Ulama berkata berkenaan dengan menikahi wanita yang hamil:
Kalaulah kehamilan kerana zina ada dua pendapat berkenaan dengan hukum akad nikah yang dijalankan:-
Pertama: Batal akad nikahnya. Ini adalah pendapat mazhab Hambali, Maliki dan kebanyakan para ulama.
Kedua: Sah akad nikahnya. Namun tidak boleh berjimak dengan wanita tersebut sehinggalah dia melahirkan anak. Ini adalah pendapat Syafie dan Abu Hanifah.
Dalil dalam masalah ini adalah hadis Nabi s.a.w:Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah air maninya disiramkan pada anak orang lain.(Hr Tirmizi -Hasan)Ulama berkata: sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang dia berzina dengannya, dia boleh berjimak dengannya walaupun perempuan tadi sudah hamil kerana kehamilan itu daripadanya dan tidak termasuk larangan menyiram air mani ke pada anak orang lain.
Sekiranya dia berkahwin dengan orang yang berzina dengan orang lain dan tidak mengandung maka dia boleh berjimak dengannya selepas akad nikah. Adapun sekiranya wanita yang dinikahi itu hamil daripada orang lain maka hukumnya telah lepas iaitu dua pendapat.
Rujukan: Ahsanul Kalam Fil Fatawa wal Ahkam edisi Fatawa Jadidah oleh Syeikh Atiah Saqor.
No comments:
Post a Comment