a) Jika perempuan yang beriddah dari talak raj'i, maka wajib bagi suami memberi isteri
nafkah, iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kerana isteri yang tertalak dengan talak
raj'i masih dianggap sebagai isterinya lagi selama tempoh iddah belum berakhir.
b) Jika beriddah dari talak ba'in, perlu dilihat; -jika dia sedang hamil maka wajib memberi nafkah seperti makanan, tempat tinggal dan
pakaian. -Jika tidak dalam keadaan hamil, maka hanya diwajibkan menyediakan tempat tinggal sahaja. Dan tidak diwajibkan nafkah makanan dan pakaian.
c) Jika iddah kerana kewafatan suami, tidak wajib diberi nafkah kerana perkahwinan mereka telah berakhir dengan kematian.
d) Jika iddah dari perkahwinan yang fasid atau syubhah, maka tidak wajib diberikan nafkah.
No comments:
Post a Comment