Kita puas hati dan gembira apabila seorang yang terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan untuk mendapat sesuatu daripada keperluan duniawi ini.
Kita menganggapnya sebagai tugas supaya kekal mentaati-Nya. Di sini, Allah memberikan jaminan-Nya untuk kebahagiaan abadi selepas mati.
Sembahyang lima waktu sehari semalam tidak mengambil banyak masa pun. Jika
dengan ini pun kita tidak mahu menerima peluang ini, maka diri kita sendirilah yang harus dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu. Solat adalah cara istimewa dalam interaksi dengan Allah kerana ia dimulakan dengan membersihkan bahagian anggota badan tertentu. Satu daripada tujuan umat berkomunikasi dengan-Nya untuk memohon pertolongan.
Firman-Nya bermaksud : "Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat..." (Surah al-Baqarah, ayat 45)
Mohonlah kepada-Nya. Sebaik-baik permohonan adalah menurut apa yang diajar-Nya dalam al-Quran.
Solat juga masa untuk mengingati Allah. Firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati aku." (Surah Thaaha, ayat 14)
Abu Qatasah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "Allah berfirman : Hai
Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu.
"Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."
Adalah diriwayatkan dalam sepotong hadis lagi bahawa Allah mewajibkan sembahyang lima waktu.
Barang siapa menjaga solatnya dengan berwuduk dengan sempurna dan solat pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah menjamin iaitu dia akan memasuk syurga.
Barang siapa tidak menjaga solatnya, maka tidak ada jaminan ini baginya, dia mungkin diampun atau tidak
Abu Hurairah pula menceritakan: "Dua orang dari satu kabilah datang kepada Rasulullah saw dan memeluk Islam serentak.
"Salah seorang daripadanya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya.
"Talhah bin Ubaidullah berkata bahawa telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian dimasukkan ke dalam syurga dulu daripada si mati
syahid itu.
"Ini menakjubkan. Aku tidak ingat sama ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah.
"Bagaimanapun, Rasulullah bersabda bermaksud: Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6,000 rakaat atau lebih ketika setahun hidup setelah si syahid itu mati?"
"Sesungguhnya kita tidak tahu berapa besar nilainya solat itu.
"Rasulullah kerap didengar bersabda: Sejuk pandangan mataku ialah dalam
bersolat.
"Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat. Demi itu
apakah lagi yang lebih nilainya daripada solat." Ibn Mas'ud pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "Menjelangnya waktu solat seorang malaikat ditugaskan supaya menyeru: Hai anak Adam! Bangun dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakar dirimu.
"Manusia pun bangun, berwuduk dan sembahyang Zuhur. Ini menyebabkan dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun.
"Demikianlah diulangi pada waktu Asar, Maghrib dan Isyak. Selepas Isyak orang tidur, tetapi ada sesetengah sibuk mengerjakan kebaikan dan selebihnya sibuk mengerjakan maksiat."

No comments:
Post a Comment