Wednesday, August 6, 2008

Pendekatan mendidik anak oleh Dr Yusuf al-Qardhawi

Pendidikan kerohanian diteruskan selepas kelahiran bayi. Allah tempat bergantung segala-galanya. Untuk mendekatkan anak kepada Allah,
Dr Yusuf al-Qardhawi mencadangkan seawal mungkin anak didedahkan kepada Allah. Caranya ialah mendidik anak cara berikut:-

* Apabila menyuruh, katakan: "Anak buat ini, kerana Allah suka. Nanti Allah balas dengan syurga."

* Apabila melarang, katakan: "Anak jangan buat begitu, Allah tidak suka, nanti Allah masukkan ke neraka."

Tidak mengapa jika anak terlalu kecil untuk memahami mengenai Allah, syurga dan neraka. Yang pentingnya, anak hendaklah didedahkan seawal mungkin kepada perkataan itu.

Antara kesan sampingan mendidik anak begini ialah ia memberi kesan kepada pendidik sendiri supaya bertindak kerana Allah, kerana pendidikan paling berkesan, untuk semua kanak-kanak dan dewasa ialah dengan contoh dan bukan dengan kata-kata.

Antara ciri terpenting orang cemerlang ialah dia berilmu. Dan sumber utama ilmu ialah membaca. Kerana itulah perintah Allah pertama kepada manusia, mendahului perintah lain termasuk sembahyang, zakat dan haji, ialah............... 'Iqra!' (Baca!).

Wallah hu ak'lamu bissowaf....

2 comments:

Anonymous said...

agreed

Umurina said...

ada apa2 yang menarik boleh la tukar pandangan.....