Thursday, October 9, 2008

Peristiwa penting di Zaman Rasulullah s.a.w

Kenali Muhammad s.a.w

Muhammad s.a.w adalah putera tunggal dari Abdullah bin Abdul Mutalib, bin Hasyim bin Abdi Manaf, bin Qushai, bin Hakim, bin Murrah, bin Kaab bin Lu’ai, bin Ghalib, bin Fihr, bin Malik bin Nadhar, bin Kinanah, bin Khuzaimah, bin Mudrikah, bin Ilyas, bin Mudhar, bin Nizar, bin Ma’ad, bin Adnan, adalah keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim a.s

Beliau dilahirkan di rumah Bapa saudaranya Abu Talib pada waktu pagi Isnin tanggal 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April tahun 571 Masehi. Ayahandanya wafat sewaktu beliau dalam kandungan ibunya lagi. Manakala ibunya wafat pada usia beliau empat tahun.

Peristiwa Penting Di Zaman Rasulullah s.a.w


Terdapat beberapa peristiwa penting dalam sejarah di zaman Rasulullah s.a.w antaranya ialah:-

Ketika beliau berusia 4 tahun
- Abu Bakar Shiddiq r.a. dilahirkan

Ketika berusia 13 tahun
- Umar Ibnul Khattab r.a. dilahirkan

Ketika berusia 14 tahun
- Berlakunya perang Al-Fijaar antara suku kaum Kinanah dan Qais,
- Baginda Rasulullah s.a.w ikut serta dalam peperangan ini.

Ketika berusia 25 tahun
- Baginda Rasulullah s.a.w bersama Maisarah berniaga untuk membawa dagangan Siti Khadijah dua bulan sebelum baginda mengahwininya.
- Rasulullah SAW berkahwin dengan Khadijah.

Ketika berusia 30 tahun
- Kelahiran Ali bin Abi Thalib di dalam Kaabah.

Ketika berusia 34 tahun
- Lahirnya Muawiyah bin Abi Sufyan
- Kemudian lahir pula Mu’adz bin Jabal.

Ketika berusia 35 tahun
- Tersebar berita-berita kebaikan Baginda Rasulullah s.a.w dan terkenal kejujurannya.
- Lahir Fatimah Az-Zahra’ r.a.
- Kaum Quraisy membina semula Kaabah.

Ketika berusia 38 tahun
- Terdapat tanda-tanda kenabian seperti melihat sinar dan cahaya serta mendengar suara ghaib.
- Baginda Rasulullah s.a.w mengasingkan dari dari masyarakat arab jahilliyah di gua Hira’.

Ketika berusia 40 tahun
- Malaikat Jibril datang kepada Baginda Rasulullah s.a.w membawa wahyu dari Allah .
- Menurut riwayat, permulaan kenabian pada hari isnin.

Ketika tahun pertama kenabian
- Khadijah, Syadina Ali r.a, Zaid bin Haristah dan Abu Bakar As-Siddik - memeluk islam

Tahun ketiga kenabian
- Rasulullah SAW mulai menyebarkan dakwahnya,

Berdasarkan perintah Allah Taala dalam surah Al-Hijr, ayat 94
Yang Bermaksud : “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.”

Tahun kelima kenabian
- Siti Aisyah r.a dilahirkan
- Hijrah pertama ke Habasyah.

Tahun keenam kenabian
- Hamzah bin Abdul Muthalib memeluk agama Islam.
- Di ikuti tiga hari kemudian oleh Umar bin Khattab.

Tahun ketujuh kenabian
- Kaum Quraisy berkumpul dan sepakat untuk memboikot Bani Hasyim dan Bani Mutthalib dalam jual beli serta hubungan pertalian nikah dan sebagainya.

Tahun ke 8 kenabian
- Turunnya surah Ar-Rum
- Berlakunya peperangan antara Parsi dan Rome.

Tahun ke 9 kenabian
- Tamatnya pemboikotan kaum Quraish terhadap Baginda Rasulullah s.a.w bersama keluarganya
- Berlakunya bulan terbelah dua iaitu Mukjizat Baginda Rasulullah s.a.w.

Tahun ke 10 kenabian
- Bapa saudara Nabi, Abu Talib meninggal dunia.
- Tiga hari kemudian Siti Khadijah r.a. pula meninggal dunia.
- Baginda Rasulullah s.a.w mengahwini Saudah binti Zam’ah r.a.
- Berkahwin dengan Siti Aisyah r.a.
- Baginda berhijrah ke Thaif

Tahun ke 11 kenabian
- Rasulullah SAW menyebarkan dakwahnya kepada suku-suku kaum arab di tempat-tempat pertemuan mereka.


Tahun ke 12 kenabian
- Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj bermula dari Majidil Haram ke Masjidil Aqsha, kemudian naik ke langit dan di situlah Nabi berdailog dengan Allah.
- Nabi Muhammad s.a.w menerima solat lima waktu dari Allah s.w.t

Tahun ke 13 kenabian
- Berlangsung bai’at Aqabah kedua.


Pada tahun ke 14 kenabian
- Tahun pertama Hijrah di mana Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
- Pertama kali azan dilaungkan oleh Bilal Bin Rabbah.


Rasulullah s.a.w wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 7 Jun Tahun 632 Masihi setelah sakit 13 hari. Beliau wafat pada umurnya 63 di rumah isterinya Siti Aisyah r.a.

Firman Allah s.w.t
Muhammad itu tidak hanyalah seorang rasul yang sudah pun di dahului oleh beberapa orang rasul yang telah wafat atau telah terbunuh . Jika demikian, kalau dia pula wafat atau terbunuh patutkah kamu berbalik ke belakang iaitu murtad. Ingatlah sesiapa yang kembali menjadi kafir maka dia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun. Sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur terhadap nikmat kurniaNya.
-surah Ali-Imran ayat 144

No comments: