Air zam-zam disediakan di setiap sudut di dalam Masjdil Haram dan Masjidil Nabawi....apa yang penting ialah doa perlu di amalkan dalam melakukan setiap pekerjaan samada makan, minum, bermain, dsbg.
Zamzam mujarab ikut niat peminum AIR zamzam dianggap air yang suci dan berkat. Penduduk di Makkah sentiasa berbuka puasa dengan air zamzam atau dengan buah kurma sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.Fuqaha bersepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Hal ini kerana Nabi Muhammad saw minum air zamzam.
Berdasarkan nas asy-Syafi‘eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
-------------------

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin ‘Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.
Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam.
Sejarawan sepakat menyatakan bahawa air zamzam adalah minuman Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar.

AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: “Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi.
“Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

No comments:
Post a Comment