Tuesday, August 12, 2008

FAKULTI-FAKULTI DI AL-AZHAR

Sebenarnya, pendidikan tinggi di al-Azhar berdasarkan Peraturan 103 tahun 1961M hanyalah merangkumi 3 fakulti asas iaitu :
1. Bahasa Arab ,
2. Syariah Wal Qanun ,
3. Usuluddin.
Walau bagaimanapun, peraturan tersebut telah dipinda berdasarkan perkembangan semasa. Seterusnya, al-Azhar telah mengorak langkah dengan menambahkan fakulti-fakulti baru termasuklah perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan perniagaan. Sesungguhnya, fakulti-fakulti baru ini dalam bentuk teori dan praktikalnya, mempunyai keistimewaan yang ketara berbanding fakulti-fakulti yang sama di lain-lain universiti kerana ia meliputi pembelajaran Islam di samping matapelajaran-matapelajaran asas.

Hal ini jelas memberikan pemahaman ilmu yang mantap kepada para pelajar dengan didasari oleh keyakinan kepada Allah dalam usaha menjadikan mereka sebagai role model yang terbaik kepada masyarakat, seterusnya mampu membangunkan masyarakat dengan jayanya.

Sehingga kini, terdapat 52 buah fakulti di Universiti al-Azhar.
Keterangan lanjutnya adalah seperti berikut :
1. Fakulti-fakulti Siswa A: Di Kaherah I Usuluddin ii Syariah Wal Qanun iii Bahasa Arab iv Pengajian Islam dan Bahasa Arab v Dakwah Islamiah vi Tarbiah vii Bahasa-bahasa dan Terjemahan viii Sains ix Perubatan x Farmasi xi Perubatan Gigi xii Kejuruteraan xiii Pertanian vx Perniagaan vxi Maahad Pengajian Komunikasi B: Di Cawangan-cawangan 1- Kawasan Selatan I Usuluddin dan Dakwah di Assyut ii Syariah Wal Qanun di Assyut iii Bahasa Arab di Assyut iv Perubatan di Assyut v Perubatan Gigi di Assyut vi Farmasi di Assyut vii Sains di Assyut viii Pertanian di Assyut ix Bahasa Arab di Jerja x Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Qana xi Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Aswan 2- Kawasan Utara I Usuluddin dan Dakwah di Tanta ii Syariah Wal Qanun di Tanta iii Ulum Al Quran di Tanta iv Usuluddin dan Dakwah di Zaqaziq v Bahasa Arab di Zaqaziq vi Usuluddin dan Dakwah di Shibin Kaum vii Bahasa Arab di Shibin Kaum viii Syariah Wal Qanun di Damanhur ix Bahasa Arab di Itai Barud x Syariah Wal Qanun di Tafhana Al Asyraf - Daqhaliyyah xi Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dasuk xii Usuluddin dan Dakwah di Mansoura xiii Bahasa Arab di Mansoura vx Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dumyat (baru)2. Fakulti-fakulti Siswi A: Di Kaherah I Pengajian Islam dan Bahasa Arab ii Pengajian Kemanusiaan iii Perubatan iv Sains v Perniagaan vi Farmasi B: Di cawangan-cawangan 1- Kawasan Timur I Pengajian Islam di Assyut ii Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Suhaj 2- Kawasan Utara I Ekonomi Rumahtangga di Tanta ii Perniagaan di ?Tafhana Al Asyraf iii Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mansoura iv Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Iskandariah

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum.....
saya ingin brtnya stu soalan....
blehkah seseorng tu mngambil kuliah usuludin,syariah,dan bhs arb sekligus?kebiasaannya,pljr hnya mngmbil satu shj samaada syariah,usuludin atau bhs arb...jd adkh diblehkan klu seseorng tu nk ambil ketiga-tiga bidng tu scara sekaligus....mhn pnjlsan...tk