Dari Abu Hurairah, ia berkata:
“Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Dijadikan Imam itu tiada lain melainkan untuk diturut, maka apabila ia bertakbir, hendaklah kamu bertakbir dan janganlah bertakbir hingga ia bertakbir; dan apabila ia ruku’, maka hendaklah kamu ruku’ dan janganlah kamu ruku’ hingga ia ruku’ dan apabila ia berkata sami’allahu liman hamidah, hendaklah kamu berkata (menjawab) Allahumma robbana lakal hamdu; dan apabila ia sujud maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu sujud hingga ia sujud; dan apabila ia solat berdiri maka hendaklah kamu solat berdiri dan apabila ia solat duduk maka hendaklah kamu sekalian solat duduk” (Hadith Riwayat Abu Daud).
No comments:
Post a Comment