Menghidupkan malam atau berqiyamullail mempunyai beberapa cara . Antaranya :-
1. Menghidupkan keseluruhan malam. Ini ada diriwayatkan pernah dilakukan oleh ramai Salaf. Barangkali ini sesuai dilakukan pada hari-hari cuti secara berjemaah .
2. Menghidupkan separuh malam. Cara yang dilakukan ialah malam dibahagikan kepada enam bahagian. Sepertiga yang pertama untuk tidur, seperdua kedua untuk qiyamullail dan seperenam yang akhir adalah untuk berehat .
3. Menghidupkan sepertiga malam. Iaitu dengan cara tidur seperdua yang awal dan seperenam yang akhir.
Menurut athar ini adalah amalan Nabi Daud a.s. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada disebutkan sebaik-baik qiyamullail adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Daud a.s, baginda tidur seperdua, qiyam sepertiga dan tidur seperenam yang baki. Tidur di akhir malam itu sebelum subuh boleh menghilangkan mengantuk pada waktu siang nanti. Tetapi haruslah diingat agar tidak terlajak tidur hingga mengakibatkan tertinggal solat subuh . Paling baik bagi golongan muslimin ialah bersolat subuh secara berjemaah pada pagi itu kerana seperti yang disebut dalam hadits sahih, Solat subuh berjemaah menyamai ibadat Qiyamullail seluruh malam .4. Mendirikan seperenam ataupun seperlima malam dan sebaik-baiknya pada separuh yang terakhir.5. Berqiyamullail tanpa mengambil kira mana-mana bahagian malam kerana tidak mampu mengikuti panduan di atas.
No comments:
Post a Comment