Friday, July 18, 2008

Iddah perempuan yang kehilangan suami

Kehilangan suami ialah ghaib yang tidak diketahui samada masih hidup ataupun telah mati.
Contohnya seorang suami yang pergi ke suatu tempat seperti pergi ke masjid untuk menunaikan
solat, kemudian dia tidak pulang ke rumah, atau hilang semasa peperangan, atau hilang semasa
belayar dengan kapal laut. Suaminya ini tidak boleh dihukumkan sebagai telah mati dalam
pembahagian harta pusaka, dan begitu juga dalam masalah perkahwinan. Dengan ini perempuan
berkenaan tidak boleh beriddah sehingga telah benar-benar diyakini bahawa suaminya telah
mati atau telah menjatuhkan talak. Perpindahan kepada iddah kematian Jika seorang perempuan yang sedang menjalani tempoh iddah dengan sebab talak ruj'i, tiba-tiba kematian suami, maka wajiblah berpindah kepada iddah
kematian iaitu empat bulan sepuluh hari.

Manakala jika dia sedang beriddah dengan sebab talak ba'in pula, dia wajib meneruskan iddah asalnya, iaitu tidak berpindah kepada iddah kematian.

No comments: