Islam juga amat menitikberatkan tentang pentingnya seseorang itu menjaga kesihatan fizikal. Ini kerana tubuh badan yang sihat akan melahirkan akal yang cerdas dan bijak sebagaimana dinyatakan di dalam sebuah kata-kata hikmah:
- Maksudnya : “Akal yang sihat dan bernas hanya terdapat pada orang yang memiliki tubuh badan yang sihat.”
Bahkan Rasulullah s.a.w. menyuruh para ibubapa dan penjaga supaya mengajarkan kepada anak-anak mereka melakukan riadah, antaranya sabdanya yang berbunyi:
- Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu berenang dan memanah.
Riwayat Ad-Dailami.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal ayat 60:
- Maksudnya : “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dan pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dan mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya; Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
Oleh itu ibubapa dan penjaga hendaklah mengajar dan menunjuk kan apakah dia riadah yang sesuai dan tidak bertentangan dengan syariat Islam iaitu dan sudut jenis riadah, cara berpakaian, masa beriadah, pergaulan semasa beriadah iaitu dari segi fizikal dan mental.
WAHAI TUHAN KAMIKU,.Ya Allah jadikan lah kami hamba2mu yang bertaqwa Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, AMIN YA RAB
Thursday, February 26, 2009
Riadah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment