Pastikan Anak-Anak Berada Di Rumah Terutama Di Waktu Maghrib Dan Subuh.
Ibubapa dan penjaga hendaklah mengambil berat dan memastikan anak-anak mereka berada di rumah sebelum waktu maghrib dan tidak berkeliaran di jalan-jalan, tembok-tembok, pusat-pusat hiburan dan pusat membeli belah, pusat-pusat permainan dan di mana sahaja tempat-tempat yang tidak sesuai. Ini kerana waktu yang demikian adalah waktu di mana Syaitan berkeliaran.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Falaq:
- Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ía ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ía masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ía melakukan dengkinya”.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
- Maksudnya : “Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu daripada duduk (berada) dijalan-jalan”
Riwayat Ahmad
Memisahkan Tempat Tidur Antara Anak Lelaki Dan Anak Perempuan.
Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa dan penjaga menyediakan tempat tidur yang berasingan di antara anak lelaki dengan anak perempuan sebagaimana hadis RasuluHah s.a.w. yang berbunyi:
- Maksudnya : “Dan hendaklah kamu pisahkan di antara mereka di lempat tidur.”
Riwayat Al-Hakim
Meminta Izin Untuk Memasuki Bilik.
Islam telah memberikan garis panduan bagi mendidik anak-anak supaya menjaga hak-hak dan kehormatan di antara satu sama lain terutama hak ibubapa terhadap anak-anak dan sebaliknya. Hak yang paling penting ialah menjaga aurat dan maruah sesama ahli keluarga. Untuk itu Islam menyuruh setiap ahli keluarga supaya memmnta izin sebelum memasuki bilik sesama mereka khususnya yang berlainan jantina.
Firman Allah Taala dalam sunah An-Nun ayat 58-59:
- Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu, dalam tiga masa iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah liga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang rnenjelaskan hukum-hukumNya), dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang rnenjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Perbuatan meminta izin ini adalah bagi mendidik akhlak anak-anak supaya terpelihara daripada terpandang perkara-perkara yang mengaibkan seterusnya mengelakkan dari berlakunya sumbang mahram atau haruan makan anak.
Memperkukuh Belaian Kasib Sayang.
Kasih sayang adalah anugerah dan yang paling tinggi daripada ibubapa terhadap anak-anak. Ibubapa bertanggungjawab memperkukuh dan mengeratkan belalan kasih sayang secara seadil-adilnya di antara anak-anaknya kerana ia menjadi benteng kepada mereka daripada pengarub-pengaruh yang negatif.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
- Maksudnya : “Bukan daripada kami orang-orang yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang-orang dewasa”.
Riwayat At-Tarmizi.
Sabdanya lagi:
- Maksudnya : “Orang-orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi oleh Allah Taala, Oleh itu hendaklah kamu mengasihi makhluk yang ada di atas muka bumi nescaya kamu akan dikasihi penghuni di langit”.
Riwayat Abu Daud
Anak-Anak Digalakkan Makan Masakan Ibu / Keluarga
Makanan mempengaruhi pembentukan fizikal dan mental. Maka ibubapa hendaklah memberikan keutamaan terhadap setiap makanan yang dimakan oleh anak-anak dan sebaik-baik makanan ialah yang halal dan dimasak oleh ibu dan ahli keluarga. Ini kerana makanan tersebut memberi kesan yang amat mendalam pada naluri dan pembesaran anak-anak seterusnya dapat membangkitkan kasih sayang yang tinggi dan ketaatan ke atas ibubapa serta sifat saling menghormati di kalangan ahli keluarga.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
- Maksudnya : “Sesungguhnya Allah itu baik dan suka kepada yang baik, bersih dan suka kepada yang bersih.
Riwayat At-Tarmizi.
No comments:
Post a Comment