Saya ingin tahu tentang Sujud Tilawah mengenai perkara di bawah:-
a) Niat
b) Sebab dilakukan
c) Cara melakukannya dan bila dilakukan
d) Hukumnya
Jawapan : Alhamdulillah, inilah jawapannya: Berikut ini saya terjemahkan secara bebas dari kitab mazhab Syafi'i al-Iqna' oleh Syeikh Muhamad al-Syarbini al-Khatib.
Yang bertanda (=>) adalah komentar dari saya:
Sunat melakukan sujud oleh orang yang membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat sajadah yang disyariatkan. Samada dia mendengarnya dengan sengaja ataupun tidak. Dan sangat dituntut bersujud kepada pendengar dengan sujudnya pembaca.
Ayat-ayat sujud terdapat pada 14 tempat, iaitu:
1 . Dua tempat di dalam surah al-Hajj.
2 . Surah al-Najm.
3 . Surah al-Insyiqaq.
4 . Surah al-Alaq (Iqra’).
5 . Surah al-A’raf.
6 . Surah al-Ra’du.
7 . Surah al-Nahl.
8 . Surah al-Isra’.
9 . Surah Maryam.
10 . Surah al-Furqan.
11 . al-Naml
12 . Surah Alif Lam Mim Tanzil.
13 . Surah Ha Mim al-Sajadah.
Masalah: Orang yang bersembahyang hendaklah melakukan sujud kerana bacaan ayat-ayat sajadah yang dibacanya sendiri, kecuali makmum. Mereka bersujud dengan sujudnya imam .
=> Makmum hendaklah mengikut imam. Jika imam melakukan sujud sejadah, dia hendaklah melakukannya juga. Jika imam tidak lakukan, dia tidak boleh melakukan. Jika bercanggah, batal sembahyang makmum. Itulah maksud maslaah di bawah ini:
Masalah: Jika makmum tertinggal dari mengikut imam melakukan sujud tilawah, atau makmum bersujud tilawah sedangkan imam tidak, maka batal sembahyangnya.
Sujud tilawah di dalam sembahyang:
Untuk melakukan sujud tilawah, sunat bertakbir. Iaitu ketika hendak turun/tunduk bersujud dan naik dari sujud. Tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud .
Rukun sujud tilawah di luar sembahyang ialah takbiratul ihram (disertai dengan niat), sujud dan salam. Syaratnya seperti syarat sembahyang, dan tidak boleh bercerai jangka waktu yang lama menurut urf antara sujud dan bacaan ayat sajadah.
=> Ucapkan `Allahu Akbar' (disertakan niat), sujud, duduk dan salam.
=> Niatkan di dalam hati mahu bersujud tilawah.
=> Bacaan yang sunat dibaca di dalam sujud ialah: Rasulullah s.a.w. membaca di dalam sujud kerana mendengar al-Quran (tilawah):
(HR al-Khamsah kecuali Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.)
=> Syaratnya adalah seperti syarat di dalam sembahyang, antaranya ialah suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat dbsnya.

No comments:
Post a Comment