Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 2 Yang Bermaksud:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Pembuangan bayi itu dipercayai dilakukan insan yang tidak bertanggungjawab antaranya mungkin hasil hubungan luar nikah. Al-Quran dan Sunnah sering memperingatkan nilai hidup setiap makhluk. Kita dilarang mencabut nyawa janin termasuk haiwan kecuali atas ketentuan dibenarkan Allah. Tanpa rasa belas kasihan ibu atau pasangan terbabit sanggup membuang bayi yang dikandung.
Manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan ketika bertindak. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan hasil hubungan haram dapat dirasai secara berulang kali.
Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud:
"Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."
Anak anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan harus lahir daripada ikatan perkahwinan kerana secara fitrah manusia berhajat kepada kurniaan itu.
Justeru, manusia mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.
Sabda Rasulullah bermaksud:

"Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman jahiliah apabila membunuh bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga.
Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anak, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (riwayat Bukhari).
Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu.

Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.
Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji untuk menutup malu selepas melakukan zina.
Pasangan yang dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran sehingga melahirkan bayi di luar nikah. Kegawatan sosial adalah permasalahan bersama dan memerlukan penyelesaian bersepadu, kolektif dan terancang. Strategi menanganinya memerlukan pendekatan proaktif termasuk pendekatan aspek keagamaan adalah tunjang kerohanian bagi individu Kefahaman yang tinggi dalam pegangan agama dan nilai kerohanian adalah asas pembentukan sahsiah manusia.
Agama memainkan peranan penting untuk memandu ke arah tingkah laku sesuai dengan pertimbangan dan rasional rutin hidup seharian.
Menurut Prof Dr Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan dua faktor yang saling berhubung iaitu qudwah atau teladan dan pengaruh persekitaran kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.
Justeru, setiap anak memerlukan contoh teladan, mentor dan qudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh berkaitan dapat diikuti dan dihayati dalam kehidupannya.
Ibu bapa adalah model terawal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi qudwah terbaik. Mereka harus bijak mengawasi persekitaran kekeluargaan dan agar lahirnya situasi yang sihat dan cemerlang ke arah membentuk keluarga harmoni.
Seluruh lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan, khususnya dalam memastikan anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Cabaran menangani gejala sosial terutama membabitkan kes pembuangan bayi harus diberi perhatian serius. Tindakan segera perlu diambil supaya terus merebak menjadi penyakit sosial sukar diubati.
Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.
Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Jika terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap. sama sekali ada yang terbabit dalam kes seperti ini.

Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 3
Yang Bermaksud : Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tida ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment