
4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderong (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua bertolong bantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
5. Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang ta'at, yang bertaubat, yang tetap beribadat,yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
Surah At-Talaq 3-5
No comments:
Post a Comment