Tuesday, August 12, 2008

Risalah dan Struktur Uni Al-Azhar Mesir

RISALAH UNIVERSITI AL-AZHAR
Tidak dapat dinafikan bahawa Universiti al-Azhar as-Syarif mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan, terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, sama ada di al-Azhar sendiri mahupun al-Buhuth. Di samping menjaga kecemerlangan tradisi ilmu Islam, pembelajaran dan penyebarannya, al-Azhar juga menyampaikan Risalah Islamiah kepada seluruh umat manusia dan berusaha merealisasikan hakikat keilmuan dalam Islam serta manifestasinya dalam membina peradaban insaniah, lantas mampu menjamin keharmonian sejagat, sama ada di dunia mahupun akhirat. Al-Azhar turut memainkan peranan penting dalam meniupkan api perjuangan kebangkitan tamadun Arab dari segi tradisi ilmu, pemikiran, dan spritual.

Fungsinya yang agung turut melahirkan ramai ulama' 'amilin bagi seluruh dunia Islam yang bersatu atas paksi keimanan kepada Allah, keyakinan yang ampuh dan pendirian yang teguh, kekuatan rohani, kemantapan Aqidah dan Syariat, serta kemahiran berbahasa al-Quran (Arab). Al-Azhar meneruskan tradisi kegemilangannya dengan menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah dalam ilmu dan amalan.

Realitinya tampak dengan kewujudan fakulti perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan sebagainya dalam usaha memperteguhkan hubungan antara agama dengan kehidupan serta ikatan aqidah dengan cara hidup seharian. Ia juga menyediakan kader-kader ad-dien yang akan terjun ke dalam arena dakwah di jalan Allah berbekalkan uslub hikmah dan nasihat yang baik. Akhirnya, al-Azhar yang sedemikian merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam, sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab, lantas melangkaui dunia yang global.

STRUKTUR PENTADBIRAN AL-AZHAR
1. Majlis Tertinggi 2. Rektor 3. Timbalan-timbalan rektor 4.setiausaha-setiausaha

1. Majlis TertinggiAnggota-anggotanya terdiri daripada : 1. Rektor yang mempengerusikan majlis 2. Timbalan-timbalan Rektor 3. Dekan-dekan Kuliah 4. Wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, dipilih oleh Menteri daripada Pegawai pegawai Tertingginya. 5. orang anggota (maksimum) daripada ahli Mujamma' Buhuth Islam 6. orang anggota (maksimum) yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pelajaran di Universiti al-Azhar.

2. Rektor Universiti Bertanggungjawab penuh kepada Hal Ehwal Pentadbiran al-Azhar sama ada Pendidikan, Pengurusan, dan Kewangan. Turut mentadbir jabatan-jabatan serta menerima ketetapan sistem Al Azhar berdasarkan persetujuan daripada Presiden Mesir. Kriteria utamanya ialah pernah menduduki salah sebuah kerusi 'Ustaz' di Universiti al-Azhar ataupun mana-mana universiti di Mesir sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 tahun. Hal yang sedemikian juga disyaratkan kepada Timbalan-timbalannya.

3.Timbalan-timbalan Rektor Terdapat 4 orang Timbalan Rektor berdasarkan bahagian-bahagian tertentu : i Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajaran Dan Pelajar ii Timbalan Rektor Pendidikan Tinggi dan Buhuth iii Timbalan Rektor Cawangan Assyut iv Timbalan Rektor Cawangan Banat Mereka membantu Rektor dalam urusan pentadbiran universiti dan menggantikan tempat Rektor sepanjang ketiadaan beliau.

4. Setiausaha-setiausaha Bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan dan pengurusan di bawah seliaan Rektor dan Timbalan-timbalannya.

Pada masa ini, terdapat 4 orang Setiausaha, iaitu : i Setiausaha Pembantu Universiti ii Setiausaha Pembantu iii Setiausaha Cawangan Assyut iv Setiausaha Cawangan Banat Mereka dibantu oleh 11 orang Pengetua-pengetua jabatan.

No comments: