Imam mesti berkebolehan membaca Al-Qur’an dengan bagus, lebih bagus dari orang lain. Jika bacaan sama-sama bagus, hendaklah dipilih orang yang mengetahui tentang sunnah. Jika sama-sama mengetahui tentang sunnah, dipilih orang yang lebih dahulu berhijrah ke Madinah. Jika sama-sama berhijrah, dipilih orang yang lebih dahulu masuk Islam (Hadith Riwayat Muslim; Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i).
Imam adalah pemimpin. Beliau wajib dituruti oleh makmun sama ada di dalam takbir, ruku’ atau sujud. Makmun tidak boleh mendahuluinya. Malah sama ada Imam bersembahyang berdiri atau duduk, makmun wajib mengikutinya (Hadith Riwayat Abu Daud). Pengikut-pengikut Imam pula ialah orang-orang yang mahu bertaqwa (Al Furqaan 25: 74). Pada masa yang sama, Imam perlu meringankan makmun, kerana di antara mereka ada yang kecil, ada yang tua, ada yang lemah dan ada yang mempunyai keperluan (Hadith Riwayat Muttafaqun ‘alaih).
Ketika Bersama Imam Terawih jemputan dari Syria Syeikh Muktasim dan Ketua Pengarah JAKIM berserta Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan ketika Majlis Khatam Quran pada malam 27 Ramadhan 1428H.
No comments:
Post a Comment