Friday, October 31, 2008

Enta Eh....?

ما هي لكم (من ضروب كيف حالك) هو أنه لا يكفي

هل لي أن يصب؟ لقد شفقة. كيف حالك المعاملة القاسية.

لماذا حبي؟ هل من السهل عليك أن تجلب لي الدموع؟

وماذا يجب عليك أن تقبل يصب لي عندما روحي هو جزء منك؟

وماذا أنا قبول هذا العذاب في أيديكم؟

وإذا كان هذا هو الحب ، بلدي من البؤس هو أنه

وأنا إذا إلقاء اللوم

لا أستطيع أن أقول مرة أخرى أبدا

وإذا كان لي الكثير ليعيش في عذاب

الأول يعيش في عذاب

هل لا شفقة؟

هل من العار ان الغش لا اعرف الحب لي لك

أليس من العار ، عاطفة وسنوات؟

أن الشوق وأنا لائق للكم

هو الحب فقدت تماما؟

أم أنها كانت لعبة؟

هو الحب والحنان وقلبي ولكم النية في جميع فقدت؟

Wanita Solehah


W ~ Wanita idaman jejaka beriman

A ~ Akhlaq mulia sentiasa terpelihara

N ~ Nafsu dididik payah dilentur

I ~ Imannya mantap Ihsannya terpuji

T ~ Takutkan Allah taati suami

A ~ Anak-anak diberi pakaian Islami


S ~ Sejuk mata memandang wajahnya, sucinya hati terpancar di wajah

O ~ Onak dan duri ditempuh sabar, ia dianggap sebagai rahmat

L ~ Lancar bibirnya menyebut Allah, licin lidahnya dengan kitabullah

E ~ Engkarkan Allah sentiasa dijauhi

H ~ Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa

A ~ Akalnya pintar dijaga Al-Quran

H ~ Hasilnya dialah wanita solehah
Sabda Rasulullah s.a.w
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر. ( رواه مسلم
Maksudnya : “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun ”.( Riwayat Muslim )

SELAMAT TINGGAL BULAN SYAWAL....SEMOGA KITA AKAN BERTEMU PADA BULAN SYAWAL AKAN DATANG...INSYA ALLAH AMIN YA RAB BAL ALAMIN

Wednesday, October 29, 2008

Doa Murah Rezeki: Solat Dhuha

Kepada kawan semua kalau ada kesempatan masa sebelum pergi kerja atau di pejabat atau di mana2 saja...lakukanlah solat Dhuha....insya allah akan bertambah rezeki. Amalan ini telah di lakukan oleh nabi dan para aulia u solihin....Kalau kita tak sempat solat dhuha amalkan lah doa ini setiap kali selepas solat 5 waktu atau baca bila masa kita senang.....Selamat mengerjakan solat Dhuha....

اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله
وإن كان في الأرض فأخرجه
وإن كان بعيدا فقربه
وإن كان قريبا فيسره
وإن كان قليلا فكثره
وإن كان كثيرا فبارك لـــي فيه
Hari ini juga Allah bagi rezeki kepada saya kerana bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga saya....ini juga mungkin berkat dari solat Dhuha...

Monday, October 27, 2008

Sembahyang tanda bersyukur

SEMBAHYANG lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu bagi segala anbia yang juga merupakan nabi dan rasul akhir zaman pada hakikatnya mempunyai nilai yang cukup tinggi kerana proses penerimaan perintah sembahyang oleh Rasulullah itu sendiri bukannya satu kerja mudah.

Berbanding dengan nabi-nabi lain yang mula melakukan sembahyang atas beberapa faktor, tetapi ibadat sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW diterima perintah oleh baginda secara terus dari Allah dengan baginda dibawa ke Sidratul Muntaha yang letaknya melepasi lapisan langit ketujuh.

Sidratul Muntaha itu sendiri adalah tempat yang tidak boleh didatangi oleh manusia lain, kecuali Nabi Muhammad, malah para malaikat juga tidak boleh ke sana.
Pemergian baginda SAW pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan baginda (yakni dalam tahun 622 Masihi) dinamakan Israk Mikraj yang mana selain daripada menerima perintah kewajipan sembahyang, baginda juga berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul, malah berkesempatan beramah mesra.

Rasulullah juga dipertontonkan dengan manusia yang menanggung seksa kerana memusuhi Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang menikmati nikmat kerana bertakwa kepada Allah. Pada mulanya sembahyang yang diperintahkan adalah sebanyak 50 waktu.
Macam mana pun atas cadangan dan desakan Nabi Musa a.s. yang menyebabkan Rasulullah SAW berulang alik naik turun Sidratul Muntaha, maka jumlah waktu sembahyang hanya tinggal lima waktu sehari semalam sahaja.

Nabi Musa yang merasakan jumlah sembahyang lima waktu sehari semalam itu akan malas dilakukan oleh umat Nabi Muhammad meminta baginda membuat rayuan pengurangan jumlah waktu sembahyang tetap baginda enggan kerana malu kepada Allah.
Sebenarnya sembahyang lima waktu itu adalah himpunan sembahyang-sembahyang yang telah dilakukan oleh lima orang nabi dan rasul kerana ada sebab dan peristiwanya sebagaimana berikut;

SUBUH: Manusia pertama yang mengerjakan sembahyang subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke dunia.

Semasa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia kerana kesalahan memakan buah khuldi yang dilarang, yang pertama yang dilihat oleh bagi ialah kegelapan.

Baginda berasa sangat takut. Macam mana pun apabila fajar menjelang Subuh dunia mulai terang dan kerana bersyukur apabila dunia mula menampakkan akan terang dan tidak gelap lagi, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama sembahyang baginda adalah sebagai tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam manakala rakaat kedua adalah bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zuhur: Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan baginda agar menyembelih anak baginda Nabi Ismail a.s. sebagai melepas nazar baginda.

Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari (bertepatan dengan waktu Zohor), lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama kerana bersyukur bagi penebusan, rakaat kedua tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya, rakaat ketiga: tanda bersyukur dan memohon keredaan Allah SWT manakala rakaat keempat tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar: Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Sebagai tanda syukur kerana dikeluarkan dari perut ikan Nun, maka Nabi Yunus a.s. bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama tanda syukur dari bebas dari kelam dengan kesalahan, rakaat kedua bersyukur kerana kelam dengan air laut, rakaat ketika kerana kelam malam dan rakaat keempat kerana kelam perut ikan Nun.

Maghrib: Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, yang di kala itu telah terbenamnya matahari.

Kerana tanda bersyukur bagi sembahyang tiga rakaat dengan rakaat tanda bersyukur kerana baginda berjaya menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Esa, rakaat tanda bersyukur kerana berjaya menafikan tohmahan ke atas bonda baginda Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang manakala rakaat ketiga tanda bersyukur kerana berjaya menyatakan kepada kaum baginda bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT, tiada dua atau tiganya.

Isyak: Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat untuk mencari jalan kfeluar dari negeri Madyan.
Sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita kerana sesat ekoran doa seorang alim yang diupah oleh Firaun agar mendoakan supaya Nabi Musa a.s.
Orang alim dan doanya sangat mustajab itu pada mulanya enggan akur kepada arahan Firaun dan enggan menerima upahan dalam bentuk jongkong emas kerana diketahuinya bahawa Nabi Musa a.s. adalah nabi dan rasul.

Hasil siasatan oleh pegawai-pegawai perisikan Firaun mendapati orang alim itu sangat sayangkan isteri dan dia adalah seorang suami yang sering mengalah kepada isteri.
Kelemahan itu diambil kesempatan oleh Firaun dengan memberi upah emas kepada isteri orang alim itu supaya meminta suaminya berdoa supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir negeri Madyan.

Bila diminta dan dirayu dan direngek oleh isterinya, orang alim itu tidak dapat menolak. Bagaimanapun, dia memberi syarat akan berdoa dalam kandang kuda.
Orang alim itu menyangka bila berdoa pada tempat yang kotor, doanya tidak akan mustajab. Macam mana pun doanya tetap mustajab dan Nabi Musa a.s. tersesat manakala orang alim itu mati dalam keadaan berdosa kerana mengikut kemahuan Firaun.

Bagaimana Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya Nabi Musa a.s. apabila beliau akhirnya tidak lagi sesat dan ketika itu adalah waktu Isyak yang akhir. Sebagai tanda syukurnya, Nabi Musa bersembahyang empat rakaat dengan rakaat pertama tanda syukur kerana baginda akan dapat kembali ke pangkuan isteri dan kampung halaman. Rakaat kedua tanda bersyukur kerana dapat bersua kembali dan berganding bahu dengan saudara Nabi Harun a.s. bagi menyampaikan seruan Allah.

Rakaat ketiga pula kerana selamat daripada tindakan Firaun manakala rakaat keempat tanda bersyukur selamat daripada pengkhianatan anak Firaun terhadap baginda dan umat baginda yang bertakwa.

Ertinya kesemua waktu sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad adalah merupakan amalan-amalan tanda ketakwaan terhadap Allah oleh para nabi dan rasul dan nilainya tidak boleh disamakan dengan apa jua bentuk kebendaan.
Kalau nabi dan rasul pun bersembahyang sebagai tanda syukur dan untuk melayakkan diri masuk ke syurga, siapa kita yang bukan nabi dan rasul untuk tidak sembahyang di samping melakukan pelbagai kemungkaran dengan bila mati kita mahukan syurga!

Biodata pengarang
RAMLI ABDUL HALIM adalah murid tua (bekas pelajar) Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Friday, October 24, 2008

Talfiq diharuskan semasa darurat

SOALAN:
ADAKAH menjadi salah jika kita mengikut mazhab (ikutan) campur-campur?">
JAWAPAN:Perkara ini dibincang oleh para ulama di bawah topik al-Talfiq al-Mazhab, iaitu menoleh kepada mazhab yang berlainan daripada apa yang biasa diamalkan. Adakalanya wujud situasi yang memerlukan seseorang itu menoleh atau menggunakan pandangan mazhab lain untuk keluar daripada sesuatu keadaan, yang jika dia tidak memilihnya akan berhadapan dengan kesukaran.


Contohnya dalam persoalan membayar zakat fitrah. Mengikut mazhab al-Syafie zakat fitrah hendaklah dibayar dengan makanan asas sesebuah negara bukan dengan mengkadarkannya dengan nilai mata wang. Justeru, apa yang dipraktis di sesetengah negara adalah dengan mengambil pandangan mazhab Maliki yang mengharuskan membayar zakat dengan mengkadarkannya dengan menilainya menjadi wang.

Namun ulama mengharuskannya bagi keadaan darurat sahaja dan bukan suatu yang mutlak. Ini bermaksud seseorang mukallaf itu boleh menggunakan pandangan mazhab lain selain daripada mazhab yang menjadi pegangannya bagi membolehkan dia keluar dari situasi yang tidak memungkin dia terus dalam mazhab yang menyukarkan dia.

Mungkin kesukaran itu bukan suatu yang pernah dijangkakan oleh ulama terdahulu. Contoh lain ialah melontar jamrah aqabah pada 10 Zulhijjah. Mengikut mazhab al-Syafie melontar jamrah pada 10 Zulhijjah adalah selepas naik matahari lebih kurang pukul 9 pagi. Tetapi ramai di kalangan orang yang bermazhab al-Syafie melontar pada waktu petang dan malam kerana ada mazhab yang mengharuskan melontar selepas tergelincir matahari pada hari tersebut.
Maksudnya di sini, talfiq dalam persoalan fiqh ada perkara atau persoalan fiqh diharuskan kita untuk merujuk kepada mazhab lain, ini kerana adanya darurat dan ada persoalan yang yang tidak mengharuskan kita daripada merujuk kepada mazhab lain.
Dalam persoalan ini elok kita rujuk kepada pandangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaily. Beliau menjelaskan bahawa talfiq ini suatu yang harus dalam keadaan darurat atau dalam keadaan yang sangat memerlukan.

Beliau membawa hujah yang berikut, talfiq adalah mengikut sesuatu mazhab dengan merujuk kepada keperluan dan kemudahan yang ada padanya, yang mana sebagai seorang yang berpegang kepada mazhab tersebut berhadapan dengan kesukaran dan kesempitan dalam masa yang sama ada penyelesaiannya dalam mazhab yang lain.
Talfiq adalah merujuk kepada sesuatu persoalan yang berkaitan dengan fiqh yang mempunyai pandangan berbeza di kalangan imam-imam mazhab.
Contohnya seperti seseorang yang berwuduk, ketika dia berwuduk hanya sebahagian kepalanya disapu dengan air yang merupakan pandangan Imam al-Syafie, kemudian darah mengalir dari tubuhnya, lalu di sentuh isterinya. Maka adakah orang ini sah solatnya dengan wuduk yang sebegini?
Wuduk orang ini jika dilihat dari neraca mazhab yang berbeza akan didapati; wuduknya terbatal kerana menyentuh isterinya, wuduknya batal mengikut mazhab Abu Hanifah kerana darah yang mengalir dari tubuhnya dan menyapu kepala tidak mencukupi kepala, manakala Imam Malik dan Imam Ahmad tidak akan memperakui kesahihan wuduk itu kerana tidak menyapu keseluruhan kepala.

Pada hakikatnya solat dengan wuduk seumpama di atas adalah sah sekiranya keadaan adalah darurat atau kerana sesuatu keadaan yang terdesak.
Inilah yang dinamakan talfiq. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Pada pandangan saya, sekiranya talfiq ini bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus.
Oleh itu para salaf telah berkata: “Orang yang mencari rukhsah (keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasik”.

Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa bersama-sama kebenaran sama ada kebenaran itu baginya atau ke atasnya (zahirnya menguntung atau merugikannya). Allah telah mencela kaum Munafiq di dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakinya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: “Kami beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya serta kami taat”. Kemudian segolongan daripada mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab Allah dan sunah Rasul-Nya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta segolongan dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu kiranya keputusan tidak menguntungkan mereka). Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumannya). (al-Nur: 47-49 )
Kaum ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.

Adapun sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih) pada pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wuduk, pandangan Syafie yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan wuduk dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa air tidak akan menjadi najis melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa tenang dengan dalil-dalilnya.

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot


Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.


Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat. Ng Siew Chok - Isyarat Otak Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu.

Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

KETERANGAN GAMBAR 1-Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

KETERANGAN GAMBAR 2 -Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.

Poligami panjang umur

Tenaga batin lelaki antara faktor kajian di 140 negara

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.
Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.
Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.
"Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.

"Ini dikenali sebagai 'kesan nenek' yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.
"Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka," kata Lumaa.

Bagi saya tidak semua apa yang di nyatakan ini adalah betul semua perancangan adalah di sisi allah cuma kita sebagai makhluk hanya mampu berdoa apa yang terbaik bagi kita semua....La yura yi qadha illah bid doa.... Maksud Hadis tidak akan berubah ketentuan allah melainkan dengan berdoa.....
Firrman allah surah an-nisa ayat 3
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

petikan dari berita harian edisi 24 okt 2008

Wednesday, October 22, 2008

Kelebihan Kota Mekah al-Mukarramah

Mekah adalah paksi bumi dan merupakan penempatan tertua di mana tinggalnya bapa dan ibu sekelian manusia iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa apabila kedua-duanya dipertemukan semula oleh Allah selepas diturunkan ke bumi dari syurga. Mekah adalah Tanah Haram sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hari Fath Mekah:
Sesungguhnya negeri ini telah dijadikan oleh Allah sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan Bumi. Mekah adalah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. (riwayat Muslim)

Antaranya:-
Tempat yang paling disayangi Allah.
Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Sesungguhnya engkau (yakni Mekah) adalah sebaik-baik bumi Allah, dan bumi yang paling disayangi-Nya.” (riwayat al-Tirmizi)

Betapa beruntungnya jemaah haji kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat ini sebagai tetamu al-Rahman. Sesuai dengan status yang mulia ini, setiap jemaah hendaklah memastikan hati dan diri sentiasa suci agar tidak terjerumus ke dalam kemungkaran dan kezaliman. Renungilah firman Allah: Dan barang siapa yang berniat melakukan di Mekah kejahatan dengan cara yang zalim, nescaya kami akan merasakannya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (al-Hajj: 25)

Rasulullah SAW pula bersabda yang mafhumnya: Antara golongan yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang melakukan kejahatan di Mekah. (riwayat al-Bukhari)
lGandaan pahala mengerjakan amal soleh. Beribadat di Mekah menjanjikan pahala dan ganjaran yang berlipat ganda. Jemaah haji sewajarnya mengambil peluang keemasan ini dengan menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka ke arah melakukan amalan solat fardu dan sunat khususnya ketika beribadat di Masjidil Haram, begitu juga amal soleh yang lain seperti bersedekah. Ibadat tersebut akan digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali.
Sabda Rasulullah SAW: “Solat di al-Masjidil Haram lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100,000 kali di masjid lain)”. (riwayat Imam Ahmad).
Al-Hasan al-Basri meriwayatkan: “Sedekah 1 dirham (di Mekah) lebih baik dari 100,000 dirham, dan setiap kebajikan digandakan sebanyak 100,000 kali”.
lKaabah & Masjidil Haram.

Kelebihan Mekah begitu sinonim dengan kewujudan Kaabah sebagai rumah ibadat pertama dan kiblat umat Islam. Ia dibina daripada bongkah batu Gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Judi dan Hira’.

Firman Allah: Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk golongan manusia adalah yang terdapat di Mekah yang penuh keberkatan, sebagai petunjuk kepada sekelian alam. (ali-‘Imran: 96)

Agar tidak dipersiakan kesempatan ini, jemaah haji wajarlah bersegera ke Masjidil Haram agar dapat mengerjakan tawaf Tahiyatul Bait dan tawaf sunat. Tunaikan solat dan duduk di barisan hadapan agar mereka sentiasa dapat melihat Kaabah.
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Allah menghapuskan kesalahan orang yang sedang tawaf serta menulis baginya kebajikan”. (riwayat al-Tirmizi).

Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat pada setiap hari; diturunkan kepada Kaabah 60 rahmat bagi orang yang mengerjakan tawaf, 40 rahmat bagi orang yang solat dan 20 rahmat bagi orang yang melihatnya. (riwayat al-Tabrani)

Mustajab Doa

Antara tempat yang mustajab doa ialah di Multazam dan di bawah Mizab. Sambil merapatkan pipi, dada dan dua t apak tangan ke dinding Kaabah, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar segala permintaan diperkenankan Allah SWT.
Tunaikan solat di Hijr Ismail kerana ia juga adalah sebahagian daripada Kaabah. Sekiranya tidak mengganggu jemaah yang sedang tawaf, tunaikan solat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim kerana ia juga tempat mustajab doa.
Firman Allah: Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat. (al-Baqarah: 125)

Hajarul Aswad
Ia adalah kepingan batu yang berasal dari syurga. Jemaah lelaki disunatkan mengucup dan mengusapnya, manakala bagi wanita hukumnya hanyalah harus.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Dia akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada yang telah mengusapnya dengan kebenaran”. (riwayat al-Tirmizi)

Telaga Zam Zam
Menurut riwayat, telaga Zam Zam terhasil dari terjahan kaki Nabi Ismail a.s. atau dari kuisan sayap malaikat Jibrail a.s. Ia merupakan sebaik-baik mata air dan penawar yang terdapat di muka bumi. Minumlah secara beradab dan dengan sepuas-puasnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Air Zam Zam itu (fadilatnya) mengikut tujuan apa ia diminum”. (riwayat Ahmad) dan Sesungguhnya Air Zamzam merupakan makanan yang berzat dan penawar bagi penyakit. (riwayat Muslim)

Bukit Safa & Marwah
Di sini berlakunya perjalanan Hajar mencari manusia untuk membantunya mendapatkan sumber bekalan dan tempat berlindung. Tempat saie ini merupakan syiar Islam sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah. (al-Baqarah: 158)

Justeru, ketika berada di kaki bukit ini, berdoalah dengan menghadap ke arah Kaabah seraya mengangkat kedua belah tangan, kemudiannya bertakbir dan bertahmid kerana ia juga merupakan tempat mustajab doa.

Tuesday, October 21, 2008

KISAH NABI SYU'AIB ALAI HIS SALAM

Kaum Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu'aib a.s. Kemungkaran, kemaksiatan dan tipu menipu dalam pengaulan merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Kecurangan dan perkhianatan dalam hubungan dagang seperti pemalsuan barang, kecurian dalam simpanan dan penipuan timbangan menjadi ciri-ciri yang sudah sebati dengan diri mereka.

Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi korban permainan para pedagang-pedagang besar dan para pemilik modal, sehingga dengan demikian yang kaya makin bertambah kekayaannya, sedangkan yang lemah semakin merosot modalnya dan semakin melarat hidupnya.Sesuai dengan sunnah Allah s.w.t sejak Adam diturunkan ke bumi bahawa dari waktu ke waktu bila manusia sudah lupakan kepada-Nya dan sudah jauh menyimpang dair ajaran-ajaran nabi-nabi-Nya, dan bila Iblis laknatullah serta syaitan sudah menguasai sesuatu masyarakat dengan ajaran dan tuntutannya yang menyesatkan maka Allah s.w.t. mengutuskan seorang rasul dan nabi untuk memberi penerangan serta tuntutan kepada mereka agar kembali ke jalan yang lurus dan benar, jalan iman dan tauhid yang bersih dari segala rupa syirik dan persembahan yang bathil.Kepada kaum Madyan diutuslah oleh Allah s.w.t. seorang Rasul iaitu

Nabi Syu'aib, seorang daripada mereka sendiri, sedarah dan sedaging dengan mereka. Ia mengajak mereka meninggalkan persembahan kepada Aikah, sebuah benda mati yang tidak bermanfaat atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan persembahan dan sujud kepada Allah Yang Maha Esa, Pencipta langit dan bumi termasuk sebidang tanah yang mereka puja sebagai tuhan mereka. Nabi Syu'aib meneyeru kepada mereka agar meninggalkan perbuatan-perbuatan dan kelakukan-kelakuan yang dilarang oleh Allah s.w.t. serta membawa kerugian bagi sesama manusia serta mengakibat kerosakan dan kebinasaan masyarakat. Mereka diajak agar berlaku adil dan jujur terhadap diri sendiri dan terutama terhadap orang lain, meninggalkan perkhianat dan kezaliman serta perbuatan curang dalam hubungan dagang, perampasan hak milik seseorang dan penindasan terhadap orang-orang yang lemah dan miskin.

Diingatkan oleh Nabi Syu'aib akan nikmat Allah s.w.t. dan kurniaan-Nya yang telah memberi mereka tanah subur serta suasana kemakmuran yang berlimpah-limpah dengan pertumbuhan jumlah penduduk dan anak cucu yang pesat. Semuanya itu menurut seruan Nabi Syu'aib, patut diimbangi dengan rasa bersyukur dan bersembah kepada Allah Maha Pencipta yang akan melipat gandakan nikmat dan kurnia-Nya kepada orang-orang yang beriman dan bersyukur.

Diingatkan pula Nabi Syu'aib bahawa mereka yang tidak mahu sedar dan kembali kepada jalan yang benar mengikuti ajaran dan perintah Allah s.w.t. yang dibawanya, nescaya Allah s.w.t. akan mencabut nikmat dan kurnia-Nya daripada mereka, bahkan akan menurunkan azabnya atas mereka di dunia selain seksa dari azab yang menanti mereka kelak di akhirat bila di bangkitkan kembali dari kubur.Kepada mereka Nabi Syu'aib menceritakan seksa dan azab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. terhadap kaum Nuh, kaum Hud, kaum Saleh dan paling dekat kaum Luth yang kesemua telah menderita dan menjadi binasa akibat kekafiran, keangkuhan dan keengganan mereka mengikuti ajaran serta tuntutan nabi-nabi yang diutus Allah s.w.t. kepada mereka.

Diingatkan oleh Nabi Syu'aib agar mereka beriktibar dan ingat bahawa mereka akan mengalami nasib yang telah dialami oleh kaum-kaum itu jika mereka tetap melakukan persembahan yang bathil serta tetap melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan jahat.Dakwah dan ajakan Nabi Syu'aib disambut oleh mereka terutama penguasa, pembesar serta orang-orang kaya dengan ejekan dan olok-olok. Mereka berkata: "Adakah kerana solatmu, engkau memerintahkan kami menyembah selain apa yang telah kami sembah sepanjang hayat kami. Persembahan mana pula telah dilakukan oleh nenek moyang kami dan diwariskan kepada kami.

Dan apakah juga kerana solatmu engkau menganjurkan kami meninggalkan cara-cara hidup sehari-hari yang nyata telah membawa kemakmuran dan kebahagian bagi kami bahkan sudah menjadi adat istiadat kami turun temurun. Sungguh kami tidak mengerti apa apa tujuanmu dan apa maksudmu dengan ajaran-ajaran baru yang engkau bawa kepada kami. Sungguh kami menyaksikan kesempurnaan akalmu dan keberesan otakmu!"Ejekan dan olok-olok mrk didengar dan diterima oleh Syu'aib dengan kesabaran dan kelapangan dada. Ia sesekali tidak menyambut kata-kata kasar mereka dengan marah atau membalasnya dengan kata-kata yang kasar pula.

Ia bahkan makin bersikap lemah lembut dalam dakwahnya dengan menggugah hati nurani dan akal mereka supaya memikirkan dan merenungkan apa yang dikatakan dan dinasihatkan kepada mereka. Dan sesekali ia menonjolkan hubungan darah dan kekeluargaannya dengan mereka, sebagai jaminan bahawa ia menghendaki perbaikan bagi hidup mereka di dunia dan akhirat dan bukan sebaliknya. Ia tidak mengharapkan sesuatu balas jasa atas usaha dakwahnya. Ia tidak pula memerlukan kedudukan atau menginginkan kehormatan bagi dirinya dari kaumnya.

Ia akan cukup merasa puas jika kaumnya kembali kepada jalan Allah s.w.t., masyarakatnya akan menjadi masyarakat yang bersih dari segala kemaksiatan dan adat-istiadat yang buruk. Ia akan menerima upahnya dari Allah s.w.t. yang telah mengutuskannya sebagai rasul yang dibebani amanat untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kaumnya sendiri.Kaum Syu'aib akhirnya merasa jengkel dan jemu melihat Nabi Syu'aib tidak henti-hentinya berdakwah bertabligh pada setiap kesempatan dan di mana saja ia menemui orang berkumpul. Penghinaan dan ancaman dilontar kepada Nabi Syu'aib dan para pengikutnya akan diusir dan akan dikeluarkan dari Madyan jika mereka mahu menghentikan dakwahnya atau tidak mahu mengikuti agama adn cara-cara hidup mereka.

Berkata mereka kepada Nabi Syu'aib dengan nada mengejek: "Kami tidak mengerti apa yang kamu katakan. Nasihat-nasihatmu tidak mempunyai tempat di dalam hati dan kalbu kami. Engkau adalah seorang yang lemah fizikalnya, rendah kedudukan dalam pengaulan maka tidak mungkin engkau dapat mempengaruhi atau memimpin kami yang berfizikal lebih kuat dan berkedudukan yang lebih tinggi daripadamu. Cuba tidak kerana kerabatmu yang kami segani dan hormati, nescaya engkau telah kami rejam dan sisihkan dari pengaulan kami."Nabi Syu'aib menjawab: "Aku tidak akan hentikan dakwahku kepada risalah Allah s.w.t. yang telah diamanahkan kepadaku dan janganlah kamu mengharapkan bahawa aku mahupun para pengikutku akan kembali mengikuti agamamu dan adat-istiadatmu setelah Allah s.w.t. memberi hidayahnya kepada kami. Pelindunganku adalah Allah Yang Maha Berkuasa dan bukan sanad kerabatku, Dialah yang memberi tugas kepadaku dan Dia pula akan melindungiku dari segala gangguan dan ancaman. Adakah sanak saudaraku yang engkau lebih segani daripada Allah yang Maha Berkuasa?"Sejak berdakwah dan bertabligh menyampaikan risalah Allah s.w.t. kepada kaum Madyan, Nabi Syu'aib berhasil menyedarkan hanya sebahagian kecil dari kaumnya, sedang bahagian besar masih tertutup hatinya bagi cahaya iman dan tauhid yang diajar oleh beliau. Mereka tetap berkeras kepala mempertahankan tradisi, adat-istiadat dan agama yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Itulah alasan mereka satu-satunya yang mereka kemukakan untuk menolak ajaran Nabi Syu'aib dan itulah benteng mereka satu-satunya tempat mereka berlindung dari serangan Nabi Syu'aib atas persembahan mereka yang bathil dan adat pengaulan mereka yang mungkar dan sesat. Di samping itu jika mereka sudah merasa tidak berdaya menghadapi keterangan-keterangan Nabi Syu'aib yang didukung dengan dahlil dan bukti yang nyata kebenaran, mereka lalu melemparkan tuduhan-tuduhan kosong seolah-olah

Nabi adalah tukang sihir dan ahli sulap yang ulung. Mereka telah berani menentang Nabi Syu'aib untuk membuktikan kebenaran risalahnya dengan mendatangkan bencana dari Allah s.w.t. yang ia sembah dan menganjurkan orang menyembah-Nya pula.Mendengar tentangan kaumnya yang menandakan hati mereka telah tertutup rapat-rapat bagi sinar agama dan wahyu yang ia bawa dan bahawa tiada harapan lagi akan menarik mereka ke jalan yang lurus serta mengangkat mereka dari lembah syirik dan kemaksiatan serta pergaulan buruk, maka bermohonlah Nabi Syu'aib kepada Allah s.w.t. agak menurunkan azzab seksanya kepada kaum Madyan bahawa wujud-Nya serta menentang kekuasaanNya untuk menjadi ibrah dan peringatan bagi generasi-generasi yang mendatang.Allah Yang Maha Berkuasa berkenan menerima permohonan dan doa Syu'aib, maka diturunkanlah lebih dahulu di atas mereka hawa udara yang sangat panas yang mengeringkan kerongkongan kerana dahaga yang tidak dapat dihilangkan dengan air dan membakar kulit yang tidak dapat diubati dengan berteduh di bawah atap rumah atau pohon-pohon.

Di dalam keadaan mereka yang sedang bingung, panik berlari-lari ke sana ke mari, mencari perlindungan dari terik panasnya matahari yang membakar kulit dan dari rasa dahaga kerana keringnya kerongkong tiba-tiba terlihat di atas kepala mereka gumpalan awan hitam yang tebal, lalu berlarilah mereka ingin berteduh dibawahnya. Namun setelah mereka berada di bawah awan hitam itu seraya berdesak-desak dan berjejal-jejal, jatuhlah ke atas kepala mereka percikan api dari jurusan awan hitam itu diiringi oleh suara petir dan gemuruh ledakan dahsyat sementara bumi di bawah mereka bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka berjatuhan, tertimbun satu di bawah yang lain dan melayanglah jiwa mereka dengan serta-merta.

Nabi Syu'aib merasa sedih atas kejadian yang menimpa kaumnya dan berkata kepada para pengikutnya yang telah beriman: "Aku telah sampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t., menasihati dan mengajak mereka agar meninggalkan perbuatan mungkar serta persembahan bathil mereka dan aku telah memperingatkan mereka akan datangnya seksaan Allah s.w.t. bila mereka tetap berkeras hati, menutup telinga mereka terhadap suara kebenaran ajaran-ajaran Allah s.w.t. yang aku bawa, namun mereka tidak menghiraukan nasihatku dan tidak mempercayai peringatanku. Kerananya tidak patutlah aku bersedih hati atas terjadinya bencana yang telah membinasakan kaumku yang kafir itu.'

Kisah Nabi Syu'aib dikisahkan oleh Al-Quran dalam 39 ayat pada 4 surah, di antaranya surah "Asy-Syu'ara" ayat 176 sehingga 191 sebagai berikut :

176. Kaum Aikah telah mendustakan rasul-rasul.
177. Ketika Syu'aib berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?"
178. Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan.
179. maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
180. dan aku sesekali tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

181. Sempurnakanlah tukaran dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang merugikan.
182. dan timbanglah dengan timbang yang lurus.
183. Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu bermaharajalela di bumi dengan membuat kerusakan.
184. Dan bertakwalah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang terdahulu.
185. Mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah seorang daripada orang-orang yang kena sihir.

186. Dan kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami yakin bahawa kamu benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta.
187. Maka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit jika kamu termasuk orang-orang yang benar.
188. Syu'aib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui apa yang engkau kerjakan".
189. Kemudian mereka mendustakan Syu'aib lalu mereka ditimpa azab pada hari mereka dinaungi awan.

190 Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda {kekuasaan Allah} tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.
191. Dan Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang." { Asy-Sua'ara : 176 ~ 191 }Surah "Hud" ayat 84 sehingga ayat 95 sebagai berikut :~84. Dan kepada {penduduk} Madyan {Kami utus} saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku sembahlah Allah sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi sukatan dan timbangan sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik {mampu} dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan {kiamat}.

85. Dan Syu'aib berkata: "Hai kaumku cukupkanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.
86. Sisa {keuntungan dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu adalah orang-orang yang beriman}. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu."
87. Mereka berkata: "Hai Syu'aib apakah sembahyangmu menyuruh kami agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami membuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal."

88. Syu'aib berkata: "Hai kaumku bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan anugerahi-Nya aku daripada-Nya rezeki yang baik {patutlah aku menyalahi perintah-Nya}? Dan aku tidak mahu menyalahi kamu {dengan mengerjakan} apa yang aku larang kamu daripadanya. Aku tidak bermaksud kecuali {mendatangkan} kebaikan selama aku masih bersanggupan. Dan tidak apa taufik bagiku melainkan dengan {pertolongan} Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nyalah aku kembali.

89. Hai kaumku janganlah hendaknya pertentangan antara ku {dengan kamu} menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh sedang kaum Luth tidak {pula} jauh {tempatnya/masanya} dari kamu.
90. Dan mohonlah ampun daripada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih."

91. Mereka berkata: "Hai Syu'aib? Kami tidak banyak mengetahui tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu adalah seorang yang lemah di antara kami kalaulah tidak kerana keluargamu tentulah kami akan merejam kamu sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami."
92. Syu'aib menjawab: "Hai kaumku! Apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya {pengetahuan} Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan."

93. Dan {dia berkata}: "Hai kaumku perbuatlah menurut kemampuanmu sesungguhnya aku pun berbuat {pula}. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan kedatangan azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab {Tuhan}. Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu."
94. Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamtkan Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari Kami dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh suatu suara yang mengguntur lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya.

95. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah kebinasaanlah bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." { Hud : 84 ~ 95 } Surah "Al-A'raaf" ayat 85 sehingga 93 sebagai berikut :~85. Dan {Kami telah mengutuskan} kepada penduduk Madyan saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku! sembahlah Allah, sesekali tiada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadaku bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang sukatan dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang yang beriman".

86. Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok. Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit kemudian di perbanyak {oleh Allah}. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.

87. Jika ada segolongan daripada kamu beriman kepada apa yang aku diutus untuk menyampaikannya dan ada pula segolongan yang tidak beriman, maka bersabarlah sehingga Allah menerapkan hukuman-Nya di antara kita dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya.
88. Pemuka-pemuka daripada kaum Syu'aib yang menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami atau kamu kembali kepada agama kami." Berkata Syu'aib: "Dan apakah {kamu akan mengusir kami}, meski pun kami tidak menyukainya?"

89. Sungguh kami mengada-adakan kebohongan yang besar terhadap Allah, jika kembali kepada agamamu, sesudah Allah melepaskan kami daripadanya, Dan tidaklah patut kami kembali kepadanya, kecuali jika Allah , Tuhan kami menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak {adil} dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya".
90. Pemuka-pemuka kaum Syu'aib yang kafir berkata {kepada sesamanya}: "Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syu'aib, tentu kamu jika berbuat demikian {menjadi} orang-orang yang merugi".

91. Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka.
92. {iaitu} orang-orang yang mendustakan Syu'aib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu, orang-orang yang mendustakan Syu'aib mereka itulah orang-orang yang rugi.
93. Maka Syu'aib meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu.

Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir." { Al-A'raf : 85 ~ 93 }Dan surah "Al-Hijr" ayat 78 sehingga 79 sebagai berikut :~78. "Dan sesungguhnya penduduk Aikah itu benar-benar kaum yang zalim.

79. Maka Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua kota itu {Aikah dan Sadum kota kaum Luth} benar-benar terletak di jalan umum yang terang." { Al-Hijr : 78 ~ 79 }

KISAH WALI ALLAH DI BULAN DI BULAN REJAB ..

Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: "orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim".
Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan.

Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya- tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, "Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya serta mengkebumikannya."

Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W. Jika Allah mahu menjadi seorang perompak sebagai wali-Nya, tidak boleh sama sekali kita bertanya "KENAPA?" Kita mesti menerimanya.

Oleh sebab itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat Naqshbandi, kita mesti melihat orang disekeliling kita adalah lebih baik daripada kita. Kita tidak tahu jika Allah akan menaikkan makam seseorang kepada makam yang lebih tinggi daripada makam kita; Siapa tahu? Tidak akan ada seorang pun yang akan tahu, oleh yang demikian janganlah kita mencampuri urusan-Nya. Jangan memandang rendah kepada orang jika kita merasakan kita lebih baik daripada mereka. Kita tidak tahu sama ada orang tersebut, pada pandangan Allah adalah wali ataupun tidak. Siapa yang tahu? Oleh yang demikian, kita perlu memandang tinggi kepada orang lain, menghormati mereka dan sentiasa merendahkan diri sendiri.

Jangan sama sekali menunjukkan ego dan sentiasa berpuas hati.
Allah berkata kepada Nabi S.A.W, "Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia." Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, "Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, "Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!" Nabi S.A.W berkata, "Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!"

Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi S.A...W. ke Jannat ul-Baqi.

Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, "Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?" Baginda menjawab, "Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini."

Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata, "Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan."

Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab," Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (s) dan memberitahuku apa yang telah berlaku"
Apabila Jibril (s) datang, Nabi S.A.W berkata," Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?" Jibril (s) menjawab," Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya."

Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: "Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu." Anak perempuan lelaki tersebut berkata, "Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan.

Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: "Bulan ini adalah bulan tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadan adalah bulan umat Muhammad." Kemudian ayahku berkata lagi, "aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.

Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, "Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?" Dia menjawab," Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70-80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut.

Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.
D
oa (doa awliya' Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Maulana Sh. Nazim berkata doa ini mencuci semua dosa dan menjadikan kamu putih seperti bayi yang baru dilahirkan... Doa ini amat terkenal di dalam ajaran sufi. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.

Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., "Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar." Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.

Fadhilat-fadhilat surah al-Mulk :-

Antara fadhilat-fadhilat surah al-Mulk :-

1) Mendapat syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk”

2) Menyelamatkan daripada seksa kubur
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur. (HR At-Tarmizi)
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’.

Pada awal surah, ayat tersebut menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini ‘from scratch/nothingness’, dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Sebagai nota kaki, Bilal Philips ada menyarankan bahawa teori Einstein yang terkenal, iaitu E = mc^2 adalah suatu pernyataan yang berunsurkan syirik, kerana ianya membawa maksud tenaga itu kekal, yakni tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ini adalah bertentangan dengan sifat Allah yang berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya ” Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka. Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama :
” Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Syeikh Abdullah Iwad Jihani Imam Mekah

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat) Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"

Syeikh Abdullah Iwad Jihani Imam Mekah

Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."


Al-Hakim mengikhraj dari IbnuMas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Syeikh Abdullah Iwad Jihani Imam Mekah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."
Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."

Syeikh Abdullah Imam Mekah

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seributahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

Monday, October 20, 2008

Kalam Helwah Jiddan...


dosa kita di ampunkan kecuali dua perkara......

DARIPADA Abi Idris r.a katanya:
Aku dengar pidato Muawiyah r.a, dan adalah beliau jarang bercerita mengenai Rasulullah SAW: Katanya: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Semua dosa diharapkan Allah akan mengampuninya selain dosa mereka yang sengaja membunuh mukmin lain atau mereka yang matinya dalam keadaan kufur" (Riwayat Nasaai')
Huraian:

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW memberi harapan kepada mereka yang terlanjur melakukan kesilapan dan kesalahan bahawa sesungguhnya dosa dan kesalahan tersebut mungkin diampuni Allah dengan rahmat dan keampunan-Nya, melainkan dosa membunuh saudaranya dengan sengaja atau dia meninggal tanpa sempat bertaubat dari dosa kekufurannya. Kerana dosa kufur tidak akan diampuni Allah SWT dan dosa yang bersangkutan manusia lain perlu mendapat keampunan daripada mereka yang berkenaan dulu.

Kesimpulan:
Segala dosa yang dilakukan itu boleh diampuni Allah dengan melakukan taubat nasuha selain dosa mati dalam kufur ( Syirik) dan membunuh yang dilakukan dengan sengaja.

Surah Al-Israq ayat 32: Wala Takrabu Zina...

SOALAN:
Apakah maksud sebenar ayat al-Quran yang melarang kita menghampiri zina. Bolehkah tuan memberi contoh yang dikatakan menghampiri zina itu?
- Maimunah Salikin, Alor Gajah, Melaka.

JAWAPAN:
Terdapat banyak mukadimah (pandahuluan) yang boleh membawa berlaku perbuatan keji tersebut. Umpamanya, ia bermula dengan jelingan dan pandangan mata, melalui sentuhan, percakapan dan sebagainya. Sebab itu kita dilarang melihat wanita untuk kali kedua, ketiga dan menghampiri atau bercakap-cakap dan bergaul dengan mereka (wanita asing).

Ini ditegaskan oleh Allah dengan firman-Nya bermaksud: Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya mereka tunduk pandangan (kawal pandangan) dari melihat yang haram dan hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka, yang demikian itulah lebih baik untuk mereka, sesungguhnya Allah SWT amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Demikianlah sebaliknya kaum wanita hendaklah mengawal pandangan dan menjaga kehormatan mereka dan jangan cuba mendedah aurat melainkan tempat yang terdedah sahaja (muka dan tangannya), jangan dedah aurat mereka kecuali apa yang lahir daripadanya dan tutupilah dengan tudung mereka atas lubang tengkuk baju mereka, dan jangan dedah perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa suami (bapa mertua) atau anak-anak mereka atau anak suami (tiri) atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki dan wanita mereka atau wanita Islam atau hamba mereka atau orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka untuk diketahui apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlatlah kamu sekalian kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah al-Nur 30 -31).

Dan firman-Nya lagi bermaksud: Maka janganah kamu bersuara manja (bercakap dengan suara yang menggiurkan (menggoda), maka akan tertarik (tergoda) mereka yang berpenyakit dalam hatinya dan bercakaplah dengan sopan dan baik. (Surah al-Ahzab ayat 32).

Jelas daripada panduan tersebut, semua pintu yang boleh membawa kepada kerja keji hendaklah ditutup dan dijauhi. Wallahualam.

Friday, October 17, 2008

Menarik today: Harta bukan matlamat hidup

Allah berfirman yang bermaksud : Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (ali-‘Imran: 14)

SHEIKH Sya'rawi berkata: Tajuk yang datang dalam ayat mulia ini ialah pertembungan peperangan Islam yang Allah SWT jadikannya sebagai tanda berkekalan untuk menjelaskan kepada kita bahawa peperangan, keimanan memerlukan hanya kembali kepada Allah SWT dan memutuskan dari segala adab dan tabiat antaranya syahwat dunia.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: "Allah SWT menceritakan kepada kita berkenaan dengan perhiasan kepada manusia dan kelazatan dengan mengikut susunan ujian dan fitnah yang paling banyak."

ii. Al-Samarkandi berkata: "Syaitan yang menghiaskan sebagai ujian kepada orang yang beriman dengan cara was-was. Disebut dengan wanita dahulu kerana ia sebesar-besar fitnah yang berlaku sejak zaman Adam a.s hingga ke hari ini. Antara bentuk fitnah tersebut boleh memutuskan silaturrahim dan pergaduhan.

Ulama telah khilaf berkenaan dengan nilai qintar atau muqantarah:
- Mujahid berkata, jumlahnya 70 ribu dinar.
- Abu Hurairah berkata, 12 ribu uqiah.
- Muaz bin Jabal berkata, 1,200 uqiah. Ini juga pendapat Ibn Umar, Asim bin Abi al-Nujud dan al-Hasan.
- Sebahagian mereka berkata, sebanyak duit emas yang diletak dalam belulang lembu. Ini pendapat Abu Nadrah dan Abu Ubaidah.- Al-Dhahaq berkata, harta yang banyak.
- Dikatakan jumlahnya 1,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 12,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 1,200 dinar. Ini adalah pendapat al-Hasan.
- Dikatakan jumlahnya 40,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 60,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 70,000 dinar. Ini pendapat Ibn Umar dan Mujahid.
- Dikatakan jumlahnya 80,000 dinar. Ini pendapat Said bin Musaiyib dan Qatadah.
- Jumlahnya 8,000 misqal seperti kata al-Suddi.
- Jumlahnya 7,000 dinar seperti kata Ata'
- Mengikut hadis riwayat Abu Hurairah,

Rasulullah SAW bersabda: satu qintar bersamaan 12,000 uqiah. Sedangkan riwayat yang lain menyebut sebanyak 12,000 uqiah.

iii. Ibn Jauzi berkata: "Semua yang disebut ini menjadi niat pada hamba untuk memakainya dan menjadi buruk akibat jika niatnya tidak baik."

iv. Sheikh Sya'rawi berkata: "Apabila kita mengkaji ayat ini yang disebut berkenaan dengan kepelbagaian nikmat dari itu peperangan yang memerlukan perpisahan dengan keluarga hendaklah tidak menghalang oleh nafsu syahwat. Sehingga akhirnya orang yang beriman sejati mampu bersedekah pada jalan Allah SWT dan kudanya digunakan untuk berjihad pada jalan Allah SWT bagi meninggikan kalimahnya."

v. Al-Maraghi berkata: "Kecintaan terhadap kaum wanita disebut dahulu daripada kecintaan terhadap anak-anak padahal perasaan rasa cinta terhadap wanita adakala tidak kekal, sedangkan perasaan cinta terhadap anak akan berkekalan kerana kecintaan terhadap anak tidak akan membawa sikap berlebih-lebihan sebagaimana rasa kecintaan terhadap mana-mana wanita.
"Seseorang yang mencintai isteri dan anaknya mempunyai sebab yang sama, iaitu untuk meneruskan keturunan dan mengekalkan zuriat manusia. Ia mengandungi suatu hikmah yang tersendiri, sama ada pada manusia atau haiwan."

vi. Hamka berkata: "Di sini terdapat tiga kata. Pertama Zuyyina, ertinya diperhiaskan. Maksudnya, segala barang yang diingini itu ada baiknya dan ada buruknya, tetapi apabila keinginan telah timbul, yang kelihatan hanya eloknya saja dan lupa akan buruk atau susahnya.

Kata kedua ialah Hubb, ertinya kesukaan atau cinta. Kata ketiga ialah Syahwat, iaitu keinginan-keinginan yang menimbulkan selera yang menarik nafsu buat empunya diri.
Maka disebutlah enam macam hal yang manusia sangat menyukainya kerana hendak mempunyai dan menguasainya sehingga yang nampak oleh manusia hanyalah keuntungannya saja.

vii. Al-Sonhadji berkata: "Manusia itu telah diciptakan oleh Allah SWT mempunyai watak atau tabiat semula jadi menyukai nafsu syahwat kepada enam perkara yang disebutkan dalam ayat ini. Segala kelazatan di dunia yang diciptakan oleh Allah SWT, dibolehkan hamba-hamba-Nya menyukai untuk dikecapi dan dinikmati keinginannya dengan diberikan-Nya pula batasan halal haramnya.

Penulis melihat ayat ini sebagai sesuatu ujian Allah SWT kepada manusia untuk mujahadah al-nafsi dan membetulkan nawaitu dengan menganggap harta benda sebagai alat atau wasilah dan bukan matlamat atau ghayah.
Ia digunakan sebagai alat keperluan untuk mentaati dan mematuhi segala ajaran Allah SWT bagi mentahqiqkan matlamat penciptaannya untuk menjadi hamba Allah SWT yang sejati dan khalifah Allah SWT di dunia ini.

Semoga kita menjadi manusia yang selamat dari godaan hawa nafsu dan syahwat.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Melintasi hadapan orang bersolat

DARIPADA Abu Juhaim r.a. Nabi SAW bersabda: “Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

KeteranganAbu Nadhr, salah seorang perawi hadis ini berkata: “Aku tidak mengetahui sama ada Nabi SAW mengatakan: Empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.”
- Haram melintas di depan orang yang sedang solat tanpa penghadang.

Cerai : Bekas suami masih ada tanggungjawab

Soalan:
SUAMI saya mengemukakan permohonan cerai di mahkamah syariah minggu lalu. Kami telah pun menjalani kaunseling di pejabat agama, namun tidak dapat membaiki keadaan rumah tangga kami. Perkahwinan kami telah berlangsung selama 20 tahun. Kami mempunyai empat orang anak. Suami saya berkata bahawa sebaik sahaja talak jatuh, dia mahu saya keluar dari rumah kami. Katanya dia bukan lagi suami saya dan “tak perlu jaga saya lagi”. Bolehkah dia berbuat demikian?


Jawapan:
Ramai suami tidak tahu tanggungjawab mereka terhadap isteri, walaupun sudah bercerai. Tanggungjawab suami tidak tamat serta-merta apabila talak dijatuhkan. Masih ada hak-hak yang perlu dilunaskan terhadap isteri yang diceraikan.
Nafkah idah adalah antara hak yang boleh dituntut oleh isteri ke atas suami apabila berlaku perceraian. Ini adalah selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan An-Nasa‘i. Ia menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”.
Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pemberian nafkah idah. Menurut seksyen 59(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, mahkamah boleh memerintah seorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
Namun begitu, ada had jangka masa bagi tempoh pembayaran nafkah idah ini; iaitu selama tiga kali kitaran haid. Ini adalah berdasarkan Surah al-Baqarah, ayat 228.
Selama dalam tempoh idah ini, puan berhak terhadap nafkah daripada suami apabila diceraikan kelak. Nafkah idah adalah nafkah atau perbelanjaan yang diperlukan oleh puan untuk menanggung kehidupan puan selama tempoh idah. Nafkah tersebut haruslah mencukupi dan kehidupan puan haruslah sama seperti taraf kehidupan semasa masih berkahwin.
Selain itu, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang ditinggalkannya, dalam masa tempoh idah itu. Menurut seksyen 71(1) akta, “Seorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri”.
Oleh itu, puan mempunyai hak untuk terus tinggal di rumah kelamin yang puan diami kini.
Bagaimanapun, jika puan tidak mahu atau tidak dapat tinggal di rumah kelamin itu, suami perlu menyediakan kediaman yang lain. Kediaman ini haruslah sesuai dengan isteri.
Ini merupakan tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal bagi isteri dalam tempoh idah.
Puan perlu menuntut hak ke atas tempat tinggal ini dalam tempoh idah. Sebaik-baiknya hak ini dipohon semasa perbicaraan perceraian. Hak puan akan luput apabila tempoh idah tamat dan tidak boleh dituntut selepas tempoh itu berlalu. Ini adalah berlainan dengan nafkah idah yang boleh dituntut sebagai hutang sekiranya suami tidak membayar nafkah.
Apabila tempoh idah berakhir suami boleh menuntut agar mahkamah mengembalikan rumah tersebut kepadanya. Hak menuntut kembali kediaman tersebut diberikan dalam seksyen 71(2)(a).
Dapatlah disimpulkan bahawa tanggungjawab suami tidak terhenti serta-merta apabila talak jatuh.

Keluarga & Undang-Undang
www.sistersinislam.org.my

Kalam Helwah Jiddan...

إذا كنت تحب بكل صدق
فتوكل على الله و لا تفقد الأمل و إذا كنت كاذباً فارحل
و تحدث عن القضاء و القدر
الوفاء عملة نادرة و القلوب هي المصارف و قليلة هي
المصارف التي تتعامل بهذا النوع من العملات
يقول القلب الصادق أنا أحبك
إذن أنا مستعد لفعل أي شيء من أجلك
أرجوكم أقنعوني بأي :منتظر: شيء إلا الخيانة لأنها
تحطم القلوب و تنزع الحياة من أحشاء الروح

Thursday, October 16, 2008

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.'
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin..'

Wednesday, October 15, 2008

Ya Allah.....


يا الله .. يا الله ..يا الله
إذا ضاقت في وجهك الدنيا فقولى ... يا الله
إذا سدت في وجهكى الأبواب وقطعت أمامكى الأسباب
فتوجهى إلى رب الأسباب و المسببات وقولى يا الله
إذا غدر بكى الصديق وخانك الحبيب وسد
في طريقك كل سبيل فقولى يا الله
إذا انقطع عنكى الرزق وقل في يدكى المال
وتكاثرت الديون و الهموم
وزادت عليكى الأحزان
فقولى يا الله ...يا الله ...يا الله .
فلن يضيع ندائك ولن يخيب رجاؤك
فأنتى تلجئى إلى الرب الرحيم اللطيف
الخبير الذي رحمته وسعت كل شيء...
فهل دعوتيه بقلب خاشع
ونفس طائعة واثقة لا تزعزعها الظروف
فهو قريب يجيب دعوة الداع
ويكشف السوء و الضر

حب الله


تبسمى فان هناك من يحبك
،يعتنى بكى...يحميكى...
ينصركى...يسمعكىيراكى هو"الله"
ما اشقاكى الا ليسعدك
وما اخذ منكى الا ليعطيكى
وما ابكاكى الا ليضحكك
وما حرمكى الا ليتفضل
عليكوما ابتلاكى الا انه احبك
فان احببتى ان يدوم الله على
ما تحبى فقدمى له على ما تحبى

Penghulu Istiqfar


سيد الاستفغار اللهم انت ربى
لا اله الا انت خلقتنى
وانا عبدك
وانا على عهدك
ووعدك ما استطعت
اعوذ بك من شر ما صنعت
ابوء لك بنعمتك على
وابوء بذنبى
فاغفر لى
فانه لا يغفر الذنوب الا انت

جرحتيني جرح نساني حتى زماني

جرحتيني جرح نساني حتى زماني
أهديتك الحب في زمن للحب خواني
وإنت اهديتيني جروحي وباقي أحزاني
بديتك على نفسي وما دريت إنك أناني
بكيت الدمع لعيونك لكن دمعي عصاني
مانكرت حبك لي وإللي سويته عشاني
لكن بالنهايه صرت إنسان ثاني
نسيتى حبي لكى وجنوني وحناني
نسيت كل الوعود إللي بيننا والأماني
تركتيني اليوم بجروحي أعاني
وهذا أنـــا اكتبها بـ أشعار وأغاني

من زمـــــــــــــان



كأني و لد من زمــــــــــــــــــــــــــــان في غير هذا المكـــــــــــــــــــــــــــــان مازلت أذكـــر العنـــــــــــــــــــــــــوان كأني ولدت صغيـــــــــــــــــــــــــــــرة ألعب مع بنـات و صبيـــــــــــــــــــــــــان كــــــــــــــــــــــان لــــــــــــي أب و أم و كــــــــــــــــــان عنـــدي أخــــــــوان ما أبعد تلك الأيام ما أقــربها فـي الوجــدان تداعبنـــــــــي في بعـــــض الأحيــــــان ذكريــــــــات تــنـعــش القـــــــلـــــــب ر غــــم رطـوبــــــــة الجــــــــــــــدران أتـــــذكــر الشــــوارع و البيــــــــــــوت أتـــــذكر الأهــــــــــل و الجــيــــــــــران أتـــــذكـر الأشــــجــــــار و الــوجـــــــوه أتــــذكر الـرســـوم علــى الحـيـطـــــــان أتـــذكـر الـبـيـــت الـكــــــــــــــــــبـير و أرض مفروشـــــــــــة بالحـصــــــــــــير و جـلــــسـات و أحــــــاديث مـــلؤها الحـنان كـنـــــــا نـشـعــــــــر بالأمــــــــــــــان كـنـــــا أطـفـالا نـتـقــافـــــــــــــــز بقميـــــــــــــــص و فـســتـــــــــــان كـنــــــا نعــدوا، نـــرى الحيــــــــــــاة ربــــــــــــــــــــي و بـسـتــــــــــــان يالــهـــــي من غـيـــــر الأنســـــــــــان مـــــن بــــــدل الأخــــــــــــــــــــوان او كأنـي ابـحـر عـكـس التيـــــــــــــار لا مــــــــوانـــئ ولا شـــطــــــــــــآن كـــــــأن الـشــــــمـــس تاهــــــــــت و الـقـمــر حـــزيـــن و غـــضـبــــــــان كــــــــــــــأن الورود نامـــــــــــــت جفـــــــــــت تـحــتـهـا الأغـصـــــــــان اعـلـم أن كــل شــــــــــيء فـــــــــان فشــــتان بــيـن الأمـس و اليوم شتــــان هكـــذا الـحـيـاة كل يـوم هي في شـأن و لن يـــغـيـر مـن الأمــر شيئـــــــــــا قـول شـاعـر أو ريـشـة فـنـــــــــــــان

Manasik haji dan falsafahnya

Rahsia Perjalanan Haji:

Haji adalah satu perjalanan kerohanian oleh seseorang hamba menuju Tuhannya yang mengandungi seribu satu kerahsiaannya. Perjalanan ini amatlah berlainan berbanding seseorang itu mengembara ke destinasi pelancongan atau sebagainya.
Perjalanan mengerjakan haji ini adalah rentetan perjalanan Rasulullah SAW sendiri semasa hajjatul wada'. Kisah hajjatul wada' ini amatlah masyhur sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.

Definisi Haji:
Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan serulah kepada manusia dengan (kewajipan) mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang sama dengan berjalan kaki atau berkenderaan dari segenap ceruk rantau yang jauh lagi dalam. (al-Haj: 87)
Menurut Sheikh Daud Al-fatani di dalam kitabnya menerangkan tentang huraian ayat di atas. Menurut kaedah lughah ayat di atas meletakkan mubtadak muakhar dan khabar muqaddam. Manakala khitab ditujukan secara am iaitu al-Nas iaitu "wahai sekelian manusia" tanpa pengkhususan.

Mubtadak muakhar iaitu kewajipan mengerjakan haji diletakkan di belakang menunjukkan kewajipan itu tidak semestinya disegerakan. Ia memberi isyarat supaya manusia menyempurnakan urusan yang bersesuaian dengan fitrah mereka.
Dan amalan ini bertepatan dengan sunah Nabi Muhammad SAW apabila baginda mengerjakan haji di akhir hayatnya dan haji ini masyhur dengan panggilan hajatul wada'.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kefarduan haji adalah sesuatu kewajipan yang mesti ditunaikan tetapi kewajipan ini tidak semestinya ditunaikan dengan segera kecuali setelah cukup syarat istitoaahnya ataupun kemampuannya.

Hikmah falsafah haji dan kerahsiaannya:
Terdapat banyak hikmah dan faedah disyariatkan haji.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tersebut kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) dan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (al-Haj: 28)
Ibn abbas r.a menyatakan maksud faedah dalam ayat berkenaan ialah faedah di dunia dan faedah di akhirat.

Faedah-faedah disyariatkan haji
Membenarkan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi-Nabi yang terdahulu.
Haji telah disyariatkan semasa zaman Nabi Ibrahim a.s. dan haji merupakan antara ibadat yang terawal yang telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Nabi Ibrahim telah memansuhkan amalan menyembah berhala pada zamannya dengan menggantikan dengan amalan Haji itu sendiri.
Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sendiri membangunkan kembali baitullah sehinggakan Makam Ibrahim iaitu tempat Ibrahim mendirikan Kaabah disyariatkan untuk solat di belakangnya.

Pada masa ini juga ibadat korban dimasyhurkan sehinggakan Nabi Ismail digantikan dengan binatang korban. Gantian ternakan korban ini diberitakan adalah dari korban anak Nabi Adam a.s.

Perkara ini telah membenarkan syariat korban itu sendiri dan Rasulullah juga berpesan bagi mereka yang membawa hadyu (binatang ternak untuk korban) hendaklah melakukan korban ini semasa menunaikan haji iaitu semasa di Mina.
Mengingati kembali wasiat yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW

Di dalam wasiat hajatul wada', Rasulullah SAW berpesan bahawa manusia itu datang dari keturunan yang satu dan menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Di dalam wasiat itu, Rasulullah bersaksikan ribuan manusia bahawa syariat Islam telah disampaikan oleh baginda.
Rasulullah berpesan bahawa baginda telah meninggalkan wasiat atau tanda ingatan kepada umatnya yang tercinta bahawa kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi kita berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-hadis.

Lalu Allah SWT telah menyempurnakan agama Islam ini dengan firmannya: Hari ini telah ku sempurnakan agama kamu, dan aku telah kurniaan nikmatku, dan aku reda agama Islam itu agama kamu.

Agama Islam merupakan agama yang lengkap kerana syariatnya bertepatan dengan fitrah manusia. Manusia beroleh berbagai nikmat di antaranya ketenangan atau sakinah. Dan Allah SWT reda kepada hambanya akan agama Islam ini berbanding agama yang lain pada waktu itu seperti Yahudi, Kristian, majusi dan selainnya.

Umat Islam adalah bersaudara
Di antara hikmah disyariatkan haji adalah untuk menyatupadukan umat Islam dari pelbagai latar belakang dan berbagai kaum untuk saling kenal mengenal. Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah SWT secara jelas di dalam al-Quran.
Manusia dijadikan dari kalangan lelaki dan wanita, dari pelbagai kabilah dan kaum supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain.
Maka pekerjaan haji ini menjadi akademi realiti menyatupadukan umat Islam yang bersaudara sebagaimana digambarkan dalam banyak ayat al-Quran dan al-hadis.

Mengingati Kisah Adam a.s.
Nabi Adam adalah manusia seawal-awal penciptaan yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Setelah Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi baginda rasa menyesal di atas kesalahannya melanggar perintah Allah. Rahmat Allah amatlah besar kurnia-Nya telah menemukan Adam bersama isteri tercinta di Arafah.
Kisah ini banyak memberi iktibar kepada umat Islam bahawa mereka ditegah melanggar hukum Islam. Sebagai manusia mereka akan merasa menyesal setelah melakukan kesalahan. Namun begitu Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang lebih-lebih lagi nabi kita memohon ampun lebih 70 kali sehari.

Rehlah Rohaniah
Di antara falsafah haji yang utama ialah haji merupakan rehlah rohaniah atau perjalanan suci berbanding perjalanan yang lain. Perjalanan ini amat penting dan amat lain dari perjalanan yang bersejarah seperti The Silk Road atau perjalanan Ibn Batutah yang terpatri dalam lipatan sejarah.

Ia juga bukan perjalanan seperti melancong ke tempat-tempat yang menarik tetapi perjalanan ini mempunyai pelbagai hikmah dan faedah yang boleh diambil.
Di antara kelainan ialah para jemaah haji adalah tetamu Allah, duyufurrahman. Tetamu ini mendapat jaminan Allah dan di antara keistimewaannya ialah orang yang menunaikan haji cukup dengan rukun dan tertibnya kerana Allah dijamin terhindar dari kepapaan.
Jemaah haji yang pulang dari Makkah kebiasaannya dimuliakan oleh penduduk kariah masing-masing sebagai kemuliaan dari Allah SWT melalui mata manusia.

Selain itu, banyak kelainan yang dapat dilihat semasa menunaikan fardu haji di Mekah. Perasaan hiba dan kesyahduan selalu menyelubungi naluri dan jiwa insan yang bernama adam dan hawa. Mereka saling kuat berazam menunaikan ibadat, berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi lantaran panggilan tuhan yang menusuk ke sudut ulu hati hasil laungan azan.
Perasaan rindu ini adalah hasil doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Ismail atas perintah Allah. "Wahai tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahmu (baitikal haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)".
Inilah rahsia yang amat besar pengertiannya di mana manusia dapat melihat dan merasakan kebesaran Allah di sana. Allah telah bersumpah dengan negeri ini seperti di dalam
firman-Nya: Demi negeri yang amat aman (Mekah). (at-Tiin: 3). Ia menunjukkan bahawa negeri ini dipelihara oleh Allah sejak dahulu lagi sehingga hari kiamat.

Lihatlah dengan mata hatimu wahai makhluk yang bergelar insan, nescaya kamu akan mendapat ketenangan dalam perjalananmu menemui tuhan di alam yang kekal abadi.

Thursday, October 9, 2008

KEWAJIPAN MENYINTAI NABI S.A.W

Keagungan dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w diistiharkan oleh Allah s.w.t yang meletakkan senarai keempat dalam rukun Iman, dan rukun Iman merupakan faktor utama syarat penerimaan keislaman seseorang.

Allah s.w.t melalui ayat 107 dalam surah al-Anbiya’ telah mengistiharkan bahawa Muhammad s.a.w adalah seorang rasul yang amat besar jasanya kepada manusia khasnya dan kepada seluruh alam amnya kerana baginda s.a.w adalah pembawa rahmat. Darjat kemuliaan Nabi s.a.w juga diistiharkan oleh Allah s.w.t melalui firmannya dalam surah Ali Imran ayat 31 yang merakamkan ucapan selawat bersama para malaikatNya ke atas Nabi s.a.w. Para ulama’ mengertikan maksud ucapan selawat oleh Allah s.w.t adalah jaminan kurniaan rahmat yang berkekalan ke atas Nabi s.a.w yang telah menyempurnakan tanggungjawabnya memikul risalah dan amanah Nya. Manakala ucapan salawat para malaikatNya di ertikan sebagai permohonan doa oleh para malaikat agar Nabi s.a.w sentiasa di tingkat dan di tambahkan rahmat dan martabatnya di sisi Allah s.w.t. Demikianlah mulianya dan tingginya darjat Nabi s.a.w yang tidak di perolehi oleh makhluk-makhluk lain.

Para Sahabat Amat Menyintai Nabi S.A.W
Sejarah mencatatkan perihal tingginya tahap kecintaan dan penghormatan para sahabat yang sezaman dengan baginda s.a.w. Zaman awal kebangkitan Islam di Mekah walau pun Nabi s.a.w yang menghadapi tentangan kuffar Quraish dalam berbagai bentuk dan di segenap penjuru, namun para pengikutnya yang kuat imam di gambarkan telah membuktikan rasa cinta dan kasih mereka kepada baginda s.a.w. Di antaranya seorang remaja iaitu Saidina Ali bin Talib r.a demi cinta dan hormat kepada Nabi s.a.w., beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya tidur di katil Nabi s.a.w di saat musuh-musuh ketat Nabi mengepong rumah baginda s.a.w.

Saidina Abu Bakar r.a seorang tokoh bangsawan mengorbankan kebangsawanannya dengan menemani Nabi s.a.w. yang di kejar oleh tentera Quraish di malam hijrah . Di sepanjang perjalanan Saidina Abu Bakar r.a di riyawatkan berjalan kadang-kadang dihadapan nabi s.a.w, dan kadang-kadang dibelakang nabi s.a.w. Perilaku Saidina Abu Bakar r.a ini di tanya oleh Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a menjelaskan tujuan beliau berjalan di belakang Nabi s.a.w, kerana bimbang Nabi s.a.w di serang dari belakang dan semasa beliau berjalan di hadapan Nabi kerana bimbang Nabi diserang dari hadapan.

Kecintaan para sahabat kepada Nabi s.a.w dalam peristiwa Uhud amat mengkagumkan. Di saat pasukan perang Nabi s.aw. di serang balas oleh tentera Quraish berpunca kecuaian pasukan pemanah yang meninggalkan bukit Uhud kerana keinginan mendapatkan harta rampasan perang, digambarkan para sahabat mengorbankan nyawa demi keselamatan Nabi s.a.w. Abu Dujannah mengorban nyawa melindungi Nabi ketika itu yang di hujani oleh lontaran tombak oleh pasukan tentera Quraish sehingga jasad beliau banyak di tusuki oleh anak-anak panah.
Malik bin Sinan r.a membuktikan kasih sayang, cinta dan hormat kepada Nabi telah menghisap darah yang mengalir di muka Nabi dan menelannya.

Tallah bin Ubaidillah di saat ketiadaan senjata namun bersedia menggunakan tangannya untuk menghadapi musuh sehingga jari tangganya putus dan tangannya mengalami kecatatan. Demikian Mus’ab bin Umai seorang pemuda dari kalangan hartawan Mekah yang memegang bendera Nabi, bersedia mengorbankan nyawanya. Ketika dikafankan jenazahnya kain kafannya tidak dapat menutupi jasadnya.
Selanjutnya seorang remaja yang berusia 16 tahun iaitu Umair bin Abi Waqas, demi kecintaan kepada Nabi s.a.w dan ingin melihat kebangkitan Islam telah menyelinap dalam barisan perang Nabi agar tidak di ketahui oleh Nabi s.a.w akan penglibatannya itu, dan bila mana Nabi s.a.w. menyedarinya dan menghalangnya daripada menyertai peperangan, beliau r.a telah menangis dan meratap agar di benarkan ikut serta dalam peperangan. Nabi kemudiaanya, mengizinkannya dan beliau telah mati syahid di usia 16 tahun.

Kecintaan para wanita di gambarkan penglibatan Fatimah Az Zahrah r.a, Siti Aisyah, Ummu Suliat, Ummu Sulaim yang bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa raga demi membantu menyediakan minuman kepada pasukan perang. Tingginya kecintaan seorang wanita dari Bani Dinar di gambarkan bahawa apabila di beritahu bahawa bapa, suami dan abangnya terkorban syahid dalam peperangan Uhud, beliau r.a kurang memberikan perhatian serius’, sebaliknya lebih ghairah bertanyakan perihal Nabi dan keselamatan Nabi s.a.w.

Demikianlah gambaran tingginya tahap kecintaan para sahabat, tanpa mengira kedudukan dan usia rela mengorbankan harta benda, keluarga dan nyawa demi kesejahteraan dan kemenangan Nabi s.a.w menegakkan cahaya Islam.

Allah mewajibkan hambanya menyintai Nabi S.A.W
Allah s.w.t mewajibkan hamb-hambaNYa menyintai Nabi s.a.w. Banyak ayat Al-Quran menjelaskan hal ini, di antaranya :-

(i) Firman Allah, ayat 56, surah Al-Ahzab yang memerintahkan supaya mengucap selawat dan salam, : maksud firman tersebut;
” Sesungguhnya Allah dan malaikatNya bersalawat ( memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi Muhammmad, Wahai orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”

Ucapan selawat dan salam diwajibkan dalam ibadat solat disamping mewajibkannya di luar solat seperti ketika menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi s.a.w, gantinamanya atau pangkat kenabiannya

ii) Firman Allah ayat 31 dalam surah Al-Hasyr yang memerintahkan supaya mentaati suruhan Nabi s.a.w dan meninggalkan tegahanya dalam kehidupan harian”. Maksud firman tersebut; ... dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”

iii) Firman Allah ayat 24 dalan surah Al-Taubah yang memerintahkan suapa menyintai Nabi s.a.w, lebih daripada mencintai ibu bapa, suami-isteri, anak pinak serta harta benda. Maksud firman tersebut ; katakan lah (Wahai Muhammad s.a.w) jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri dan suami-suami kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksanya) ...”


Faedah Menyintai Nabi s.a.w

Terdapat hadis-hadis yang menggariskan beberapa faedah yang akan diperolehi oleh mereka yang benar-benar menyintai Nabi s.a.w, sepertimana berikut :

i) Allah akan melimpahkan rahmat yang berlipat ganda dalam kehidupan harian

ii) Di hari kiamat nanti akan tinggal berdekatan dengan Nabi s.a.w

iii) Akan memperolehi syafaat khas daripada Nabi s.a.w di hari kiamat

iv) Akan terselamat daripada keburukan didunia dan di akhirat


PENUTUP
Sejajar dengan keagongan dan kemuliaan Nabi s.a.w disisi Allah s.w.t, dan besarnya jasa baginda s.a.w kepada umat manusia dan seluruh alam ini, maka bersegeralah kita meningkatkan lagi perasaan dan semangat kecintaan dan penghormatan kita kepada Nabi s.a.w dengan memperbanyakkan ucapan selawat dan sekaligus meningkatkan usaha kearah memahami dan menghayati assunnah dalam kehidupan harian . Semua institusi agama di segenap pelusuk negara seperti masjid, surau, madrasah, sekolah-sekolah agama, pertubuhan dan badan-badan dakwah patut bersama dengan pihak berkuasa agama setiap tahun menganjur sambutan Maulidurrasul.

Demi mengangkat martabat assunnah dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara pula, maka pihak-pihak berautoriti patutlah merangka strategi dan pelan tindakan yang berkesan. Sesungguhnya kejayaan membina peradaban yang cemerlang, gemilang dan terbilang amat memerlukan peranan assunnah.

Renungilah pesanan Nabi s.a.w , yang bermaksud; ”Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, dan jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitulah al-Quran dan Assunnah.