Diriwayatkan dalam sahih Muslim , dalam sebuah hadith bahawa Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi saw telah keluar dari rumah Maimunah r.ha selepas bertahajjud. Untuk ke masjid bersolat Subuh , maka baginda saw telah membaca doa di bawah :اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا ، وَقِي لِسَانِي نُورًا ، وَاجْعَل فِي سَمْعِي نُورًا ،وَاجْعَلْ فِي بَصَرِي نُورًا ، وَاجْعَلْ مِن خَلْفِي نُورًا ،
وَمِن إِمَامِي نُورًا ،وَاجْعَلْ مِنْ فَوقِي نُورًا ، وَمِنْ تَحْتِي نُورًا ، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا
Maksudnya :"Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari belakangku, cahaya di hadapanku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, berilah aku cahaya".
Cara Beramal Berdoalah dengan doa ini ketika kita di dalam perjalanan dari tempat penginapan ke masjid Nabawi pada setiap waktu dengan doa di atas.Demikian pula dalam perjalanan menziarahi masjid-masjid bersejarah yang lain yang terletak sekitar al-Madinah al-Munawwarah.
Doa Masuk Masjid
أَعُوذُ بِالله العَظِيمِ, وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ الله وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ الله , اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَMaksudnya: "Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, pada wajahNya yang mulia dan kekuasaanya yang Qadim(tidak ada permulaannya) dari syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah dan semoga selawat dan salam tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w. Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku".
Doa Keluar Masjid
بِسْمِ اللهِ والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى رَسُولِ اللهِ ،اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ اللّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Dengan nama allah semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Rasulullah, Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah peliharalah aku dari godaan syaitan yang terkutuk.
No comments:
Post a Comment