Wednesday, March 4, 2009

Mudarat arak lebih banyak daripada manfaatnya...

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 219: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan pula beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebihbesar daripada manfa'atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah  apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Al-Quran sejak awal memberi amaran mudarat arak lebih banyak daripada manfaatnya iaitu: 

Apabila banyak diminum, arak boleh merosakkan selaput lendir perut serta menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian lain tubuh manusia, terutama jantung dan buah pinggang. 

Menjadikan seseorang sesak nafas kerana alat pernafasan terganggu. 

Boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat alkohol kepada hati dan jantung. 

Minum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan menyebabkan barah perut. 

Profesor A J Arberry mengatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malah mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah mendapat penyakit ahmar atau lumpuh. 

"Selain itu, seseorang yang mabuk akibat arak hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka keburukan dirinya kepada orang lain." 

Penyusun Ensiklopedia Islam, Profesor Muhammad Farid Wejdi menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan arak. Jika dibanci orang sakit di hospital seluruh dunia, nescaya paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan urat saraf disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, pundi makanan, tali perut disebabkan arak."

Nyatalah kebenaran firman Allah keburukan dan kerosakan kepada manusia disebabkan arak lebih banyak daripada kebaikannya.

No comments: