Masjid ini telah dibina oleh Jauhar as-Siqilli di bandar Kaherah atas arahan Khalifah Fatimiah iaitu al-Muiz Lidinillah. Masjid ini dibina di antara tahun (359 - 361 Hijrah) ( 970 - 972 Masehi). Ia berhadapan dengan Masjid Sayidina Hussien.
Ia merupakan sebuah masjid yang terkenal juga sebagai sebuah pusat pengajian Islam. Dinamakan dengan al-Azhar sebagai isyarat kepada az-Zahra' iaitu gelaran kepada Saidatina Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Masjid ini berfungsi sebagai sebuah Universiti buat pertama kalinya pada zaman pemerintahan kerajaan Mamalik, kemudian pada tahun 1961 Masehi ia berubah menjadi sebuah Universiti moden yang mempunyai beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai pusat penyebaran pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di negara Mesir serta dunia Islam keseluruhannya. Masjid ini mempunyai lima buah menara yang berbagai bentuk serta mempunyai 13 mihrab. Di dalam masjid ini terdapat sebuah perpustakaan yang sangat besar.
الجامع الأزهر (مصر) : بناه جوهر الصقلي بأمر من الخليفة الفاطمي المعز لدين الله، بني
بين سنتي (359-361هـ) (970-972م) بمصر، وهو من أشهر جوامع الإسلام وأكبر جامعة دينية، سمي بالأزهر إشارة إلى الزهراء وهو لقب فاطمة بنت الرسول صلى الله عليه وسلم. أصبح جامعة لأول مرة في العهد المملوكي ثم أصبح جامعة حديثة عام 1961م تضم عدة كليات. يعتبر الأزهر سجلا لأقطاب الفكر والسياسة و علوم الدين في مصر والعالم الإسلامي، له خمس مآذن مختلفة الطراز وثلاثة عشر محرابا، وملحق به مكتبة كبيرة جدا.
Renungan bersama: Sesiapa yang mengajar kebaikan atau mencari ilmu di masjid, ia bagaikan orang yang berjuang menegakkan agama Allah SWT (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
No comments:
Post a Comment