Saturday, June 6, 2009

Ibrohim sempena nama Nabi Ibrohim alaihi salam


Pada 2-6-2009 saya menerima satu lagi cahayamata ke-4 yang di beri nama IBROHIM sempena nama Nabi Ibrohim. Kelahiran IBROHIM ini juga bersamaan dengan tarih lahir isteri saya. Ini ada ketentuan dan anugerah dari Allah s.w.t. Semoga IBROHIM menjadi anak yang soleh dan memiliki sifat-sifat yang mulia sebagaimana nabi IBROHIM alaihi salam. Insya Allah. 

DOA NABI IBROHIM YANG DI CERITAKAN DALAM SURAH IBROHIM 

35. Dan (ingatlah) tatkala Nabi Ibrabim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Jadikanlah negeri Mekah ini negeri aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

36. "Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesatu banyak di antara umat Islam manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)

37. "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan mema'murkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dari hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

38. "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah,

39. "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Isma'il dan Ishaq. Sesunggunya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan do'a permohonan.

40. "Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunan. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah do'a permohonanku.

41. "Wahai Tuhan kami, Berilah ampun bagiku dan kdua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".

-Ruj Surah Ibrohim ayat 35-41

6 comments:

Anonymous said...

Salam..insyaAllah..Ibrohim akan menajadi anak yg solleh..Amin. nama penuh nya? Ahmad Ibrohim?

Azly AK

Anonymous said...

Kelahiran Ibrohim pada genap setahun kembalinya 'Baba/Ayoh/Papa' nya balik dari Umroh 2008.

Azly AK

Anonymous said...

hmmm........IBROHIM nama penuh. Ringlas sahaja...
IBROHIM BIN MOHD SALMAN :-)

Umurina said...

ye...begitu cepat masa berlalu...sudah setahun kita pergi umrah yer...:) rezeki masa kat mekah tu....dapat anak lelaki...
-Dan (ingatlah) tatkala Nabi Ibrabim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Jadikanlah negeri Mekah ini negeri aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Surah Ibrohim: 35

ashikin said...

tahniah ustaz & isteri. semoga ibrohim menjd anak yg terpuji pekertinya dan menjd anak yg soleh..

Umurina said...

TQ shikin...smg Allah juga mengurniakan awak berdua cahayamata yang soleh dan solehah...AMALKANLAH DOA INI..

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.- Surah Al-Furqan:74