Setiap solat fardhu dihiasi dengan solat sunat rawatib, dan perkara ini telah disebutkan di dalam As-Sunnah yang sahih dan suci, baik berupa perkataan, perbuatan mahupun pengakuan dari pembawa syari'at.
Solat sunat rawatib ini mempunyai faedah yang besar dan pahala yang agung, berupa tambahan kebaikan, ketinggian darjat, penghapusan keburukan, mengisi kekosongan dan menyempurnakan kekurangannya. Oleh itu, perhatian yang penuh harus ditumpukan terhadap solat rawatib. Seboleh mungkin, kita mesti menyempurnakannya.
Walaubagaimanapun, ketika di dalam perjalanan, tidak pernah disebutkan dari Rasulullah SAW adanya satu solat sunat rawatib kecuali solat dua rakaat fajar. Beliau tidak pernah meninggalkannya, baik ketika menetap mahupun ketika dalam perjalanan.
Dari Abdullah bin Umar RA, dia berkata, "Aku pernah solat dua rakaat sebelum Zohor bersama Rasulullah SAW dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah Jumaat, duarakaat sesudah Maghrib dan dua rakaat setelah Isyak."
Di dalam suatu lafaz disebutkan, "Adapun (rawatib) Maghrib, Isyak, Fajar dan Jumaat dikerjakan di rumah beliau."
Di dalam lafaz Al-Bukhari disebutkan bahawa Ibnu Umar berkata, "Aku diberitahu Hafsah, bahawa Rasulullah SAW biasa solat dua rakaat yang ringan setelah fajar menyingsing, dan itu merupakan saat aku tidak menemui Nabi SAW."
Di dalam hadith ini terkandung penjelasan lima solat sunat rawatib bahawa:
1* Solat Zohor mempunyai empat rakaat, dua rakaat sebelumnya dan dua rakaat sesudahnya.
2* Solat Jumaat mempunyai dua rakaat sesudahnya,
3* Solat Maghrib mempunyai dua rakaat sesudahnya
4* Solat Isyak mempunyai dua rakaat sesudahnya.
5* Rawatib Maghrib, Isyak, Subuh dan Jumaat dikerjakan Rasulullah SAW di dalam rumah.
Ibnu Umar RA mempunyai hubungan yang erat dengan rumah Rasulullah SAW kerana kedudukan Hafsah di sisi Rasulullah SAW. Kerana itu dia dapat masuk ke tempat Baginda saat beribadah tetapi tetap memperhatikan adab, sehingga dia tidak masuk kecuali hanya sesekali waktu saja dan tidak masuk pada saat-saat yang tidak diizinkan, kerana mengikuti firman Allah yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kalian miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kalian, meminta izin kepada kalian tiga kali (dalam satu hari) iaitu sebelum solat Subuh..." (An-Nur: 58)
Dia tidak masuk ke tempat Rasulullah SAW ketika waktu solat Shubuh, walaupun dia ingin tahu solat yang dikerjakan Rasulullah SAW. Lantaran didorong keinginan untuk mendapatkan ilmu, maka dia bertanya kepada Hafsah tentang hal itu, lalu Hafsah memberitahu kepadanya bahawa Rasulullah SAW biasa solat dua rakaat secara ringan setelah fajar terbit dan ini merupakan solat sunat.
KESIMPULAN HADITH
1* Anjuran melaksanakan solat-solat rawatib tersebut dan memeliharanya
2* Solat Asar tidak mempunyai rawatib dibandingkan dengan rawatib-rawatib yang ditegaskan ini.
3* Solat sunat rawatib bagi solat Maghrib, Isyak, Subuh dan Jumaat lebih baik dikerjakan di rumah.
3* Meringankan solat sunat dua rakaat Fajar
5* Disebutkan dalam sebhaagian hadith shahih bahawa Zohorr mempunyai enam rakaat solat sunat rawatib. Empat sebelumnya dan dua sesudahnya. Disebutkan riwayat At-Tirmidzi dari hadith Ummu Habibah secara marfu', "Empat rakaat sebelum Zohor dan
sesudahnya."
6* Sebahagian dari solat sunat rawatib dilakukan sebelum solat fardhusebagai persiapan jiwa orang yang solat untuk ibadah sebelum masuk ke fardhu. Sebahagian rawatib dikerjakan sesudah fardhu untuk melengkapi kekurangan dalam fardhu.
Dari Aisyah RA dia berkata, Tidak ada satupun solat nafilah yang lebih diperlihara Nabi SAW selain dari dua rakaat Fajar."
Dalam lafaz Muslim disebutkan, "Dua rakaat fajar lebih baik dari dunia danseisinya."
Di dalam hadith ini terdapat penjelasan terhadap penegasan solat sunat dua rakaat fajar. Aisyah RA berkata bahawa SAW mengagungkan urusannya dengan perkataan dan perbuatan beliau. Dalam hal ini Aisyah berkata, "Tidak ada satu pun dari solat-solat nafilah yang lebih dijaga dan dipelihara RasulullahSAW, seperti halnya dua raka'at fajar." Beliau juga bersabda bahawa dua rakaat fajar ini lebih baik daripada dunia dan seisinya.
KESIMPULAN HADITH
1* Solat sunat dua rakaat fajar ini sangat ditekankan sehingga tidak boleh diabaikan.
2* Keutamaannya yang agung sehingga beliau menganggapnya lebih baik dari dunia dan seisinya.
3* Rasulullah SAW menjaga dan memberikan perhatian lebih banyak terhadap solat sunat dua rakaat fajar daripada yang lainnya.
4*Mengabaikan solat sunat dua rakaat fajar menunjukkan kelemahan agama dan keengganan mendapatkan kebaikan yang besar.
No comments:
Post a Comment