pada awal waktu, walaupun makmum 3 atau 4 orang. Nabi S.a.w, pernah lewat datang subuh kerana uzur syar’ie , laludimamkan oleh Abd, Rahman Auf. Demikian juga Nabi pernah lewat solat zohor lalu diimamkan oleh Abu Bakar Ashsiddiqe
2 comments:
ustaz,
mcm mana pulak kalau, contohnya, seseorang itu dimintak jd imam oleh orang ketiga yang lebih arif tentang agama dan tinggi ilmunya. mungkin pada fikirannya untuk membimbing supaya orang tu mencuba jd imam.
tp seandainya, saya atau ada org ke-4 yg tahu org yg dimintak jd imam tu seorang yg buruk akhlak atau pernah membuat sesuatu dosa atau perkara aib, apa tanggungjwb sy?
1. biarkan dan berdoa semoga dia mendapat nur rentetan drpd menjd imam, atau
2. berbisik kpd org yg memintanya menjd imam, memberitahu bahawa lelaki itu tidak sesuai menjd imam?
semua orang tak boleh lari dari melakukan dosa yang penting sedar dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut. Jika org yang menjadi imam itu buruk akhlaknya..solat sah jika bacaannya betul.
Kita tidak perlu membisik kepada orang lain...mungkin dia sudah berubah dan telah mendapat hidayah..:)
saya pernah menjadi Imam kepada Ulamak Besar dari Mesir. Syeikh Muhammad Syed Tantawi dan sudah tentu dia lebih alim dari saya...:) tapi oleh kerana dia tetamu dia tidak mahu menjadi imam alasan musafir..
wallahu aklamu bissowaf
Post a Comment