i. Haram dipinang Seorang lelaki asing tidak dibenarkan meminang secara terus-terang
terhadap perempuan yang sedang menjalani tempoh iddah, samada iddah dengan sebab tertalak atau kematian suami.
Mengenai peminangan secara sindiran pula, tidak dibenarkan kepada perempuan yang sedang
beriddah sebab tertalak, tetapi dibenarkan kepada perempuan yang beriddah sebab kematian
suami.
ii. Haram berkahwin. Tidak boleh bagi seorang lelaki asing mengahwini perempuan yang sedang menjalani tempoh iddah. Jika dilakukankan juga, maka nikahnya adalah batil. Wajib dipisahkan antara pasangan ini. Namun bagi yang empunya iddah (bekas suami) boleh mengahwininya.
iii. Haram keluar dari rumah Bagi perempuan yang sedang menjalani sebarang bentuk iddah diharamkan keluar dari tempatnnya menjalankan iddah kecuali jika ada keuzuran.
Bagi perempuan yang tertalak dengan talak ba'in atau kematian suami, boleh keluar pada waktu siang untuk membeli makanan, sayuran atau lain-lain barang keperluan. Dan untuk perkara ini
tidak dibenarkan keluar pada waktu malam. Walaubagaimanapun dia dibenarkan keluar pada waktu malam ke rumah jirannya dengan tujuan yang dibenarkan seperti mahu menjahit pakaian, bercakap sesuatu perkara yang penting atau sebagainya. Hal ini disyaratkan tidak ada lelaki di tempat tersebut yang dapat berbual-bual atau beramah mesra dengannya. Dan selepas selesai urusan di tempat itu, dia dikehendakki pulang dan bermalam di rumahnya sendiri.
Perempuan yang sedang dalam tempoh iddah raj'i pula, tidak dibenarkan keluar rumah kecuali telah mendapat keizinan dari bekas suaminya atau tanpa keizinannya tetapi dalam keadaan darurat. Kerana bekas suaminya itu masih berkewajipan menanggung seluruh nafkahnya. Seperti juga hukumnya dengan perempuan yang tertalak dengan talak ba'in yang sedang hamil.
Perempuan yang sedang iddah kerana kematian suami dibenarkan berpindah rumah sekiranya dia khuatir akan kebinasaan diri, anak atau hartanya.
iv. Kewajipan tempat tinggal dan nafkah Nafkah dan tempat tinggal adalah hak perempuan yang wajib diberikan oleh suami.
No comments:
Post a Comment