
Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu meni'mati kemudahan dengan mengerjakan 'Umrah, (dan terus meni'mati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing; semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna.
Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). al-Baqarah 196
No comments:
Post a Comment