Wednesday, November 12, 2008

Saie....

Saie adalah pergi ulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-Syarat Saie
Saei yang sah adalah memenuhi beberapa syarat iaitu: * Dilakukan selepas mengerjakan tawaf yang sah. Tawaf Qudum untuk Haji Ifrad atau Haji Qiran. Tawaf Haji * Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. * Cukup tujuh kali dengan yakin. Dikira dari Safa ke Marwah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa satu pusingan. * Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah, pada setiap pusingan saie. * Hendaklah melakukan saie di Batnul Wadi (tempat termaklum) * Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan saie.

Sunat-sunat Saie

* Keluar ke tempat saie melalui pintu Safa (Babul As-Safa) lMenaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah sehingga sampai ke batu-batu bukit yang asal.

* Menghadap kiblat dan melambai kedua-dua tangan sambil bertakbir semasa berada di Bukit Safa dan Bukit Marwah.

* Muwalat (Berturut -turut)

* Bagi kaum lelaki, lakukan ramal yakni berlari-lari anak apabila berada di kawasan antara dua lampu hijau

* Berjalan kaki.

* Dalam keadaan berwuduk

* Bercukur/Bergunting

Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala, bagi lelaki dan wanita. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri dari pantang larang ihram. Waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah.

Biasanya jemaah akan menunaikan ibadat bergunting setelah selesai melontar jamratul Kubra di Mina.

Sunat-sunat bercukur/bergunting

*Bagi kaum lelaki, adalah afdal bercukur kesemua rambut.

*Bagi kaum wanita, memadailah bergunting tiga helai seruas jari.

*Bagi mereka yang tidak mempunyai rambut, adalah sunat melalukan mata pisau di atas kepala. *Mulakan cukuran atau guntingan dari sebelah kanan ke sebelah kiri dengan mengadap kiblat, diiringi dengan bacaan doa semasa bercukur sambil memegang rambut di kepala.

Peringatan

*Masa waktu melontar Jamrah Al-Aqabah, Bercukur/Bergunting, Tawaf Haji dan Saie Haji (jika belum dilakukan sesudah Tawaf Qudum) ialah selepas berlalu separuh malam 10 Zulhijjah.

*Tertib dari kebanyakan rukun

Rukun-rukun haji hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun.

Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuquf kecuali didahului oleh niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saie kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum.

Contoh tertib mengikut kebanyakan rukun

* Niat ihram mendahului rukun-rukun yang lain

* Wuquf mendahului Tawaf Haji
* Saie Haji boleh dikerjakan sebelum Wuquf dan Tawaf Haji bagi yang menunaikan Haji Qiran atau Haji Ifrad

* Tawaf dan bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf dan setelah berlaku separuh malam 10 Zulhijjah. Jemaah boleh melakukan mana-mana dahulu.


Wallahhu aklamu bissowaf

No comments: