Friday, July 18, 2008

Eddah

Definasi iddah
Menurut bahasa, iddah bermakna bilangan. Menurut syarak bermaksud masa menunggu bagi wanita yang tercerai untuk diketahui bahawa rahimnya bebas dari kandungan atau untuk ta'abbud atau untuk berkabung atas kematian suami.

Ta'abbud ialah: Suatu perkara yang tidak boleh difikirkan secara logik mengenai maknanya,
samada ia berbentuk ibadat atau tidak.

Hukum iddah Iddah adalah wajib ke atas perempuan, dan dalil yang mendasari hukum ini ialah: i. Firman Allah Taala mengenai iddah wanita yang kematian suami: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu
dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya
(beriddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa
bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat pada diri mereka menurut makruf. Allah

Mengetahui apa yang kamu berbuat. (Surah al-Baqarah: 234)
ii. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tinggallah engkau di rumahmu sehingga habis masa iddahmu, maka beriddahlah engkau di sana selama empat bulan sepuluh hari." (HR Abu Daud & Tirmizi) Dengan ini maka tidak ada iddah bagi lelaki. Mereka dibenarkan berkahwin dengan perempuan
lain sejurus selepas perceraian berlaku.

No comments: