Surah At-Taubah 71-72
Berdasarkan mafhum ayat Quran di atas kita semua digalakkan melakukan amal kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran. Allah menjanjikan kepada kita semua tak kira peringkat umur dan jantina bahawasanya balasan dan ganjaran akan diberikan kepada mereka yang beriman dan taat pada perintah agama.
Janganlah kita rasa selesa dengan apa yang ada pada diri kita. Renungilah kehidupan ini dan apakah matlamat kita dan misi kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Harta, anak-akan- pangkat, kekayaan, kesihatan, kelapangan waktu, kesenangan hidup, merupakan anugerah allah yang amat ternilai. Sewajibnya kita sebagai hamba Allah menggunakan nikmat yang allah kurniakan pada diri kita dengan sebaik-baiknya.
Kehidupan dunia adalah kehidupan yang sementara.....
Firman Allah: dalam surah Al-Anam ayat Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
No comments:
Post a Comment