Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi
1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
2.Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3.Membaca dalam keadaan berwudhuk.
4.Mengadap ke arah kiblat.
5.Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6.Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin mengahfaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
7.Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.
Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbuyl riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin.
8.Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
9.Membaca dengan mentadabbur dan menangis.
Tahukah Anda!!!
Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.Sebagai contoh orang-orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
10.Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.
11.Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
12.Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
13.Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.
Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai”.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim
14.Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
15.Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
16.Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.
17.Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.
Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu :
18. Mengucup al-Quran kerana dkiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah kepada.
19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.
20.Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.
21.Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.
22.Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
No comments:
Post a Comment