DARIPADA Abi Idris r.a katanya:
Aku dengar pidato Muawiyah r.a, dan adalah beliau jarang bercerita mengenai Rasulullah SAW: Katanya: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Semua dosa diharapkan Allah akan mengampuninya selain dosa mereka yang sengaja membunuh mukmin lain atau mereka yang matinya dalam keadaan kufur" (Riwayat Nasaai')
Huraian:
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW memberi harapan kepada mereka yang terlanjur melakukan kesilapan dan kesalahan bahawa sesungguhnya dosa dan kesalahan tersebut mungkin diampuni Allah dengan rahmat dan keampunan-Nya, melainkan dosa membunuh saudaranya dengan sengaja atau dia meninggal tanpa sempat bertaubat dari dosa kekufurannya. Kerana dosa kufur tidak akan diampuni Allah SWT dan dosa yang bersangkutan manusia lain perlu mendapat keampunan daripada mereka yang berkenaan dulu.
Kesimpulan:
Segala dosa yang dilakukan itu boleh diampuni Allah dengan melakukan taubat nasuha selain dosa mati dalam kufur ( Syirik) dan membunuh yang dilakukan dengan sengaja.
No comments:
Post a Comment