Terdapat tiga keistimewaan Nabi Ibrahim yang tidak dimiliki oleh nabi dan manusia lain, yang sekaligus dicerminkan dalam ibadah haji.
Pertama:-
Ibrahim menemui Tuhan melalui pencarian dan pengalaman rohani.
Kedua:-
Ujian untuk mengorbankan anakandanya Nabi Ismail a.s digantikan dengan seekor binatang kibas oleh Allah SWT. Ini bermaksud bukan kerana manusia itu terlalu mahal untuk pengorbanan itu. Justeru apabila panggilan Ilahi tiba, tiada satupun yang mahal.Ini semua kerana rahmat dan kasih Tuhan. Dahulukan Allah dari perkara2 yang lain..
Firman Allah dalam Surah Al-Shaffat 104-105 :
Ibrahim, cukuplah, kamu sudah membuktikan dirimu sebagai orang yang setia kepada Tuhan!
Ketiga:-
Nabi Ibrahim adalah satu-satunya nabi yang bermohon agar diperlihatkan bagaimana Tuhan menghidupkannya yang mati, dan permohonan tersebut dikabulkan oleh-Nya.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 260 :
Dan (ingatlah) ketika nabi Ibrahim merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati." Allah berfirman yang bermaksud "Adakah Engkau belum percaya (kepada Kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan(aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)".
Allah berfirman: "Jika demikian, ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincangkanlah semuanya). Setelah itu letakkanlah diatas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu, nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha bijaksana,''.
No comments:
Post a Comment