Tuesday, June 9, 2009

Bercerai sebelum "bersama" dan sebaliknya...

236. Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

237. Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka mema'afkannya (tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu mema'afkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu berma'af-ma'afan (halal menghalal) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

-Surah Al-Baqarah 236-237

2 comments:

ashikin said...

this is the one u have reminded me earlier yea ustaz. im putting your link to my list. a page i would love to visit daily.

Anonymous said...

mmm....insya allah jika ada artikel terkini saya masukkan lagi....sama2 beringat la....Agama itu adalah nasihat- menasihati...AL-hadis